Cara Untuk Pastikan Yang Anda Tak Terlepas Sebarang Update dari Budak Getah

with No Comments 1531

Salam Nakama sekalian

Di kesempatan ini Admin nak tunjukkan kepada anda semua cara untuk pastikan yang anda semua tak terlepas sebarang

  • Update (atau kemaskini)
  • Post
  • Perkongsian
  • Berita
  • Hebahan

…daripada kami di Page Budak Getah

Admin akan tunjukkan step-by-step yang mudah untuk nakama sekalian ikut.

 

Tanpa melengahkan masa, jom kita mulakan

1. Pastikan tekan “Like” di butang di bawah ini

Apabila kita mula-mula jumpa Page Budak Getah, kita akan picit “Like” untuk pastikan yang kita memang nak ikuti segala update dari Budak Getah.

Ada yang taknak tekan “Like” sebab nanti saudara mara atau sahabat handai dapat tahu yang kita Like Page “Budak Getah” – atau apa jua sebab peribadi.

Jangan risau, teruskan langkah seterusnya.

2. Kemudian, tekan butang “Follow”

Tekan Follow, nanti kita akan dibawa ke Page seterusnya.

Pilihan ini sesuai untuk mereka yang taknak picit “Like” (atas sebab peribadi) tetapi tak mahu terlepas sebarang update daripada Page Budak Getah.

3. Pastikan tetapan “Get Notifications” betul-betul dipilih

Ini untuk memastikan yang kita akan menerima notifikasi setiap kali Page Budak Getah update post terbaru.

4. Kemudian pastikan juga pilih tetapan “See First”

Ini antara step paling penting.

Pilihan tetapan “See First” akan memastikan yang kita akan menerima sebarang posts dari Budak Getah sebagai priority utama di News Feed kita.

Jika ada simbol bintang biru, bermakna langkah yang anda buat di 1-4 adalah betul.

Langkah 5 dan 6 adalah untuk kipas-susah-mati Budak Getah.

5. Pilih tetapan Edit Notifications Settings

Ini adalah langkah extra untuk kipas-susah-mati One Piece (Budak Getah).

Selalunya segala update daripada Page tak akan keluar notifikasi di News Feed kita sebagaimana notifikasi yang kita terima apabila kawan kita up status atau gambar atau video di Facebook.

Jadi untuk set up yang kita juga nak terima notifikasi dari Page Budak Getah, ikuti langkah 5 dan 6.

6. Pastikan tetapan Notifications untuk Posts menunjukkan simbol ‘tick’

Ini supaya setiap kali Page Budak Getah up

  • chapter
  • status
  • gambar
  • artikel
  • video atau
  • apa sahaja

…kita akan menerima notifikasi terus di app Facebook di smartphone kita

#NotificationSquad

Sekiranya semua langkah yang kita ikut di No. 5 dan No. 6 berjaya, kita akan menerima notifikasi seperti di bawah ini nanti 🙂

Leave a Reply