Biodata Capone “Gang” Bege

with No Comments 3695
Capone Bege selepas Timeskip
  • Posisi: Kapten, Tir (Pertahanan dalam Permainan Catur)
  • Umur: 42
  • Spesis: Manusia
  • Tahun Lahir: 1482 Kaienreki
  • Tarikh Lahir: 17 Januari
  • Tempat Lahir: West Blue
  • Tinggi: 166 cm (5 kaki 5 inchi)
  • Ganjaran Buruan: 300,000,000 Berry
  • Buah Syaitan: Shiro Shiro no Mi (Shiro = Istana)
  • Senjata: Pistol
  • Aktiviti: Melihat seni lukisan, bermainan permainan papan
  • Makanan Kegemaran: Bebola daging dan kentang
  • Makanan Tak Disukai: Jus Tomato

Inspirasi Karakter Bege.

Inspirasi Bege adalah daripada dua lelaki

  • Pertama, Gangster di dunia sebenar pada zaman “larangan”, “Al Capone”
Bege berkongsi tarikh lahir dengan Capone yang sebenar, 17 Januari
  • Kedua. Karakter penting di dalam filem The Godfather, “Vito Corleone”
Corleone, dan Gengster di dunia sebenar Vito Genovese memberikan nama Vito dalam One Piece

Manakala, satu lagi krunya yang bernama Gotti adalah berdasarkan Gengster dunia sebenar, John Gotti yang mengepalai keluarga Gambino.

Image and video hosting by TinyPic

Karakter Penting Arka Pulau Kek.

Sebab utama Capone berada pada Arka Pulau Kek adalah disebabkan karakter ini mempunyai nilai kehormatan yang tinggi terhadap

  • classiness (darjat dan kelas tersendiri)
  • table manners (tata tertib ketika makan)
  • foreign cuisine (pelbagai hidangan dari luar negara)

Akan tetapi, mungkin juga ada sebab lain yang menyebabkan Capone berada di dalam arka ini.

 

Sebagai Penghormatan Filem The Godfather.

Selepas membaca spoilers, saya menonton kembali filem The Godfather dan saya dapati terdapat banyak persamaan daripadanya.

Hampir kesemua karakter Bege dan bahagian dia di arka ini adalah sebagai penghormatan untuk Filem The Godfather.

1. The Godfather bermula dengan majlis perkahwinan anak perempuan Corleone di mana ramai teman kenalan dan sekutunya yang hadir pada hari tersebut. Sama seperti One Piece, Bege menghadiri Majlis Perkahwinan anak perempuan Big Mom, di mana ramai kenalan dan sekutu yang akan hadir bersama.

2. Filem The Godfather mengetengahkan tema kekeluargaan dan hubungan di antara Ibu Bapa dan anak, yang pastinya Tema serupa yang kita boleh lihat sepanjangan Tanah Totto.

3. “Lima Keluarga Hebat” juga ada pada filem ini (filem ini juga mengambil inspirasi daripada Lima Keluarga di dunia sebenar – tanpa perkataan Hebat – yang menguasai dunia penjenayahan terancang di New York pada tahun 1930-an). Lima keluarga bersetuju dengan peraturan yang mereka tidak akan menyerang sesama sendiri, tetapi perselisihan selalu terjadi.

4. Don Corleone sudah berumur di dalam filem tersebut, tetapi dia memulakan kariernya sewaktu dia muda. Sama juga seperti Bege, yang memulakan kariernya ketika dia adalah seorang Boss.

5. Bege mengerat kepala kuda adalah merujuk kepada babak di dalam filem di mana Corleone mengugut Jack Woltz dengan meninggalkan kepala kuda kegemarannya di atas katil. Walaupun begitu, di dalam filem tujuannya adalah untuk mengugut dan bukannya sebagai suka-suka. Sama juga seperti Big Mom yang menggunakan kaedah yang sama untuk mengugut sesiapa yang menentang untuk menghadiri majlis tea party.

 

Anak Kapal.

Image and video hosting by TinyPic

Capone Bege mempunyai sebilangan besar anak kapal dari segi bilangan ahli, tetapi hanya beberapa sahaja yang diberikan nama setakat ini.

Anak-anak kapal Kumpulan Firetank adalah berdasarkan keluarga mafia

Kebanyakan mereka

  • berpakaian sut
  • dengan kot diikat ke bahu mereka dan
  • memakai topi fedora

Oleh itu mereka (atau kaptennya), memiliki gaya seperti Mr. Crocodile, yang mirip stereotipikal mafia Itali.

