Di Mana Marco? Perjanjian Nekomamushi Sebelum Wano

with No Comments 3908

Kembali lagi dengan teori pendek sebelum kita meninggalkan Pulau Kek (Whole Cake Island) dan Wilayah Big Mom.

Ini merujuk ke mana kita akan pergi selepas meninggalkan Pulau Kek (Whole Cake Island).

Ramai akan membuat undian untuk terus ke Wano, tetapi selalunya situasi macam ini jarang-jarang akan jadi sebegitu mudah. Saya percaya tak semudah itu kita akan dapat terus ke Wano atas beberapa sebab.

Sebelum saya bermula, saya nak beritahu yang saya tak harapkan apa-apa berlaku dengan jalan cerita sekarang sehingga tahun depan.

Saya yakin apabila Arka Pulau Kek tamat secara rasminya nanti, Oda akan menghabiskan masa untuk kita sama-sama lihat keadaan semasa Momonosuke yang berada di Zou, dan Ahli Topi Jerami lain yang menuju ke Wano.

Luffy dan teman yang berada di Pulau Kek mungkin tak akan muncul untuk sementara waktu. Kita juga masih ada Reverie yang perlu dipertimbangkan.

Penjalanan Nekomamushi.

Sekarang kita dah tahu tentang perkara di atas, mari kita kembali ke perjalanan Nekomamushi.

Nampak macam too good to be true kan kalau kita percaya yang Nekomamushi hanya akan muncul di Wano bersama Marco dan yang lain pada fasa kedua pertarungan untuk mengubah aliran pertempuran supaya berpihak pada kita?

Adakah begitu mudah untuk mengalahkan Yonko?

Tak mungkin.

Dari apa yang kita tahu tentang Lanun Janggut Putih, mereka jadi tidak aktif sejak Perang Balas Dendam (Payback War).

Oda faham yang kita masih belum mampu untuk menewaskan musuh tetapi dah tunjukkan cara yang paling mudah untuk pembaca faham macam mana caranya.

Pastinya kumpulan Lanun Janggut Putih dengan kebolehan hebat mereka yang kita dah nampak sebelum ini akan memberikan bantuan kekuatan mereka, sebab kita dah tahu beberapa teman lama Kumpulan Lanun Janggut Putih iaitu Nekomamushi dan Kaum Mink.

Ini yang menyebabkan saya rasa ianya nampak terlalu mudah sebab individu seperti Marco nampak memang mampu bertempur dengan salah seorang Malapetaka (Calamity) tanpa bantuan lain.

Pada pendapat saya, keseluruhan “dapatkan bantuan Kumpulan Janggut Putih” untuk membantu adalah tipu daya ataupun helah dari Oda, dan kita tak mungkin akan betul-betul berjumpa dengan Kumpulan Lanun Janggut Putih pun nanti.

Pengembaraan Nekomamushi memang tetap akan berjumpa dengan sekutu juga nanti, tetapi ia bukan seperti apa yang kita harapkan.

Semuanya bermula dengan siapa saya percaya Nekomamushi akan jumpa dalam pencariannya nanti.

Nampak macam terlalu mudah untuk saya maklumkan yang sekurang-kurangnya kita ada seseorang yang sedang memburu dan cuba membasmi saki baki Kumpulan Lanun Janggut Putih dan sekutu mereka.

Dan entah macam mana, Nekomamushi mesti akan sampai kepada mereka (kumpulan Lanun Janggut Putih) terlebih dahulu tanpa berjumpa dengan dia. Cara Shonen kan selalu macam ini, betul tak?

Kita memerlukan antagonis (penjahat) untuk menghalang protagonis (orang baik).

Nekomamushi VS Edward Weevil.

Saya jangkakan yang Nekomamushi akan bertemu dan tewas kepada Edward Weevil.

Ada dua sebab.

  • Pertama adalah kekuatan fizikalnya, yang dikatakan sama dengan Janggut Putih pada masa mudanya.

Dan pertempuran dengan Luffy juga digambarkan oleh Oda dalam masa yang singkat ketika kita diperkenalkan dengan Weevil.

  • Dan kedua, Nekomamushi baru saja kehilangan lengan dan yang mungkin menyebabkan dia tewas.

Ini saya fikir akan memainkan peranan dalam kesemua sekutu kita yang kehilangan hubungan dengan Nekomamushi.

Kemudian seseorang perlu menyiasat perkara ini sebab kita bergantung kepada bantuan Lanun Janggut Putih sebagai sekutu.

Oleh kerana yang lain telah sampai ke Wano dan Inuarashi bersama dengan Momo di Zou (saya pun ada pandangan tentang hal ini juga), Luffy dan yang lain mungkin diminta untuk mengesan Nekomamushi dan menyiasat apa yang terjadi pada Nekomamushi.

