Bagaimana Cara Janggut Hitam Menguasai Dua Buah Syaitan?

with No Comments 5829

Salah satu misteri yang sangat popular dikalangan komuniti One Piece adalah mereka ingin tahu bagaimana Marshall D. Teach berjaya makan dua buah syaitan?

Setakat ini, teori Cerberus merupakan idea yang paling popular tentang Janggut Hitam yang boleh makan dua buah syaitan.

Sebelum saya mula membuat spekulasi bagaimana Janggut Hitam berjaya memiliki dua buah syaitan mari kita senaraikan dahulu beberapa penampilan dia di dalam siri One Piece.

Kemunculan Kali Pertama.

Kali pertama kita lihat Teach adalah di Mock Town, kehadiran dia ketika itu hanya seperti seorang lelaki biasa dan nampak macam dia masih di dalam kru Janggut Putih itu sangat jelas.
Image and video hosting by TinyPic

Kemunculan Kedua.

Di Pulau Banaro kita dapat melihat perubahan yang besar dalam penampilan Janggut Hitam dan sejak dari ini dia memiliki pakaian yang

  • lebih elegan dan
  • memakai barang kemas.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Kemunculan Ketiga.

Sehingga dia berada di Impel Down dan Peperangan Marineford, dia masih lagi memakai pakaian yang sama dan perhiasan luaran terutamanya cincin.

Image and video hosting by TinyPic

Apabila Janggut Hitam mengambil Gura Gura no Mi, dia menggunakan kain hitam untuk menutup tubuh Janggut Putih untuk menyembunyikan kaedah yang digunakannya tentang bagaimana dia mendapat kuasa buah Gura Gura no Mi (Gegaran).

Image and video hosting by TinyPic

Kita tahu fakta di mana selepas pengguna buah syaitan mati, kuasa buah syaitan itu akan dipindahkan ke buah-buahan yang berhampiran.

Kuasa Buah Syaitan berpindah pernah dibincang sebelum ini di teori yang bertajuk “Cara Kumpulan Lanun Janggut Hitam Merompak Buah Syaitan”

Boleh baca lanjut teori ini dengan [KLIK SINI]

Dalam situasi Janggut Putih, apabila dia mati dia ditutup dengan kain dan Janggut Hitam turut ada sekali bersama dia.

Sekarang, ini adalah idea gila saya yang mungkin akan menarik perhatian anda! : D

Kami pernah nampak yang objek tidak bernyawa memperolehi kuasa buah syaitan seperti Lassoo dan Funkfreed

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Jadi saya rasa jika ianya tak mustahil jika objek tidak bernyawa mengambil alih kuasa buah syaitan.

Berkemungkinan besar “objek terkutuk” boleh memiliki kuasa buah syaitan kerana kutukan (atau sumpahan) dan syaitan amat berkait di antara satu sama lain.

Saya percaya Janggut Hitam tidak makan Gura Gura no Mi, tetapi salah satu daripada cincin dia yang menyerap kuasa buah syaitan.

Saya yakin yang cincin dia adalah terkutuk dan objek terkutuk boleh menyerap buah syaitan apabila ada pengguna yang mati berhampiran.

Kelaknatan (curse) datangnya daripada syaitan jadi saya rasa ianya satu kemungkinan yang objek terkutuk boleh menyerap kuasa buah syaitan apabila penggunanya meninggal dunia.

Kes Zoro dan Hakuba.

Mungkin sebab inilah juga kenapa Zoro memiliki Asura beliau yang kelihatan seperti kuasa dari buah syaitan kerana mungkin pedang terkutuk yang dia milik pernah menyerap kuasa buah syaitan sebelum ini.

Image and video hosting by TinyPic

Hal yang sama juga boleh dikatakan dengan kes Hakuba, personaliti milik “Putera Lanun” Canvendish.

Image and video hosting by TinyPic

Selepas Janggut Putih mati, kuasa buah syaitan itu keluar dari badannya dan kemudian CINCIN TERKUTUK daripada Blackbeard mula menghisap dan menyerap kuasanya.

(Bayangkan kuasa buah syaitan adalah seperti semangat roh dalam filem yang keluar dari badan Janggut Putih dan bersedia untuk pergi ke buah yang terdekat tetapi tiba-tiba cincin hikmat yang terkutuk mula menghisap semangat roh dan menyerap kuasanya.)

Tengok pada gambar di bawah ini, Janggut Hitam berkata kepada armada tentera laut untuk menggunakan kuasanya kemudian tangannya bersama cincin diserlahkan pada saat ini (dalam Anime)

Image and video hosting by TinyPic

Senjata Terkutuk. 

Pedang terkutuk Zoro memberikan dia keupayaan untuk menggunakan Asura (mungkin) kerana ia mempunyai kuasa buah syaitan, begitu juga pedang yang terkutuk Cavendish yang memunculkan alter ego Hakuba beliau.

Untuk kes Janggut Hitam, dia dapat menggunakan kuasa buah gegaran (Gura Gura no Mi) kerana cincin terkutuk yang menyerap kuasa buah syaitan apabila Janggut Putih mati dan itulah sebab mengapa

  • Janggut Hitam masih hidup
  • kita tidak melihat apa-apa yang tidak normal

…pada badan dia selepas dia memiliki dua kuasa buah syaitan kerana dia sebenarnya tak makan Gura Gura no Mi, tetapi cincin terkutuk dia yang menyedut dan menyerap kuasanya.

Image and video hosting by TinyPic

Ada juga khabar-khabar angin di dunia One Piece yang mengatakan bahawa kebanyakan ketua-ketua kumpulan Janggut Hitam mendapatkan kuasa buah syaitan seperti Burgess yang cuba membunuh Luffy dan Sabo untuk mendapatkan Gomu Gomu no Mi dan Mera Mera no Mi menggunakan pisau.

Mungkin juga pisau itu adalah pisau terkutuk dan itulah sebabnya ia memiliki keupayaan untuk mengambil kuasa buah syaitan apabila penggunanya mati

Tak mustahil juga kebanyakkan kru Janggut Hitam memiliki “Objek Terkutuk” yang membenarkan mereka memiliki kuasa buah syaitan apabila penggunanya dibunuh atau mati.

Kesimpulannya.

Janggut Hitam tak makan Gura Gura no Mi, cincin terkutuk dia yang menyedut dan menyerap kuasa buah Gegaran.

Inilah jawapan dia kenapa Teach tidak mati selepas memiliki dua kuasa buah syaitan.

Apakah pendapat anda semua?

Masuk akal tak?

Image and video hosting by TinyPic

Teori oleh Fire_Fist_Recca dan diolah semula demi untuk memudahkan pembacaan


Anda mahu penulisan dan perkongsian anda diterbitkan di website Budak Getah? Hantarkan artikel anda dengan KLIK SINI