10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Eiichiro Oda!

with No Comments 1072

Individu di sebalik siri manga yang paling berjaya diterbitkan oleh Mingguan Shonen Jump, One Piece (Budak Getah). Peminat biasa suka dengan hasil kerjanya, peminat yang berdedikasi sangat kagum serta memujanya dan peminat susah mati kadang-kala memanggilnya tuhan. Kami dedikasikan artikel kali ini untuk mastermind di sebalik One Piece, iaitu Eiichiro Oda.

Sebanyak mana yang anda tahu tentang Oda? Sebanyak mana lagi yang anda mahu tahu pasal Oda? Kami akan ceritakan kepada anda 10 perkara yang anda perlu tahu mengenai Eiichiro Oda!

10. Tarikh Lahir Dan Umur Eiichiro Oda

Image and video hosting by TinyPic

Mari kita mulakan dengan yang paling asas, Eiichiro Oda dilahirkan pada 1 Januari, 1975 di Bandar Kumamoto, Wilayah Kumamoto di Jepun.

Image and video hosting by TinyPic

Pada Januari 2017 (ketika artikel ini ditulis), beliau berusia 43 tahun. Eiichiro Oda membuat keputusan untuk menjadi seorang pelukis manga pada usia empat untuk mengelakkan diri dari mendapatkan “kerja sebenar”.

09. Apa Yang Mengilhamkan Eiichiro Oda Untuk Memulakan “One Piece”

Tidak dapat dinafikan, Oda telah diilhamkan oleh hasil kerja Akira Toriyama (terutamanya, Dragon Ball) dan bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis manga. Beliau juga menyebut bahawa minatnya dalam lanun telah dicetuskan oleh siri animasi TV popular yang dipanggil “Vicky the Viking“.

Image and video hosting by TinyPic

Oda memulakan kerjaya sebagai seorang pelukis manga di tahun 1992 pada usia 17 tahun, apabila cerita one-shot Manga Koboi WANTED! memenangi tempat kedua dalam anugerah Manga Tezuka.

Oda kemudiannya bekerja sebagai pembantu kepada beberapa pelukis manga ternama dalam industri, termasuk Nobuhiro Watsuki, sebelum memenangi Anugerah Hop Step untuk pelukis manga baru.

Pengembaraan lanun One Piece beliau, yang bermula di majalah Mingguan Shonen Jump pada tahun 1997 dengan cepat menjadi salah satu manga yang paling popular di Jepun dengan merangkul jualan lebih 65 juta salinan.

08. One Piece! Lanun Kegemaran, Buah Syaitan & Siapa Yang Dia Mahu Jadi

Peminat tertanya-tanya dan ingin tahu pemikiran pelukis dengan ciptaan mereka sendiri. Siapa yang tak mahu tahu watak kegemaran ciptaannya sendiri kan? Beberapa peminat bertanya soalan-soalan ini kepada beliau dan ini adalah jawapan beliau:

  • Lanun Kegemaran Di Dalam One Piece: Buggy The Clown
  • Buah Syaitan Apa Yang Dia Akan Makan: Bara Bara No Mi / Buah Pecah Belah
  • Karakter Manga Yang Dia Ingin Jadi: Nico Robin (supaya “tangan boleh mencambah banyak dan boleh melukis manga dua puluh kali lebih cepat.”)

07. Keluarga Eiichiro Oda

Walaupun Oda mendedikasikan sebahagian besar waktunya untuk One Piece dia juga mempunyai sebuah keluarga!

Pada tahun 2002, beliau telah bertemu Chiaki Inaba, yang bercosplay sebagai Nami semasa Shonen Jump Fiesta dan kedua-dua mula keluar bersama.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Pada tahun 2004, mereka berkahwin, dan pada tahun 2006, beliau dan isterinya mempunyai seorang anak perempuan.

Image and video hosting by TinyPic

Nampaknya dia pilih Nami, Eh… maaf ya semua peminat Robin! Tak boleh nak bayangkan apa bakat hebat anak perempuan mereka nanti, mungkin mangaka terbaik generasi akan datang?

06. Gaya Hidup Eiichiro Oda

Apa yang diperlukan untuk menjadi seorang mangaka yang terbaik?

Sudah tentu ia memerlukan dedikasi yang jitu. Nak tahu lebih lanjut mengenai bagaimana Oda menjalani kehidupan seharian beliau?

Beri perhatian, beberapa maklumat yang berkaitan dengan gaya hidup beliau adalah dari tahun 2013, aspek-aspek tertentu gaya hidup beliau mungkin telah berubah sekarang!

