8 Penguasa Buah Syaitan Yang Dah ‘Bangkit’ Yang Kita Terlepas Pandang

with No Comments 1323

Semua peminat One Piece tahu yang buah syaitan dapat memberi kuasa kepada sesiapa yang memakannya.

Setiap buah syaitan adalah unik dan tak semua mereka mempunyai kuasa yang sama.

Yang pasti, mereka yang memiliki buah syaitan memperoleh kebolehan yang sangat kuat dan hampir kesemua mereka berjaya menempa nama untuk diri mereka di dunia One Piece.

Akan tetapi, satu kekurangan apabila seseorang memiliki kuasa buah syaitan adalah mereka tak akan boleh berenang lagi untuk selama-lamanya.

Di dalam One Piece, konsep baru berkaitan buah syaitan diperkenalkan di Dressrosa yang dipanggil Buah Syaitan Terbangkit (悪魔の実 覚醒 Akuma no Mi kakusei – Devil Fruit Awakening).

Masih belum ramai lagi penguasa buah syaitan yang terbangkit di dunia One Piece World. Jadi, hari ini saya akan senaraikan beberapa penguasa buah syaitan yang mungkin dah terbangkit di dalam One Piece yang mungkin kita terlepas pandang.

Mari kita mulakan:

8. Ito Ito no Mi (Donquixote Doflamingo)

Ito Ito no Mi adalah jenis Paramecia dari Buah Syaitan yang membolehkan penggunanya menjana dan mengawal bebenang mengikut kehendak.

Buah syaitan ini dimakan oleh bekas kapten Lanun Donquixote, Donquixote Doflamingo.

Dia yang telah membangkitkan kuasa buah syaitannya membolehkan dia mengubah apa-apa benda yang dia sentuh menjadi bebenang. Kebangkitan Doflamingo mula diperkenalkan pada Dressrosa semasa berlawan dengan Monkey D. Luffy.

7. Mochi Mochi no Mi (Charlotte Katakuri)

Mochi Mochi no Mi adalah jenis buah syaitan kategori Paramecia Spesial yang membolehkan penggunanya menghasilkan dan mengawal Mochi mengikut kehendaknya.

Buah syaitan ini dimakan oleh Charlotte Katakuri, yang merupakan anggota kumpulan Lanun Big Mom.

Ini adalah Buah Iblis yang terbangkit kedua yang telah ditunjukkan dalam siri ini.

Katakuri juga boleh mengubah apa-apa benda yang tak bernyawa seperti persekitarannya ke Mochi.

Kebangkitan Katakuri mula diperkenalkan di Dunia Cermin (di Pulau Kek) dan ketika Katakuri bertempur dengan Luffy Bertopi Jerami.

6. Hie Hie no Mi (Aokiji)

Hie Hie no Mi adalah buah syaitan berjenis Logia yang membolehkan penggunanya membuat dan juga mengawal ais mengikut kehendaknya.

Buah syaitan ini dimakan oleh bekas Laksamana Laut Aokiji dan pertama kali ditunjukkan di pulau Long Ring Long.

Saya percaya yang buah syaitannya dah terbangkit disebabkan peristiwa yang dilakukannya di Punk Hazard. Dia mengubah iklim separuh pulau Punk Hazard dengan buah syaitannya.

Aokiji mampu buat perkara yang sama seperti penguasa buah syaitan terbangkit yang lain iaitu mengubah persekitarannya menjadi ais.

Selain itu, satu lagi sebabnya ialah dia mampu menjadikan tanah menjadi ais tanpa sentuhan di Punk Hazard.

Ini adalah ketika dia menyelamatkan Smoker daripada Doflamingo dan kita tahu seseorang yang telah membangkitkan buah syaitannya tak perlu menyentuh tanah untuk mengubah objek itu menjadi sesuatu bahan kerana dalam Chapter terbaru Katakuri dapat mengubah tanah menjadi Mochi tanpa menyentuhnya.

Ini sedikit sebanyak membuktikan bahawa Aokiji dah membangkitkan buah syaitan miliknya.

5. Suna Suna no Mi (Sir Crocodile)

Suna Suna no Mi adalah buah syaitan jenis Logia yang membolehkan penggunanya menjana dan memanipulasi pasir mengikut kehendak.

Pengguna buah syaitan ini adalah bekas Shichibukai, Sir Crocodile.

