Salam Hormat Nakama sekalian.

Terima kasih kerana menunggu dan tetap percayakan Team Budak Getah! ๐Ÿ™‚

Penantian anda berakhir di sini!

 

Di kesempatan ini kami nak umumkan yang kami dah bersedia untuk mengambil tempahan untuk Volume 83 (versi Fizikal)

Format penjelasan untuk Volume 83 ini kami akan gunakan format soal & jawab supaya segala persoalan dan jawapan lebih tersusun.

1. Apa status kerjasama Budak Getah dengan Comic Paradise tempoh hari?

Pada mereka yang terlepas dan blur kami sembang pasal apa, boleh KLIK SINI untuk baca.

Panjang ceritanya, tetapi essentially kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerjasama, yay for all of us!

  • Team Budak Getah – menyediakan terjemahan dan menyemak terjemahan sebelum dicetak
  • Comic Paradise – mengendalikan bahagian percetakan dan jualan di cawangan kedai buku mereka

Kalau ada kelapangan nanti kami akan karang artikel penjelasan yang lebih panjang ok?

For now, anggap sahaja it’s ON!

2. Kerjasama ini akan berterusan sampai Volume seterusnya ke ataupun setakat Volume 83 sahaja?

InsyaAllah kalau tiada apa masalah, akan diteruskan sampai One Piece tamat!

Teruskanlah menyokong usaha kami!

3. Versi Fizikal ini kalau dah siap cetak nak beli dengan siapa nanti?

Kalau anda tengah baca artikel ini, maka sebaiknya belilah dengan kami.

Sebabnya secara langsung anda akan membantu kami di Budak Getah ๐Ÿ™‚

  • Kalau rumah anda berdekatan dengan cawangan Comic Paradise – belilah dengan mereka
  • Kalau rumah anda berjauhan dengan cawangan Comic Paradise – beli dengan kami, sebab kami sedia menerima tempahan online dan akan hantar by post apabila ianya siap dicetak nanti ๐Ÿ™‚

Priority pada siapa nanti?

Siapa yang buat tempahan dengan kami di Budak Getah, dah tentulah priority kami akan berikan kepada anda dulu.

Kami buat tempahan awal ini pun supaya kami dapat terus siap-siap beli sampul dan nak tulis detail alamat anda nanti.

4. Bila akan siap cetak?

Tak pasti lagi, kami buka tempahan ini sebagai nak tengok berapa kencang permintaan daripada anda semua.

Targetnya nak dapatkan lebih dari 200 unit tempahan berbayar.

Jadi, kalau ramai yang buat tempahan dengan kami, kami akan percepatkan untuk mencetak Volume 83 ini

5. Bentuk Cetakan yang kerjasama ini nanti macam mana?

Dalam perbincangan bersama Comic Paradise, mereka nak teruskan macam apa yang Comics House (RIP) dulu dah buat.

  • Font Times New Roman (kot?)
  • Naskhah berjaket

Ini berbeza dengan Font yang Budak Getah cuba usulkan (seperti yang anda selalu baca setiap minggu).

Akan tetapi kami tetap bersetuju dengan cadangan Comic Paradise asalkan

a) Terjemahan kami yang supply

b) Sebelum buat sebarang cetakan, kami akan buat semakannya terlebih dahulu.

6. Harganya berapa?

RM 7 dan tambahan RM 5 (untuk postage ke seluruh Malaysia)

Bermakna, totalnya adalah RM 12

——-
Saya nak beli 2 naskhah. Macam mana kira?

  • Satu alamat postage boleh disekalikan. Bermakna

RM 7 + RM 7 + RM 5 (postage) = RM 19

  • Dua alamatpostage kena lain-lain. Bermakna

RM 7 + RM 5 (postage) + RM 7 + RM 5 (postage) = RM 24

Kalau nak order lebih dari 3 naskhah, postage RM 7 (Semenanjung) RM 10 (Sabah & Sarawak)

Kalau anda nak buat order lebih dari 1 nashkah, mohon PM kami dengan KLIK SINI (direct PM di Fanpage)

7. Postage pakai apa?

Dah siap cetakan nanti (akan dimaklumkan tarikhnya), kami akan hantarkan nashkah anda menggunakan Pos Express (tengok gambar di bawah ini cara kami membungkus nashkah Volume 82 yang lepas).

Cara pembungkusan yang kami buat adalah seperti berikut.

  • Naskhah anda dimasukkan ke dalam bungkusan plastik (boleh muat 2 naskhah – maximum) – supaya tak basah kalau hujan waktu Postman hantar
  • Kemudian baru dimasukkan ke dalam sampul Pos Express (atau Poslaju, bagi tempahan yang banyak) – ada Tracking No

 

8. Tak ada COD ke?

Buat masa ini tak ada. Sebab Team yang kami ada sekarang ini tak sempat nak handle buat COD ni sebenarnya.

