Arka Wano Akan Lebih Menarik Dari Arka Marineford? Buster Call #2

with No Comments 1838

Salam Nakama sekalian, kembali lagi dalam segmen Buster Call.

(Sesiapa yang terlepas Buster Call #1, jemput baca dengan KLIK SINI)

Kali ini kita akan bincangkan tentang gambar di bawah ini

Macam biasa, Admin rasa terpanggil untuk jawab soalan ini untuk memberikan maklumat yang sahih terutamanya kepada

  • Peminat Anime (yang terlepas info menarik macam ini)
  • Peminat yang baru minat One Piece
  • Peminat yang mahukan kepastian

 

Jadi, persoalannya sekarang “gambar di atas ini betul ke fake?”

Jawapannya adalah TAK FAKE!

Mari kita tengok bukti-buktinya

Di dalam gambar, kenyataan yang diberikan adalah

“One Piece’s editor stated that Wano Arc will be the most amazing arc ever since Marineford Arc”

ATAU dalam bahasa Melayu

“Editor One Piece maklumkan yang Arka Wano akan menjadi Arka yang paling menarik sekali sejak Arka Marineford”

 

Penjelasannya adalah seperti berikut.

Pada Sabtu, 5 Ogos 2017 sebuah mini talk show diadakan Tokyo Dome City Store bersama dengan dua orang Editor ONE PIECE.

Editor tersebut adalah

  1. Takuma Naito (kiri) – bertanggungjawab berkaitan Manga One Piece
  2. Suguru Sugita (kanan) – bertanggungjawab berkaitan Media

Di kesempatan ini juga, Admin nak jelaskan sedikit apa sebenarnya tugas-tugas seorang Editor.

Admin perasan ramai dikalangan kita tak faham ataupun tak ambil peduli pun tugas seorang Editor ini apa sebenarnya. Malah ada yang memperlekehkan tugas seorang Editor sebab tak faham apa yang diorang buat.

Ramai yang ingat tugas seorang Editor ini cuma ‘setakat’ main edit-edit je. Tapi tak tahu pun diorang edit apa kan?

Yang sebenarnya seorang Editor adalah orang yang memainkan peranan paling penting sekali dalam sesebuah syarikat media.

Mari teruskan baca, Admin kongsikan sedikit secara ringkas Team atau Pasukan yang wajib ada di dalam penghasilan sesebuah Manga

Mangaka

  • penulis dan pelukis manga
  • biasanya seorang, tapi kadang-kadang ada dua orang (seorang penulis dan sorang lagi pelukis)
  • jalan cerita semua dari dia

Pembantu Mangaka

  • tolong mangaka siapkan manga
  • contohnya siapkan screen tone, beta & background

Editor

  • tolong mangaka dalam jalan cerita, boleh suruh mangaka tukar sikit tanpa hilangkan terus idea mangaka
  • pastikan mangaka siapkan manga ikut masa yang ditetapkan
  • jaga mangaka
  • promosikan manga

 

Jadi dah nampak kan peranan penting seorang Editor, mari kita sambung semula perbincangan tentang Arka Wano akan lebih menarik sejak dari Arka Marineford.

Di dalam temubual mini yang diadakan di Tokyo Dome City Store ini, banyak perkara-perkara yang dibincangkan antaranya

1. Menceritakan perasaan mereka menyambut ulang tahun ke-20.

2. Babak kesukaan mereka di dalam One Piece

3. Tentang live-action Hollywood drama One Piece

4. Siapa Nakama ke-10 Ahli Kumpulan Topi Jerami

Dan sebelum berakhirnya temubual tersebut, kata-kata terakhir dari mereka berdua yang menjadi asas untuk gambar di atas tadi.

Berikut adalah keratan teks ucapan mereka (diterjemahkan terus ke bahasa Melayu)

Kata-kata terakhir dari anda berdua untuk peminat?

Naito: Ada banyak acara untuk tahun ini dan saya mahu peminat menikmatinya. Volume yang terbaru berakhir di dalam situasi kemuncak, dan sekarang di “Weekly Shonen Jump” “Pulau Kek” adalah klimaksnya. Pada masa akan datang, saya akan pergi ke “Negara Wano” yang mana Oda-san sendiri tak sabar-sabar untuk melukisnya yang berdasarkan Jepun. Saya pasti akan pergi sana (ketawa). Terdapat pelbagai gimik dan watak-watak yang menunggu anda di sana nanti, cerita paling menarik sejak “Perang Kemuncak” (Marineford)! Jadi teruskan menunggu!

Sugita: Terima kasih di atas sokongan anda semua, kami dah membangunkan media yang berkualiti tinggi. Saya masih cuba sedaya yang saya mampu untuk mengawasi “ONE PIECE” di tahap yang saya tak pernah lihat sebelum ini, jadi sila teruskan menunggu. Lagipun, baru-baru ini saya ada terdengar suara-suara mengatakan yang akan adanya terlalu banyak perkembangan yang perlu diikuti, jadi sila menikmatinya dan jangan sampai menyusahkan diri sendiri (ketawa). Saya akan melakukan yang terbaik untuk tak mengecewakan anda di bahagian media, terima kasih.

Sumber: Comic Sync (Bahasa Jepun)

 

Ok settle. Maknanya gambar itu memang tak fake!

————

Baca Buster Call #1Negara Asal Kumpulan Topi Jerami?

Admin perasan yang sebenarnya masih ramai lagi yang tertipu dan terpedaya dengan gambar-gambar ataupun maklumat palsu di Media Sosial dan inginkan kepastian sahih.

Admin jadikan ini sebagai salah satu segmen untuk Budak Getah. Macam ala-ala

  • Mythbuster
  • Fake or Real
  • Fake or Truth?

By the way, Admin letak nama segmen ini Buster Call sebab kita nak benam terus

  • fake news
  • fake info
  • fake image

…yang berkaitan dengan One Piece.

Jangan lupa komen dan beritahu pandangan korang di ruangan komen, kalau ramai yang suka Admin akan teruskan segmen ini.

————

Kongsikan gambar-gambar atau maklumat yang korang tak pasti dengan KLIK SINI (Direct PM Page Budak Getah), Admin akan buat Buster Call lagi nanti 😀

Leave a Reply