Cara ‘Request’ Fan-Mail Kepada EIICHIRO ODA / ONE PIECE

with No Comments 2508

Hi guys!

 

Hari ini Admin nak ceritakan macam mana nak hantar surat peminat ataupun ‘fan-mail’ kepada Eiichiro Oda / ONE PIECE.

 

Admin pernah dapat soalan di Private Message Facebook Fanpage Budak Getah yang bertanyakan soalan seperti di bawah:

Sejujurnya, admin sendiri tak pernah hantar surat kepada Eiichiro Oda seperti

  • lukisan (untuk diterbitkan di Usopp Gallery Pirates)
  • soalan SBS
  • cover page

…untuk diterbitkan dalam Chapter ataupun Volume One Piece. Jadi Admin tak berani janji apa yang Admin akan dedahkan ini 100% berjaya ataupun tidak.

Tetapi, tak salah mencuba kan?

 

Anyways,

Kalau korang perasan, sepanjang penerbitan Chapter-chapter dan Volume-volume One Piece, ada seseorang yang namanya selalu keluar di Cover Page Chapter One Piece.

Orang tersebut adalah NODA SKYWALKER

Admin ada buat semakan sendiri, dan perasan yang ada 11 Chapter Cover Page Request yang dibuat oleh NODA SKYWALKER.

Chapter tersebut adalah:

  • Chapter 931
  • Chapter 927
  • Chapter 925
  • Chapter 861
  • Chapter 856
  • Chapter 849
  • Chapter 844
  • Chapter 842
  • Chapter 799
  • Chapter 738
  • Chapter 737

…mungkin ada yang Admin terlepas pandang, tapi 11 requests yang DIBUAT dan DITERBITKAN adalah satu pencapaian yang awesome!

Jom kita tengok satu-satu Cover Page Request yang pernah dibuat oleh NODA SKYWALKER.

Tengok?

Banyak kan request dia diterima dan diterbitkan dalam One Piece?

Apa rahsia dia agaknya ya?

Baru-baru ini, dia ada kongsikan di Twitter beliau macam mana dia hantar surat kepada Eiichiro Oda / SHUEISHA / ONE PIECE sampai dia punya request berjaya mencuri hati Oda untuk lukis dan terbitkan dalam Chapter One Piece!

Haa terjawab sudah rahsia macam mana dia hantar surat, ke alamat mana yang dia hantar surat.

 

Dan lepas baca ini mesti akan banyak lagi soalan dari korang, yes I know. Antara soalan-soalan yang akan ditanya dari korang lagi adalah

 

1) Kena tulis bahasa Jepun ke?

Kalau pandai Jepun, tulis bahasa Jepun. Kalau tak pandai, tulis je dalam Bahasa Inggeris. Staff dan mereka yang bekerja di ONE PIECE takkan la semuanya bengap tak pandai baca bahasa Inggeris kan?

 

2) Kos hantar surat berapa?

Cari sendiri. Pergi pejabat pos berdekatan dan tanya.

 

3) Konfem ke akan diterbitkan?

Tak berani janji 100% akan diterbitkan. Tapi kalau langsung tak ada usaha nak hantar, peluang dia memang dijamin 100% tak akan diterbitkan.

 

4) Tapi saya nak tanya soalan SBS, yang ini nampak macam hantar request untuk cover page.

Hantar je soalan ke alamat yang sama. Kalau NODA SKYWALKER tulis surat dan request dia diterima untuk Oda lukis dan jadikan Cover Page, bermakna surat dia memang sampai kepada Oda untuk Oda baca. Jadi hantar sahaja.

 

5) NODA SKYWALKER ini orang mana?

Dia orang Jepun. Dari Osaka Prefecture

 

6) Tell us more about NODA SKYWALKER!

Pergi stalk dia sendiri kat Twitter dia @noda_skywalker

Ada orang cakap dia ni sebenarnya ODA. Sebab nODA, get it?

Dan gambar-gambar yang dia post kat Twitter dia semuanya ditutup muka dengan emoji. Jadi menguatkan lagi yang dia sebenarnya Oda. Haha

 

7) Pernah tak request daripada orang dari negara lain (selain Jepun) diterbitkan dalam Chapter ataupun Volume cetakan One Piece?

Pernah. Ada orang dari Vietnam hantar lukisan dia ke Usopp Pirate Gallery dan diterbitkan dalam Volume 89

 

Sekarang dah tahu rahsianya apa kata korang cuba?

Kalau berjaya jangan lupa kongsikan pada kami 🙂

Leave a Reply