Team yang ada pun nak fokus buat terjemahan Chapter-Chapter lama

Ada dua cara untuk dapatkan naskhah ini apabila ianya siap dicetak

1. Beli di Cawangan Comic Paradise

  • Sesuai untuk mereka yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur, Lembah Klang, Melaka dan Seremban
  • Sesuai untuk mereka yang ada masa untuk pergi ke Cawangan Comic Paradise

Budak Getah Cawangan Comic Paradise

2. Beli dengan kami (Budak Getah dot com)

  • Sesuai untuk mereka yang tinggal selain dari kawasan berdekatan Cawangan Comic Paradise
  • Sesuai untuk mereka yang walaupun tinggal berdekatan di cawangan di atas, tapi tetap tak ada masa untuk pergi ke Cawangan Comic Paradise
  • Sesuai untuk mereka yang dah tak sabar nak pegang dan belek-belek nashkah Budak Getah Volume 83 (sebab priority akan diberikan kepada mereka yang membeli dari kami)

9. Volume 84 bila pulak nak keluar? Akan lebih lama dari Volume 83 ini ke?

Tak janji, tetapi rasanya tak, sebab kan kami dah buat terjemahan Chapter hampir setiap minggu dari tahun lepas?

Volume 84 bermula dengan Chapter 839 dan kami dah mula buat terjemahan Chapter 840 (tahun lepas)

Makanya, kami hanya perlu kemaskinikan semula sahaja terjemahan yang lama.

Logiknya, sudah tentulah akan lebih pantas daripada buat terjemahan from scratch macam Volume 82 dan Volume 83 ini kan?

10. Saya terlepas Volume 82 sebelum ini, macam mana nak order?

…atau boleh order serentak tak?

Tak boleh order serentak.

Volume 82 terbitan kami sendiri memang dah sold out.

Kalau betul berminat nak dapatkan KLIK SINI –> Budak Getah Volume 82

  • Harganya adalah RM 30 + RM 5 (postage)
  • Kena masuk Waiting List – sekarang dah lebih 20 orang di dalam list ini)

Kenapa mahal?

KLIK SINI –>ย Budak Getah Volume 82

  • WAJIB baca di link atas ni
  • Kemudian KLIK pada butang ORDER NOW di situ.
  • Anda akan dibawa ke Page Waiting List.
  • Isikan butiran nama anda
  • Done!
  • Tunggu email selanjutnya (kalau kami buka order)

Info:ย Mereka yang di dalam Waiting List ini mungkinย Batch Finaleย untuk Budak Getah Volume 82. Lepas ini kami tak akan amik order lagi dah.

Tarikh tutup untuk masuk Waiting List (kepada yang berminat) adalah 31 / 7 / 2017

Comic Paradise tak cetak lagi yang versi kemaskini ke? Kami tak mahu yang terjemahan Indo.

Dalam masa terdekat rasanya tak akan cetak.

Tak pasti lagi bila (masih belum ada kepastian lagi)

————

Kalau anda blur kenapa ada persoalan no. 9 ini, please check out posting kami yang lepas

11. Apa lagi yang anda nak tanya?

Semua soalan-soalan di atas adalah soalan yang selalu Admin dapat di PM.

Rasanya semuanya dah lengkap terjawab dan dikompilasikan.

Tetapi, kalau masih ada soalan-soalan yang nak tanya lagi…

Mohon KLIK SINI untuk teruskan bertanya lagi soalan sampai semuanya berpuas hati.

(Admin tak 24 jam online, kalau Admin lambat reply pertanyaan anda maknanya Admin tak online ataupun tengah ada hal lain)

 

Bonus: Free Versi Digital!

Untuk menggalakan anda semua buat order cepat-cepat, Admin akan bagi percuma Budak Getah Versi Digital Volume 83 (bernilai RM 5)!

Terhad untuk 200 orang pertama… kot?

Kalau tak percaya, cuba buat order dan bayar sekarang, tengok dapat ke tak dapat.

-> Sebab apa nak kena cepat?

Lagi cepat ramai yang order, lagi cepat Admin boleh ‘push’ Comic Paradise untuk buat cetakan ๐Ÿ™‚

Lepas tu lagi cepat buku tu boleh sampai di tangan anda!

 

 

Dah tunggu apa lagi ni weh?

Cepat order, Admin tunggu korang kat dalam nanti ๐Ÿ™‚

Saya dah faham dan ingin mendapatkan Volume 83 Versi Fizikal.

–> PICIT sahaja pada butang “ORDER NOW” di bawah nanti.

BUTIRAN PRODUK

Produk: VOLUME 83

Versi: Fizikal

Harga: RM 7.00

Penghantaran: RM 5

(seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak)

TOTAL: RM 12