Salam Nakama
Di sini Admin nak kongsikan cara-cara yang betul untuk membeli di Budak Getah Shop.
Contoh yang Admin gunakan adalah untuk membeli pre-order Budak Getah Volume 82

Skroll ke bawah dan anda akan jumpa lebih banyak info dan maklumat tentang Volume 82.

Cara-cara Membeli
1. KLIK PADA BUTTON PRE-ORDER NOW
2. VIEW CART akan keluar.
Menunjukkan yang Volume 82 dah masuk ke dalam bakul pembelian anda.
Boleh teruskan tambah produk lain yang ada di Budak Getah Shop.
Sekiranya dah selesai, klik VIEW CART untuk melihat bakul pembelian anda.
Anda akan sampai ke page di bawah ini

*Coupon code: Abaikan atau kosongkan sahaja bahagian ini.
3. Tekan Button Proceed to Checkout
Anda akan tiba di bahagian Checkout seperti di bawah ini.
4. Isikan semua details anda di ruangan yang disediakan.
*Kalau anda nak cepat, boleh login dengan akaun social media anda. (For faster checkout, login or register using your social account)
Tekan pada click here to login seperti di bawah, dan button Log in with Facebook, Log in with Twitter, Log in with Instagram akan keluar.
5. Pilih Cara Pembayaran Anda
(di bahagian bawah sekali page Checkout)
Perbankan Internet
Gunakan Perbankan Internet sekiranya anda mempunyai kemudahan dan menggunakan akaun perbankan internet seperti Maybank2u, CIMBCliks, PBeOnlineBanking dan yang lain.
Kami lebih prefer anda melakukan transaksi menggunakan ini kerana ia memudahkan urusan di pihak kami.
Jika anda tiada kemudahan Perbankan Internet, pilih ATM Cash Deposit dan teruskan baca.

ATM Cash Deposit
Gunakan kemudahan ATM Cash Deposit untuk membayar tempahan anda sekiranya anda tiada kemudahan Perbankan Internet.
Segala maklumat pembayaran akan diberikan selepas anda menekan butang “PLACE ORDER/PLACE PRE-ORDER NOW”

6. Order Number dan Jumlah (Checkout)
Selepas anda Tekan Butang PLACE ORDER / PLACE PRE-ORDER NOW
Anda akan tiba di page Checkout seperti di bawah ini (ini contoh Kaedah Pembayaran untuk yang menggunakan ATM Cash Deposit)
Bagi yang menggunakan Perbankan Internet anda akan jumpa kaedah pembayaran yang lebih kurang sama. Cuma langkah-langkahnya berbeza sedikit.
Semak order number anda dan jumlah yang anda perlu bayar
7. Semak Email Anda
Langkah ini penting. Semak email anda untuk dapatkan salinan tempahan yang anda lakukan dan kami juga emailkan anda kaedah pembayaran di email yang anda berikan.
Contoh kandungan email yang anda bakal terima.
8. DONE!
Sekiranya anda dah melakukan pembayaran, maklumkan kepada kami di Fanpage Budak Getah
Tunggu sehingga 100 orang dah beli baru kami akan mulakan terjemahan.
EXTRAS
Kalau tak cukup 100 orang macam mana?
Kami akan refund semua duit pembeli nanti.
Kami nak tolong cukupkan 100 orang, macam mana?
Ada beberapa cara.
Pertama, copy + paste link ini [http://www.budakgetah.com/product/budak-getah-volume-82/] ke WhatsApp Group, Telegram Group, Facebook Group yang berkaitan One Piece. Pastikan peminat-peminat lain tahu tentang perkara ini.
Kedua, copy + paste dan share link ini [http://www.budakgetah.com/freedownloadchapter817/] kepada kawan-kawan anda yang minat dengan One Piece (Budak Getah). Pastikan diorang tahu yang kami akan realisasikan ini sekiranya dapat 100 tempahan berbayar.
Lagi cepat kami dapat 100 tempahan berbayar, lagi cepat kami akan siapkan terjemahan, dan lagi cepat anda akan dapat enjoy baca Budak Getah volume 82 ?
Saya nak beli semua pre-order, tapi dalam shop asyik keluar error dan tak bagi saya add cart. Kenapa ya?
Untuk pre-order, anda perlu buat tempahan satu-satu. Tak boleh semuanya dalam sekali cart (bakul tempahan). Maaf atas kesulitan ini, ia bertujuan memudahkan pihak kami untuk membuat semakan di dalam sistem dan kami tak mampu buat terjemahan 5 Volume sekaligus dalam satu-satu masa buat masa ini.
Similar Posts
One Piece Magazine Vol 3
Kepada yang masih belum tahu, One Piece Magazine merupakan Manga Special Oda (sempena ulang tahun... Read More
10 Perkara Yang Anda Patut Tahu Tentang Eiichiro Oda!
Individu di sebalik siri manga yang paling berjaya diterbitkan oleh Mingguan Shonen Jump, One Piece... Read More
Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS
Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 87. Volume ini... Read More
Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan!
Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 86. Volume ini... Read More
Manga Editor One Piece Yang Ke 9 Diumumkan!
Pada 5 Januari yang lepas, akaun Twitter Rasmi untuk kakitangan manga One Piece telah mengumumkan... Read More
Tahniah Comic Paradise! Tapi sayangnya…
Berita gembira dan sedih untuk peminat Budak Getah! Kami kongsikan berita gembira dahulu. Comics Paradise... Read More
ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 3
PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN... Read More
Cara Untuk Pastikan Yang Anda Tak Terlepas Sebarang Update dari Budak Getah
Salam Nakama sekalian Di kesempatan ini Admin nak tunjukkan kepada anda semua cara untuk pastikan... Read More
Leave a Reply