Admiral Ryokugyu (Greenbull), berkuasa Yama-Yama no Mi?

with No Comments 6135

Ryokugyu adalah nama alias seorang Laksamana (Admiral) di Marine.

Ryokugyu disebut secara ringkas oleh Doflamingo ketika bercakap kepada Fujitora dan memanggil mereka berdua sebagai “binatang buas” (True Beast) dari segi kebolehan dan kuasa.

Alias haiwan Fujitora adalah Harimau manakalah alias haiwan Ryokugyu adalah Lembu.

  • Fujitora – Harimau
  • Ryokugyu – Lembu

Nama sebenar, umur dan jantina Ryokugyu yang sebenar masih tidak diketahui.

Tidak banyak yang diketahui tentang kehidupan Ryokugyu yang lepas, tetapi ketika dua tahun timeskip krew Topi Jerami dipisahkan, Ryokugyu menjadi Laksamana (Admiral).

Berikut adalah teori mengenai kebolehan Ryokugyu yang berjaya dikumpulkan setakat ini.

Yama

Menurut budaya Asia, Yama merupakan Hakim di Neraka.

Tugasnya adalah untuk bertanya soalan kepada satu jiwa tentang dosanya dan jika dia jiwa itu tidak tahu dosanya Yama akan memusnahkan jiwa itu.

Yama merupakan satu makhluk yang menaiki lembu (bull) dan ianya merupakan seorang yang kelihatan tenang.

Dia merupakan seorang yang tenang tetapi menjadi seorang yang sangat pemarah ketika dia diganggu oleh 2 orang pencuri.

Dan disebabkan perasaan yang sangat marah, dia telah membunuh kedua pencuri tersebut dan menjadi syaitan.

Di dalam gambar di atas, anda boleh lihat bahawa dia berwarna biru, tetapi saya percaya bahawa nama (Green)nya datang dari kuasanya yang boleh mengambil dan memberi nyawa.

Sama warna seperti roh Brook di mana rohnya berwarna hijau.

Saya percaya bahawa Greenbull merupakan seorang yang alim dan seorang yang tenang.

Tetapi dia memiliki sikap suka menghakimi seseorang kerana tindakan seperti sikap Akainu.

Kuasanya mungkin berupaya untuk menyedut (dengan menggunakan tangannya) ataupun memiliki kemampuan untuk mengawal tenaga, malah mampu untuk mencipta tenaga dan mengawalnya.

Dia juga mungkin berupaya untuk mengawal bangkai haiwan ataupun bangkai manusia dengan menyentuhnya – mungkin lebih kurang sama seperti Gecko Moriah yang menggunakan bayang untuk mencipta Zombie di Thriller Bark Arc.

Kuasanya mungkin kuasa Yama-Yama no Mi, salah satu buah syaitan kehidupan/kematian (seperti Yami-Yami no Mi dan Yomi-Yomi no Mi).

Ia mungkin merupakan salah satu daripada mythical Zoan-type yang inspirasinya diambil dari syaitan Yama tersebut, Lembu Yama.

Jika difikirkan, dengan sikapnya yang alim dan seorang yang suka menghakimi orang, dia mungkin akan membunuh Tenryuubito ataupun seorang yang penting kerana sikap mereka.

Oleh kerana dia seorang yang alim, dia mungkin memikirkan tentang perkara-perkara baik dan sesiapa yang berdosa akan dihakimi dan dibunuh olehnya.

Fanmade Admiral Green Bull

Apa pandangan anda tentang teori ini?

Kongsikan di ruangan komen di bawah ini.

Leave a Reply