Ahli-ahli kumpulan Firetank juga menunggang kuda semasa melancarkan serangan mengejut dari dalam badan kubu kapten mereka.

Image and video hosting by TinyPic
Jolly Roger Kumpulan Lanun Firetank

 

Salah Seorang Generasi Terburuk (Worst Generations)

Image and video hosting by TinyPic

Kepada yang memandang rendah

  1. kekuatan dan
  2. kebolehan

…Capone “Gang” Bege, jemput baca ini.

Fakta Tentang Ganjaran Buruan.

1. Ganjaran Buruan dikeluarkan oleh Kerajaan (melalui Tentera Laut) kepada individu dan akan menganugerahkan sesiapa yang boleh menangkap atau membunuh orang yang diburu.

2. Oleh kerana Tentera Laut hanya boleh mengeluarkan ganjaran buruan berdasarkan pengetahuan mereka tentang sesuatu jenayah yang dilakukan, ‘angka’ ganjaran buruan tidak semestinya mencerminkan ancaman sebenar seseorang individu.

Sebagai contoh, Tony Tony Chopper disalah anggap sebagai haiwan peliharaan dan hanya diberikan ganjaran sebanyak 50 Beri kerana Tentera Laut tidak menyedari dia sebenarnya yang mengalahkan Kumadori daripada CP9.

 

Ini bermakna, Ganjaran Buruan Ayahanda Capone Bege yang cuma 300,000,000 Beri tidak bermaksud Ayahanda Bege tak kuat.

Itu hanya angka sahaja.

 

Masih ingat babak di bawah ini?

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Apabila siaran terputus ketika menonton siaran Peperangan Kemuncak di Marineford, Ayahanda Bege mengatakan yang

  • Janggut Putih tak akan pernah menjual kesetiaan anak-anak buahnya (merupakan kualiti yang sangat dikagumi ramai).
  • Wilayah Janggut Putih akan dirampas oleh lanun-lanun yang lain.

Tak mungkin Lanun Biasa yang baru belayar selama 1-2 tahun di Grand Line mampu

  • menganalisa situasi setajam itu dan
  • mengenali peribadi Janggut Putih

kecuali mereka mempunyai sejarah silam dan peribadi yang lebih kurang sama seperti Capone Bege yang sangat mementingkan

  • kesetiaan dan
  • kekeluargaan

…yang bertemakan Mafia seperti the Godfather.

Ternyata Chapter 857 membuktikan yang Bege bukan calang-calang orangnya.

Di mata Tentera Laut, dia hanya berganjaran 300 Juta Berry.

Tetapi, di dunia Penjenayahan dia merupakan antara ketua keluarga hebat di West Blue dan memiliki ramai musuh yang ingin membalas dendam.

Image and video hosting by TinyPic

Agenda Capone Bege

Sama seperti Supernova yang lain yang mempunyai agenda mereka tersendiri sebagai contoh

  • Kid, Basil Hawkin dan Appo – ingin menjatuhkan Maharaja Shanks (tetapi berjumpa dengan Kaido dahulu)
  • Luffy dan Trafalgar Law – ingin mengalahkan Maharaja Kaido (berjaya mengalahkan Panglima Perang Donquixote Doflamingo di Dressrosa)
  • X Drake dan Jewelry Bonney (masih belum pasti agenda mereka)
  • Mad Monk Urouge (pernah menentang Big Mom dan menundukkan salah satu Komander Big Mom, tetapi kalah dan melarikan diri)

Capone Bege juga mempunyai agendanya yang tersendiri.

Dan seperti yang sudah dibincangkan di atas, dia nampaknya

  • Tak berminat tentang wilayah dan status – mungkin juga dia tak berminat untuk menjadi Raja Lanun
  • Suka dengan kacau bilau dan kucar kacir – kerana keadaan yang sebegini adalah ‘keseronokan’ bagi Capone Bege

Persoalannya sekarang

  • Adakah dia akan bergabung tenaga dengan Luffy?
  • Adakah dia akan mengkhianati Luffy?
  • Apa yang terjadi selepas Arka Pulau Kek ini berakhir?

 

Yang pastinya, Capone Bege akan membawa Arka Pulau Kek ini ke tahap yang lebih tinggi dan menarik lagi apabila Luffy dan Bege bergabung tenaga untuk menentang Big Mom!

Image and video hosting by TinyPic