Ini meletakkan kita pada landasan untuk pertembungan dengan Weevil.

Saya rasa anda pun tahu yang fizikal Weevil nampak macam pelik.

Semua perkara tentang kewujudannya dan tuntutannya nampak macam palsu.

Individu Disebalik Edward Weevil.

Bagi saya, jelas ada orang di belakang penciptaan Edward Weevil, yang mungkin dia sendiri tak tahu punca sebenar sebab Weevil nampak bodoh.

Jadi dalam kes ini, siapa yang bertanggungjawab untuk memalsukan Kumpulan Lanun Janggut Putih dan memburu bekas Lanun Janggut Putih?

Siapakah yang nampak memang tak menghormati langsung warisan Janggut Putih dan mendapat faedah daripada pemburuan ini?

Jawapannya jelas.

Dia dengan mudah menjadi suspek nombor satu di sebalik plot jahat untuk membasmi Kumpulan Lanun Janggut Putih.

Ini juga akan membantu dia sebab dengan mencari Marco ini bermakna keupayaan buah syaitan yang lebih berkuasa berada di dalam genggamannya.

Dia sedang memburu keupayaan. Kita tahu pasal ini.

Saya tahu apa yang anda fikirkan.

Macam mana Janggut Hitam mempunyai keupayaan untuk membuat seseorang kelihatan seperti anak lelaki Whitebeard?

Jawapannya, dia tak berkeupayaan pun.

Tetapi, saya percaya Janggut Hitam bekerjasama dengan orang lain. Dan orang itu adalah…

Ya, ini bukan sesuatu yang baru, tetapi saya akan terangkan kenapa Moria terlibat di sini.

Ketiga-tiga individu di Thriller Bark yang terselamat ini bersama-sama menggunakan keupayan menghilangkan diri Absalom.

Kunci kepada semua ini adalah Hogback.

Ingat apa yang dikatakan Hogback tentang Blackbeard di Chapter 486.

Dia menyampaikan maklumat tentang Janggut Hitam yang menggantikan Crocodile dan sangat kagum dengan keupayaan yang ditunjukkan oleh Janggut Hitam.

Nampaknya Oda meramalkan perikatan ini di antara Janggut Hitam dan Moria dari dulu lagi.

Saya percaya Hogback bertanggungjawab untuk ciptaan Edward Weevil dan mereka kini bekerja di bawah Janggut Hitam.

Memang jelas yang Moria sebenarnya hanya berminat untuk bertahan sehingga dia percaya yang dia cukup kuat untuk mencabar Raja Lanun.

Tetapi itu adalah perbincangan lain.

Saya rasa selepas melarikan diri dari Marineford, Hogback menjejaki Janggut Hitam dan ketiga-tiga mereka dan sama-sama membuat perjanjian.

Di bawah Janggut Hitam, ciptaan Hogback menjadi lebih kuat dan kebenaran sebenar berkaitan Weevil akan menjadi tumpuan pelencongan pendek yang saya ramalkan.

Ini akan membawa kita ke Moria. Tetapi untuk apa?

Sekutu Terakhir.

Saya percaya yang Moria dan kuasa pertempuran barunya adalah sekutu terakhir yang kita akan dapat sebelum bertempur dengan Kaido

Sekarang saya tahu yang ini macam mustahil.

Moria benci Luffy dan Luffy pun membencinya.

Walau bagaimanapun, musuh kepada musuh kita adalah kawan kita (the enemy of my enemy is my friend).

Kita tahu Moria pernah pergi ke Wano sebelum ini.

Kita tahu yang itu adalah tempat dia kalah pada Kaido.

Yang paling penting, Moria membenci Kaido lebih daripada orang lain di dunia. Termasuklah Luffy.

Saya tak pasti macam mana pakatan ini akan berlaku, tapi yang pasti ia bukanlah satu kebetulan yang Edward Weevil nampak sangat mirip dengan zombie dan itu membawa kita kepada salah satu bekas musuh Kaido.

Selepas semua ini barulah Arka vs Empat Maharaja.

Nampak macam tak kena kalau kita tak dapat gambaran ke kuasa pertarungan pasukan Janggut Hitam selepas langkau masa (post timeskip) sebelum pertaruhan akhir Arka Maharaja.

Sekarang kita dah nampak gambaran kuasa pertarungan Big Mom.

Kita juga dah nampak sedikit Janggut Hitam dan kemudian kita akan nampak Kaido pada akhirnya nanti.

Korang rasa?

  • Teori oleh The Conqueror
  • Diterjemah dan diolah semula oleh Team Budak Getah