10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Mengenai Jinbe

with No Comments 693

1. Nama

Nama dia berasal dari jinbei-zame (甚 平 鮫), yang bermaksud “jerung paus” atau Whale Shark di dalam bahasa Jepun.

Ia juga boleh membawa maksud yang sama dengan jenis pakaian yang dipakai oleh orang Jepun semasa musim panas iaitu Jinbei.

Yang mana satu ejaan yang paling tepat?

  • Jinbei?
  • Jimbei?
  • Jinbe?
  • Jimbe?

Semua boleh guna, sebab ia membawa maksud yang serupa.

Tetapi di dalam Manga, Oda eja nama dia sebagai “JINBE” (Chapter 829)

2. Masa Pendedahan

Jinbe memegang rekod masa paling lama dari mula namanya disebut sehingga kemunculan sepenuhnya

  • Mula disebut dalam Chapter 69 pada Disember 1998
  • Kemudian muncul di Chapter 528 pada Januari 2009

…iaitu selama lebih dari 10 tahun dan berjarak 458 Chapter.

Beberapa konsep awal Jinbe didedahkan di dalam One Piece Green: Pieces Secret.

3. Satu-satunya Panglima Perang Manusia Ikan

Antara Panglima Perang (Shichibukai), Jinbe memiliki tema ikan paus.

Dia juga satu-satunya Panglima Perang dari kaum manusia ikan.

4. Jenis Darah

Jenis darahnya adalah F, sama seperti jenis darah Luffy.

5. Waktu Kanak-kanak

Di dalam SBS Volume 63, Oda melukis kesemua 7 Panglima Perang pada zaman kanak-kanak.

Jinbe sebagai seorang kanak-kanak dapat dilihat dengan rambut pendek yang memakai pakaian latihan sambil berlatih Karate Manusia Ikan.

Dia berjaya memiliki tali pinggang hitam pada usia ini.

6. Sekiranya Sebagai Seorang Wanita

Di dalam SBS Volume 76, Oda ada melukis tujuh Panglima Perang asal sebagai jantina bertentangan mereka. Berikut adalah Jinbe:

7. Ganjaran Buruan

Ganjaran buruan Jinbe yang pertama adalah 76,000,000 Belly.

Chapter 622

Kemudian, ganjaran dia dinaikkan kepada 250,000,000 Belly sebelum menyertai 7 Panglima Perang (Shichibukai).

Selepas dia meletak jawatan sebagai seorang Panglima Perang, ganjaran buruannya dinaikkan menjadi 400,000,000 Belly.

8. Umur

Dia berumur 44 tahun ketika dia memulakan debutnya di One Piece.

Sekarang umurnya 46 tahun.

9. Seorang Jurumudi Kapal

Jinbe bakal menjadi jurumudi kapal Sunny.

Di dalam One Piece Chapter 881, kemahirannya sebagai seorang jurumudi kapal dah dibuktikan.

10. Populariti

Dalam undian populariti peminat yang ke-5, Jinbe menduduki tempat ke-35, menjadikan dia manusia ikan yang paling popular dalam siri ini.

Leave a Reply