Buah syaitan ini mula diperkenalkan di Arka Alabasta. Dia mungkin juga telah membangkitkan buah syaitannya kerana dia mampu menukarkan tanah Alabasta dan pintu gerbang di Impel kepada pasir.

Ramai di antara kamu mungkin tak bersetuju dengan saya tetapi Crocodile sendiri pernah cakap yang dia telah menggunakan kekuatan buah syaitan melebihi limitasi biasa dan ia sama seperti kata Doflamingo tentang buah syaitan yang dah terbangkit.

4. Magu Magu no Mi (Akainu)

Magu Magu no Mi adalah buah syaitan jenis Logia yang membolehkan pengguna membuat dan mengendalikan magma mengikut kehendaknya.

Laksamana Armada Akainu adalah pemilik buah syaitan ini dan kekuatan buah syaitan ini ditunjukkan di Arka Marineford.

Ada dua sebab kenapa saya yakin bahawa Akainu dah membangkitkan buah syaitannya.

Yang pertama adalah kerana Punk Hazard, dia menukar alam sekitar menjadi lava yang merupakan ciri buah syaitan yang terbangkit dan kedua, jika Aokiji dapat membangkitkan buah syaitannya maka Akainu mungkin juga dah membangkitkan buah syaitannya.

3. Bisu Bisu no Mi (Charlotte Cracker)

Bisu Bisu no Mi adalah buah syaitan berjenis Paramecia yang membolehkannya pengguna kuasanya mencipta dan juga memanipulasi biskut mengikut kehendaknya.

Pengguna buah syaitan ini adalah Charlotte Cracker, yang merupakan anggota Lanun Big Mom.

Cracker menunjukkan kebolehan yang sama seperti buah syaitan yang dah terbangkit kerana ia dapat membuat biskut hanya dengan menepuk tangan dan dapat membentuknya menjadi sesuatu yang dia suka sama seperti kebangkitan buah syaitan milik Katakuri.

Kebolehannya untuk mencipta klon tanpa batasan mungkin juga salah satu ciri yang dia dah membangkitkan kuasa buah syaitannya.

2. Yami Yami no Mi (Marshall D. Teach)

Yami Yami no Mi adalah buah syaitan jenis Logia yang membolehkan penggunanya membatalkan sebarang kuasa buah syaitan.

Buah syaitan ini dimakan oleh Marshall D. Teach dan buah syaitan ini mula diperkenalkan di Pulau Banaro.

Janggut Hitam mungkin dah membangkitkan syaitan miliknya ini kerana cara dia menggunakannya sebelum langkau masa (timeskip).

Setiap kali dia menyentuh tanah, Janggut Hitam akan mengubah tanah menjadi kegelapan dan ini mempunyai ciri mengagumkan yang sama pada semua pengguna buah syaitan lain yang dah terbangkit.

Seperti Doflamingo yang menyentuh tanah dan ia menjadi bebenang, Janggut Hitam yang menyentuh tanah dan ia menjadi kegelapan.

1. Mera Mera no Mi (Portgas D. Ace)

Mera Mera no Mi adalah buah syaitan jenis Logia yang membolehkan pengguna untuk menjana dan memanipulasi api mengikut kehendaknya.

Buah syaitan ini dimakan oleh Portgas D. Ace dari Lanun Janggut Putih.

Kuasa Ace pertama kali diperkenalkan di Arka Alabasta dan ia juga memiliki keunggulan semulajadi (natural advantage) terhadap Hie Hie no Mi (Aokiji).

Ramai orang berpendapat yang Ace tak membangkitkan kuasa buah syaitannya dan terlalu lemah untuk dipanggil Komander.

Tetapi, apabila Katakuri ada cakap yang seseorang yang dah membangkitkan buah syaitannya boleh mengubah benda di sekelilingnya tanpa sentuhan, ini membuat saya sedar yang Ace juga merupakan pengguna buah syaitan yang dah dibangkitkan.

Sebabnya, apabila dia menggunakan pencak “Entei – Great Fire Commandment” (Kebakaran Ulung), Ace mengubah bahagian atas tanah menjadi api (kalau anda tak percaya saya periksa di dalam manga), dia tak sentuh tanah tapi masih ada api di sekitar Ace apabila dia menggunakan pencak ini.

Ini sahaja bukti-bukti yang saya ada untuk menyokong kesemua 8 pengguna buah syaitan yang dah terbangkit dan sudah tentu anda semua pun pastinya memilik pendapat anda sendiri tentang perkara ini.

Mari kongsikan pendapat anda tentang perkara ini di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply