Cara Kumpulan Lanun Janggut Hitam Merompak Buah Syaitan

with 1 Comment 5774

Ketika menonton One Piece anime episod 740, saya perasan yang Jesus Burgess sewaktu di Dressrosa berjalan dengan sejenis beg syaitan.

Atau mungkin hanya beg biasa tetapi dengan beberapa corak seperti buah syaitan.

Besar kemungkinan ini tempat di mana dia menyimpan buah syaitan yang dia rompak.

Kita semua tahu yang lanun Janggut Hitam mempunyai misi untuk mengumpulkan buah syaitan, jadi kenapa Burgess boleh ada di Dressrosa?

Dah tentulah untuk mendapatkan Buah Syaitan Mera Mera no Mi kan?

Marshall D Teach (Janggut Hitam) sendiri berpengetahuan tentang bagaimana untuk mencuri buah syaitan apabila dia melakukan perkara yang tidak masuk akal iaitu membunuh teman sendiri ketika masih berkhidmat di bawah Whitebeard.

Tak dapat dipastikan sama ada Janggut Hitam ‘terpaksa’ membunuh temannya untuk mendapatkan buah syaitan, tetapi ini senario yang paling bermungkinan tinggi.

Buah Syaitan muncul semula daripada buah-buahan yang berhampiran apabila penggunanya mati, seperti apa yang kita dapat lihat semasa insiden di Punk Hazard dan seperti dalam gambar penerangan di bawah ini.

Ini juga menjadi sebab utama kenapa Burgess mempunyai pisau apabila dia cuba untuk membunuh Luffy sewaktu di Dressrosa. Percubaan membunuh pengguna Buah Syaitan bukanlah kali pertama kita lihat apabila kita kaitkan dengan teman-teman Lanun Janggut Hitam.

Ada sebab kenapa Jesus Burgess membawa beg bersama sewaktu hendak membunuh pengguna Buah Syaitan. Ini adalah penjelasannya.

Image and video hosting by TinyPic

Beg yang kita lihat pada gambar di atas sebenarnya penuh diisi dengan buah-buahan biasa, mungkin ianya buah epal.

Mungkin juga ianya ceri sebagai benda yang berkaitan dengan Janggut Hitam sendiri (sebab dia suka ceri pai). Kita anggap sahaja beg itu penuh dengan epal, jadi bahawa sebaik sahaja pengguna buah syaitan dineutralkan (dibunuh), buah syaitan tersebut akan muncul semula ke dalam buah-buahan yang terdekat.

Dalam kes ini ia adalah satu buah yang berada di dalam beg. Kita dapat lihat insiden ini sewaktu di Punk Hazard (sewaktu Smiley mati selepas makan Candy yang dicipta khas oleh Caesar Clown).

Cara yang sangat mudah bukan?

Untuk merompak buah syaitan, Lanun Janggut Hitam memburu dengan beg yang dipenuhi dengan buah epal atau beberapa buah-buahan lain untuk perangkap kuasa buah syaitan.

Saya tak perasan sebelum ini, tetapi Doc Q sebenarnya melakukan perkara dan cara yang sama sebelum timeskip.

Dia menawarkan Luffy sebakul epal untuk dimakan dan berkata kepada Luffy yang dia ‘bertuah’ sebab dia memilih buah yang tidak menyebabkan dia meletup (mati).

Kenapa Doc Q, ahli kumpulan lanun Janggut Hitam mempunyai bakul yang penuh dengan epal?

Ini mungkin taktiknya sendiri untuk merompak buah syaitan yang berbeza dengan cara yang lebih ganas seperti Jesus Burgess.

Lagipun, apa sebenarnya yang akan berlaku apabila pengguna buah syaitan memakan satu lagi buah syaitan?

Ya, dia akan meletup dan saya rasa itulah yang Doc Q maksud ketika dia berkata yang Luffy bernasib baik sebab tidak meletup.

Senang cerita, Lanun Janggut Hitam mempunyai kaedah yang berbeza ketika membunuh pengguna buah syaitan untuk mencuri buah mereka melalui kemunculan semula pada epal ataupun buah-buahan lain di dalam beg atau bakul yang berdekatan.

One Response

  1. KAR
    |

    Rasanya bukan sebarang buah. Seperti gum gum no mi (luffy), dia adalah buah Honey Dew. Dalam beg jesus tu mungkin pelbagai jenis buah sebab ia akan ikut buah yang asal. Seperti penerangan mera mera no mi(ace) kat atas, ia muncul semula di tempat lain. Mungkin mencari bentuk buah asal kembali. Sekian.

Leave a Reply