  • Oda adalah seorang perokok (seorang perokok tegar) dan peminat percaya ini adalah disebabkan oleh “tekanan” yang terlibat dalam profesionnya.
  • Dia lebih suka bekerja dengan pembantu yang sedikit dan dia lebih suka untuk melukis sendiri majoriti Chapter One Piece.
  • Beliau telah menyatakan dengan jelas bahawa dia tidak suka untuk “copy and paste” lukisan lama di dalam Chapter terbaru, jika ada peristiwa yang telah pun digambarkan dan perlu digunakan semula, dia akan melukisnya lagi pada sisi atau sudut yang berbeza.
  • Dia bangun pada jam 05:00, bekerja sehingga 2:00 (21 jam!) dan berehat semula (tidur) dari 02:00 hingga 05:00 (3 jam) pada hari biasa.
  • Dia “tinggal” di tempat kerja beliau dan keluarga beliau melawat beliau di tempat kerja. Dia akan menghabiskan purata satu hari dalam seminggu dengan mereka tanpa perlu bekerja.
  • Apabila ditanya “bagaimana cara dia menghadapi tekanan” Oda menyatakan yang dia menghadapi tekanan dengan “menulis manga yang menarik.” Apabila ditanya “bila beliau berasa paling bahagia dan seronok” dia menjawab “semasa menulis sebuah manga yang menarik
  • Oda mendengar muzik genre “Soul” di tempat kerja
  • Apabila ditanya apa jadual biasanya pada setiap minggu, dia menjawab “tiga hari lakaran dan tiga hari bekerja di bahagian akhir
  • Eiichiro Oda berimpian mengenai produk yang tidak boleh dibuat dengan teknologi masa kini

05. Oda Adalah Peminat…

Kita semua peminat Oda kan? Kalau tak kenapa korang boleh rajin membaca sampai sini? 😛

Tetapi apa sebenarnya minat dan kegemaran Oda? Baiklah, kami akan memberitahu anda apa yang Oda minat dan suka berkaitan filem, makanan, dan lain-lain

  • Dia sangat menghormati mangaka Hiroyuki Takei.
  • Beliau adalah peminat besar rapper Eminem.
  • Beliau adalah peminat penyanyi Avril Lavigne, Bryan Adams, Izumi Katou dan Brook Benton.
  • Muzik kegemaran beliau ialah Soul Muzik 70-an
  • Beliau adalah peminat pengarah, pelakon & pelakon seperti berikut: Quentin Tarantino, Tim Burton, Akira Kurosawa, Hayao Miyazaki dan Baz Luhrmann.
  • Dia suka hasil kerja-kerja animasi Hayao Miyazaki.
  • Beliau adalah peminat siri permainan Dragon Quest.
  • Tiga Filem kegemaran utamanya adalah: Seven Samurai, Young Guns dan Nightmare Sebelum Krismas.
  • Lanun kegemarannya sebenar adalah Blackbeard – Janggut Hitam (Edward Teach).
  • Beliau adalah peminat Makanan Mexico.
  • Beliau teringin untuk melawat Mongolia, Maldives dan India sekurang-kurangnya sekali untuk seumur hidup.
  • Haiwan kegemarannya adalah anjing besar dan lembut.
  • Beliau bukanlah seorang peminat program televisyen, tetapi beliau suka rancangan komedi.
  • Beliau adalah peminat filem bergenre Westerns.

04. Dedikasi Eiichiro Oda Untuk One Piece Dan Peminatnya

Dengan siri sekarang yang telah bertahan selama lebih daripada 20 tahun, ia menunjukkan dedikasi Oda kepada siri dan juga peminat yang menyokong beliau.

Tetapi adakah anda tahu sejauh mana dedikasi beliau?

Kalau anda hanya ingat yang dedikasi beliau tunjukkan hanyalah dengan bekerja selama 21 jam sehari, 6 hari seminggu, anda silap!

Apabila Eiichiro Oda dimasukkan ke hospital pada tahun 2013, Masashi Kishimoto (mangaka Naruto) melawatnya di hospital dan menyaksikan Oda sedang melukis Chapter One Piece ketika sedang terlantar di atas katil!

Anda tak salah baca. Walaupun dia terlantar di atas katil, ini tidak menghalangnya daripada bekerja untuk menyiapkan One Piece.

Satu-satunya cara untuk menegah beliau adalah dengan menidurkan beliau menggunakan gas tidur yang kuat! Kalau itu pun tak digelarkan sebagai dedikasi, terus-terang saya tak tahu nak cakap apa lagi.

Bukan kerana Eiichiro Oda perlu bekerja, dia mendapat kira-kira 2 Billion Yen (kira-kira 25 juta US Dollar – lebih kurang RM 111,850,000) daripada royalti yang berkaitan dengan One Piece setiap tahun!

Dia tidak perlu bekerja, tetapi dedikasi yang beliau tunjukkan lah yang sentiasa menyebabkan dia terus bekerja walaupun dia sepatutnya dah boleh berehat!

03. Eiichiro Oda Pernah Menerima Ancaman Bunuh

Kerjaya seorang mangaka selamat dari ancaman bunuh? Ternyata tidak!

