Hari ini Eiichiro Oda dianugerahkan “Prefecture Honor Award” oleh Majlis Wilayah Kumamoto, tempat kelahirannya. Turut diumumkan yang mereka akan mempamerkan Tugu Luffy di Pejabat Wilayah.
*Prefecture = Wilayah
Para Editor di JUMP menghadiri majlis tersebut sebagai ganti Eiichiro Oda.

Prefecture Honor Award
Ringkasan daripada mesej di Prefecture Honor Award Certificate dari Gabenor Kumamoto.
Gabenor: Manga awak “ONE PIECE” dah menjadi sangat popular bukan sahaja di Jepun malah juga di luar negara sama seperti Kumpulan Topi Jerami yang belayar di lautan. ONE PIECE juga berjaya mencipta Guinness World Record. Pekan Kumamoto sekarang masih lagi dalam pembinaan akibat daripada gempa bumi. Sokongan daripada Kumpulan Topi Jerami memberikan kami semangat untuk terus bangun dan menuju hari esok.
Kami penduduk Kumamoto sangat bangga dengan hasil kerja awak yang membawakan impian, keseronokan dan kuasa untuk tinggal di seluruh dunia.
Hari ini kami ingin memberikan awak Prefecture Honor Award sebagai memperingati hasil kerja awak yang hebat.
– 15 April, 2018 Ikuo Kabashima, Gabenor Kumamoto
Terjemahan:
ODA: Apabila saya berpindah dari Kumamoto ke Tokyo untuk menjadi seorang Mangaka, saya sangat angkuh sampaikan saya tak rasa menyesal langsung untuk pergi dari tempat kelahiran saya, Kumamoto. Ini disebabkan kalau kembali semula ke Kumamoto merupakan satu kekalahan pada saya.
Sejujurnya, saya pernah buat satu azam untuk terus melukis manga dan tak mahu melawat kematian walaupun kalau ibu bapa saya yang meninggal dunia. Saya memang kurang hormat pada ibu bapa saya. Saya (dulu) tak tahu maksud sebenar membuat usaha (dengan baik). Walau macam mana pun, saya tak pernah menyesal tentang perkara ini sebab waktu yang terdesak seperti itu lah yang membuatkan diri saya seperti sekarang ini. Memang sepatutnya saya membalas budi ibu bapa dan tempat kelahiran saya. Saya memang prihatin tentang keadaan mereka yang terjejas dengan gempa bumi di Kumamoto (2016). Saya harap untuk terus membantu mereka dengan sedaya upaya saya.
Minta maaf sebab tak dapat hadir majlis pada hari ini. Saya sangat bersyukur dan berterima kasih untuk menerima anugerah ini.
– 15 April 2018 Eiichiro Oda
Oda Belikan Bas Sekolah
Oda beli bas sekolah (dinamakan “Going Mashiki Town”) sebagai hadiah untuk sekolah rendah di pekan Mashiki, yang teruk terjejas akibat gempa bumi. Pelajar-pelajar di sana membuat mesej tanda penghargaan kepada Oda. Para Editor berjanji yang mereka akan menyampaikan mesej tersebut kepada Oda.
Salah seorang daripada pelajar tersebut menulis, “Saya sangat suka dengan lukisan Kumpulan Topi Jerami di bas sekolah ini. Terima kasih kerana memberikan bas ini! Sekarang saya akan rasa seronok pergi ke sekolah dengan menaiki bas. Saya rasa selamat sebab bas mempunyai tali pinggang keledar, tak seperti bas yang sebelum ini. Kami pasti akan menjaga bas ini dengan baik.”
Berkaitan
- Gempa Bumi Kumamoto 2016 (Astro Awani)
Rujukan:
Similar Posts
ONE PIECE Live Action Hollywood Siri Televisyen!
Pada 21 Julai 2017, “ONE PIECE” 20th Anniversary Press Conference telah diadakan di One Piece... Read More
Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan!
Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 86. Volume ini... Read More
One Piece Magazine Vol 2 (Novel Ace)
Post ini adalah merupakan sebahagian daripada 2 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe... Read More
Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS
Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 87. Volume ini... Read More
One Piece Magazine Vol 1 (Maklumat Lain)
Post ini ada merupakan sebahagian daripada 3 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe... Read More
Pengalaman Menghadiri COMIC FIESTA 2016
Salam nakama-nakama sekalian Posting kali ini, saya nak cerita sedikit pasal Comic Fiesta. Lebih spesifik... Read More
Pengumuman di JUMP Festa – Menuju ke Reverie dan Wano pada 2017
JUMP Festa, acara tahunan Shueisha untuk peminat telah diadakan pada hujung minggu lepas di Dewan... Read More
One Piece Magazine Vol 2
Kepada yang masih belum tahu, One Piece Magazine merupakan Manga Special Oda (sempena ulang tahun... Read More
Leave a Reply