Cara Dragon Dapat Tahu Yang Janggut Hitam Akan Serang Baltigo

with No Comments 3763

Saya dah baca beberapa teori yang berkaitan Baltigo tentang bagaimana Dragon boleh tahu tentang serangan dari Ahli Kumpulan Janggut Hitam sebelum ia berlaku.

Dan dengan adanya informasi ini Dragon berjaya mempermainkan Janggut Hitam dan Cipher Pol untuk berhadapan antara satu sama lain .

Saya bersetuju dengan teori yang ada, dan saya juga mempunyai pandangan saya sendiri tentang bagaimana ia berlaku.

Dengan menggunakan Den Den Mushi

Kuncinya terletak pada satu perkara yang nampak sangat biasa, tetapi amat penting di dunia One Piece iaitu Den Den Mushi.

Lebih spesifik lagi Den Den Mushi yang berjenis khas.

Kita semua tahu Den Den Mushi biasa digunakan untuk membuat panggilan antara orang, yang kita dan menunjukkan gaya yang berkaitan dengan pemanggil.

Saya pasti anda juga tahu yang adanya jenis Den Den Mushi yang lain, seperti Den Den Mushi yang berjenis rakaman dan seangkatan dengannya.

Saya bagaimanapun akan memberi tumpuan kepada dua jenis Den Den Mushi yang jarang dilihat dalam cerita.

Den Den Mushi Putih

Den Den Mushi Putih seperti yang dinyatakan dalam kotak maklumatnya apabila ia ditunjukkan dalam Chapter 593 (muka surat 10) ketika Dragon bercakap dengan Ivankov, adalah jenis RARE Den Den Mushi yang digunakan khusus untuk menyekat orang lain daripada mendengar panggilan telefon dan merupakan lawan kepada Den Den Mushi Hitam.

Den Den Mushi Hitam

Den Den Mushi Hitam digunakan seperti yang ditunjukkan ketika Smoker sedang mendengar panggilan antara penjahat di Punk Hazard dan Topi Jerami untuk menerokai perbualan mereka.

Kenapa saya sebutkan kedua-duanya?

Den Den Mushi Putih adalah salah satu dari beberapa unit yang dinyatakan sebagai jenis yang sangat jarang (rare). Disebabkan fakta ini, dah tentulah sangat sedikit individu yang memilikinya.

Sudah tentu juga seseorang yang membangkitkan revolusi memerlukan salah seorang daripada mereka untuk memastikan kerajaan tak curi dengar informasi penting.

Den Den Mushi Hitam pula nampak lebih biasa, sekurang-kurangnya setiap Laksamana Madya memiliki satu, atau mungkin juga setiap kapal tentera laut.

Senang cerita, Den Den Mushi Hitam lebih senang dapat daripada Den Den Mushi Putih.

Nak tahu apa perkara yang hampir sama dengan sekat orang daripada mendengar panggilan rahsia anda dari pangkalan anda?

Dapat mengetahui setiap panggilan telefon lain yang dibuat dari pangkalan anda atau berdekatan dengan pangkalan anda.

Kenapa ini dapat membantu Tentera Revolusi?

Jesus Burgess buat panggilan kepada Lafitte dengan menggunakan Den Den Mushi biasa.

Kalau Tentera Revolusi berjaya dengar panggilan itu, mereka pastinya mempunyai banyak masa untuk memindahkan Baltigo dan berikan maklumat itu kepada Cipher Pol.

Lagipun, Tentera Revolusi tentunya memiliki banyak pangkalan di seluruh dunia dan dapat melarikan diri sementara Lanun Janggut Hitam berlawan musuh nombor satu mereka untuk mereka, iaitu Cipher Pol.

Berkemungkinan juga mereka ada tinggalkan sedikit kekuatan kecil yang berfungsi sebagai umpan, tetapi akhirnya keputusan tetap memihak kepada mereka.

—————

  • Artikel teori oleh Larsi
  • Diolah dan ditambahbaik oleh Team Budak Getah

Anda ada teori menarik yang ingin dikongsikan? Jemput KLIK SINI untuk hantar artikel anda.

Leave a Reply