Pada tahun 2007 Eiichiro Oda menerima bukan satu atau dua, tetapi kira-kira seratus ancaman (melalui e-mel) daripada seorang wanita di antara September hingga Disember.

Suami wanita itu adalah pembantu di pejabat Oda yang telah dipecat, wanita itu ditahan pada tahun 2009.

Apa yang kita belajar daripada itu? Isteri gila bekas pembantu sangat menakutkan.

02. Rancangan Masa Depan Eiichiro Oda

Kita semua tahu One Piece akan berakhir pada suatu hari nanti, apa yang Oda telah rancang selepas One Piece berakhir nanti? Adakah dia akan bersara dan menghabiskan masa dengan selesa? Tidak!

Eiichiro Oda telah menyatakan bahawa beliau ingin membuat manga berkaitan robot (mecha) selepas One Piece tamat. Bagaimanapun beliau kemudian menyatakan bahawa selepas One Piece tamat beliau ingin mengambil jalan yang sama seperti apa yang Toriyama lakukan dan melukis manga cerita pendek cerita. Once a mangaka, always a mangaka!

01. Eiichiro Oda Memohon Maaf Untuk 2 Minggu Cuti Akibat Dimasukkan Hospital [2013]

Ini mungkin perkara penting yang setiap peminat One Piece perlu ambil tahu. Eiichiro Oda dimasukkan ke hospital dan dirawat kerana bernanah Peritonsillar, dan menyebabkan One Piece bercuti selama 2 minggu, di # 04 kami tunjukkan dedikasi beliau yang terus melukis walaupun ketika terlantar sakit. Namun, dedikasi yang beliau tunjukkan kepada peminatnya tidak berhenti di situ.

Beliau mengeluarkan permohonan maaf kerana membuat peminat tertunggu selama “2 minggu” untuk terus membaca One Piece dan pengembaraan Lanun Topi Jerami.

Berikut adalah ekstrak lengkap permohonan maaf itu:

“Saya messed up! Saya tak pedulikan penyakit saya terlalu lama dan keadaan saya semakin teruk. Saya memohon maaf kepada semua pembaca yang memang tak sabar untuk Chapter yang akan datang, serta kepada semua kumpulan Topi Jerami yang tidak sabar untuk melakukan beberapa malapetaka. Kini saya sedang melalui beberapa rawatan yang amat menyakitkan. Jalan cerita baru sahaja ke arah yang baru, jadi saya memang sangat-sangat hendak anda semua untuk membaca Chapter seterusnya secepat mungkin. Saya tahu berapa lama dua minggu boleh rasa untuk semua peminat Shonen di luar sana, tetapi sila tunggu sedikit sahaja lagi. “

Permohonan maaf dari seorang mangaka yang terbaik pada masa ini, ia betul-betul menyebabkan peminat menangis melihat dedikasi dan kerja keras yang ditunjukkan beliau. Beliau juga menerima berjuta-juta ucapan untuk cepat sembuh dari peminat di seluruh dunia.

Untuk lebih menunjukkan kesederhanaan Oda, walaupun selepas mendapat kemasyhuran dan kekayaan itu, beliau hampir menangis selepas menerima ucapan “terima kasih” dari peminat untuk kerja keras beliau pada tahun 2009.

Padu kan Eiichiro Oda?

Bukan macam kau, tahu nak komplen je tak ada Chapter baru la, Oda asyik cuti la, apa la. Cuba buat Manga sendiri tengok macam mana jadi dia?

Sekian sahaja untuk posting kali ini. Harap lepas ini semuanya lebih mengenai pencipta One Piece (Budak Getah) dan boleh faham kalau tak ada Chapter baru 😀

Senang cerita macam ini lah, korang nak mana?

  • Oda kerja bermati-matian sampai dia sakit teruk dan mati (tak boleh siapkan ending One Piece) ATAU
  • Oda bekerja dengan konsisten dan kondusif serta mendapat rehat yang cukup untuk mampu menghabiskan karya agung dia?

Dah tentulah yang kedua kan?

Jadi, next time kau merungut pasal One Piece, kau boleh pergi mati ingat balik yang Eiichiro Oda pun manusia biasa yang perlukan rehat secukupnya untuk terus bekerja untuk peminat macam kita 🙂

 

Sumber & Kredit:

  • The Grand Line: Pelbagai Temubual
  • One Piece Wikia & Eiichiro Oda Wikipedia: Pelbagai artikel berita dan peristiwa kehidupan beliau.
  • AnimeNewsNetwork: Artikel berita dan pengesahan untuk events.
  • Mingguan Shonen Jump & Viz Media: Sumber maklumat rasmi untuk mesej permohonan maaf
  • Artikel yang dikumpulkan dan diterbitkan oleh Oro Jackson (Divvens)

Leave a Reply