5 Perkara Yang Mungkin Kita Terlepas Pandang Tentang Shanks

with No Comments 5368

1. Haki Penakluk (Haoshoku Haki)

Shanks adalah satu-satunya watak yang mampu menggunakan Haki Penakluk bukan sahaja untuk menumbangkan musuh malah boleh memusnahkan objek yang berhampiran dengannya.

Kita dapat lihat kekuatan Haki Shanks ketika dia berada di atas kapal Moby Dick milik Edward Newgate (Janggut Putih).

Oda di SBS pernah menyatakan ketika Luffy menggunakan Haki di Pulau Manusia Ikan sebanyak 50,000 orang lanun yang ditumbangkan dengan kuasa Haki dan sekiranya Shanks yang melalukannya dia akan menumbangkan 100,000 orang lanun.

Ini menunjukkan kuasa Haki Shank adalah sekurang-kurangnya 2 kali ganda lebih kuat daripada kuasa Haki Luffy.

2. Lanun Pertama

Shanks adalah lanun yang pertama muncul di dalam cerita One Piece di dalam Manga tetapi bukan di dalam Anime.

Di Anime Shanks muncul pada episod keempat. Di dalam Manga Shanks muncul di Chapter pertama bersama kesemua anak kapal Lanun Berambut Merah.

3. Biodata

Shanks lahir pada 9 Mac.

Ketika Luffy bertemu dengan Shanks kali pertama, ketika itu Shanks berumur 27 tahun.

Ketika pengembaraan Luffy bermula Shanks berumur 37 tahun dan sekarang Shanks berumur 39 tahun.

Nama penuh Shanks masih belum diketahui sehingga ke hari ini.

Variasi yang nampak di sosial media ataupun internet cumalah nama [Shanks + (julukan)] dalam bahasa lain

Contoh:

  • Shanks Le Roux (French)
  • Akagami no Shanks (Japanese)
  • Red-haired Shanks (English)
  • Shanks Berambut Merah (Bahasa Melayu)

4. Kuasa dan Pengaruh

Shanks digeruni ramai termasuklah

  • Akainu
  • Sengoku
  • Marshall D Teach dan
  • ramai lagi.

Shanks merupakan seorang lanun yang sangat berpengaruh sehinggakan beliau boleh menghentikan peperangan di Marineford daripada terus merebak.

Ada juga segelintir lanun yang tak takut dengan Shanks antaranya adalah Janggut Putih.

Janggut Putih tahu kehebatan Shanks walaupun Shanks hanya memiliki satu tangan tetapi Janggut Putih tahu kekuatan Shanks tetap sama dan tak boleh pandang rendah dengan kehebatan yang Shanks miliki.

5. Penguasaan Haki

Shanks cuma muncul 6 kali sahaja di siri One Piece tetapi beliau pernah menunjukan 2 daripada 3 Haki yang ada.

Shanks dah gunakan Haki Penakluk (Haoshoku Haki) sebanyak 2 kali

  • Pertama – ketika menyelamatkan Luffy dari dimakan Raja Laut dan
  • Kedua – ketika menaiki Moby Dick untuk berjumpa dengan Janggut Putih .

Shanks menggunakan Haki Pertempuran (Busoshoku Haki) ketika menentang Akainu dalam peperangan di Marineford.

Dia menggunakan Haki Pertempuran untuk menghentikan serangan Akainu ke atas Coby.

Masih belum diketahui sekiranya Shanks menguasai Haki Pengamatan (Kenbunshoku Haki)

Akan tetapi, pada pengamatan saya, Shanks pernah tunjukkan Haki ini ketika beliau berada di atas kapal Moby Dick semasa berhadapan dengan Janggut Putih.

Pada masa itulah dia menggunakan Haki pengamatan beliau untuk mengelak serangan daripada Janggut Putih yang membaling botol arak kepada Shanks.

Di dalam Permainan Video “One Piece: Pirate Warrior 3”, Shanks boleh mengaktifkan Haki Pengamatan untuk memperlahankan sedikit masa melalui pengamatan sejenak (quick-thinking-ahead) dan mampu membenarkan dirinya untuk membaca pergerakan pihak lawan.

(Nota: Penggunaan Haki Pengamatan Shanks hanyalah untuk permainan ini sahaja dan tak dianggap canon)


  • Artikel disumbangkan oleh Duke Muhammad
  • Diolah dan ditambahbaik oleh Team Budak Getah

Anda ada teori menarik yang ingin dikongsikan? Jemput KLIK SINI untuk hantar artikel anda.

Leave a Reply