10 Perkara Yang Masih Menjadi Misteri Di Dunia One Piece

with No Comments 5226

10. Siapakah “Joy Boy”?

Joy Boy” ialah seorang lelaki dari daratan yang memainkan peranan penting dalam sejarah Fishman Island (Pulau Manusia Ikan).

Nama beliau ialah nama pertama yang Nico Robin nyatakan selepas dia membaca Ryugu Poneglyph semasa di Sea Forest (Hutan Laut)

9. Apakah kebolehan Kaido?

Kaido ialah salah seorang Maharaja Lanun (Yonko). Beliau juga merupakan salah seorang antagonis utama pada jalan cerita Pakatan Lanun (Pirate Alliance).

Menurut Trafalgar Law, Kaido dikenali sebagai makhluk terkuat di lautan.

8. Final Chapter (Chapter Terakhir)

Semasa plot di Marineford, episod-episodnya memang gempak dengan aksi. Anda mesti ingat One piece sudah hampir ke penghujung. Tetapi, Oda menyatakan sesuatu tentang episod terakhir dalam One Piece dalam sebuah temuramah.

Wartawan: Ramai yang tertunggu-tunggu apakah yang akan terjadi di akhir One Piece. Boleh bagi sedikit teaser?

Oda: Apa yang dapat motivasikan saya untuk terus melukis One Piece ialah saya mahu melukis episod terakhir. Ianya pasti hebat! Saya dapat beri gambaran pada anda bahawa plot semasa di Marineford itu tiada apa jika nak dibandingkan dengan episod terakhir.

Wartawan: Serius la ?!

Oda: Plot di Marineford ibarat tempat saya lalu sahaja bagi saya. Saya tak jangka ia jadi sangat popular. Jadi, saya tak tahu apa peminat akan beri respon pada plot terakhir nanti.

7. Apa yang jadi pada sebelah mata Zoro?

6. Apa yang terjadi semasa Void Century?

Void Century juga dikenali sebagai Blank Century, ianya semasa di plot Skypiea (Sky Island); tarikhnya ada di dalam Nico Robin punya flashback.

Kajian terhadap zaman ini diharamkan oleh Kerajaan Sedunia (World Government). Zaman tersebut ialah 800 ke 900 tahun sebelum kisah sekarang mengambil tempat.

5. Siapakah yang akan menjadi ahli ke-10 Straw Hat Pirates?

Adakah Jinbe bakal menjadi kru Topi Jerami yang ke-10?

Kemaskini – Nampaknya pada Chapter terkini 880+ Jinbe bakal menjadi salah seorang anak kapal Topi Jerami.

Tetapi, selagi belum KANPAI (Minum!) selagi itu masih belum official lagi.

4. Apakah kebolehan sebenar Dragon?

Merupakan ketua Tentera Revolutionary yang mahu menjatuhkan World Government.

Dia ialah musuh paling ketat World Government dan lelaki paling dikehendaki dalam dunia.

3. Apa sebenarnya “One Piece”?

Teori yang kami jumpa berkenaan maksud “One Piece”

Jemput dengan KLIK SINI [Maksud Keazaman D dan One Piece]

 

2. Siapakah mak Luffy?

Yang mana lagi anda nak tahu?

Maksud One Piece atau siapakah mak Luffy?

1. Apakah maksud “The Will of D” (Keazaman D)?

Dalam anime ini, ada beberapa orang watak yang nama tengahnya ada huruf “D”. Misteri nama tengah ini masih belum terungkai dan watak-watak dengan nama tengah ini biasanya yang paling buat onar dalam dunia One Piece.

Tambahan pula, Trafalgar Law juga ada “D” di tengah nama beliau.

Apa pandangan anda? Kongsikan di bahagian komen di bawah

Leave a Reply