Elbaf di bawah Perlindungan Maharaja Shanks

with No Comments 8173

Berikut adalah beberapa perkara yang membuatkan saya berfikir bahawa Shanks adalah Yonkou (Maharaja Lanun) yang menguasai pulau Elbaf.

Nota: Elbaf adalah nama sebuah kerajaan yang didiami oleh kaum gergasi. Elbaf juga dikenali sebagai negara yang paling kuat di dunia disebabkan tentera mereka yang terkenal dengan kekuatannya.

Dalam teori ini, saya akan menyatakan perkara-perkara yang membuatkan saya terfikir bahawa pelindung (ataupun penaung) terkini pulau Elbaf adalah Yonko (Maharaja Lanun) Shanks.

Image and video hosting by TinyPic

I – Cara Wilayah di Dunia Baru (New World) Berfungsi

Elbaf adalah pulau yang dihuni oleh spesis Gergasi (Giants) di Dunia Baru.

Kepulauan New World yang kita dapat lihat sehingga kini adalah:

  • Kepulauan Manusia Ikan – di bawah perlindungan Big Mom (sebelum ini dikuasai oleh Janggut Putih).
  • Punk Hazard – di bawah perlindungan Caesar Clown yang berkait dengan dua Yonko dan dengan Doflamingo (sebelum ini pulau ini dimiliki oleh Kerajaan Sedunia).
  • Dressrosa – di bawah perlindungan Doflamingo, kini di bawah pengawasan Luffy.
  • Zou – pulau yang bebas tetapi diketuai oleh Tuan Nekomamushi dan Penghulu Inuarashi, bekas lanun Janggut Putih dan Lanun Gol D. Roger.
  • Tanah Totto – di bawah perlindungan Big Mom.
  • Negara Wano – dikawal oleh Kaido yang menguasainya dengan kekerasan.

Image and video hosting by TinyPic

Di Dunia Baru, sebahagian besar wilayah dimiliki oleh Maharaja Lanun.

Elbaf telah disebut-sebut dan dibayangkan sejak dari permulaan Luffy memasuki Grand Line (di Little Garden) dan pastinya Lanun Topi Jerami akan pergi ke sana juga nanti.

Akan tetapi, bagaimana pulau ini berfungsi, siapa yang memilikinya masih belum diketahui dan didedahkan lagi.

Saya percaya calon Maharaja yang paling sesuai memberikan perlindungan untuk Pulau ini adalah Shanks Berambut Merah.

II – Bertemakan Viking

Cukup jelas yang Gergasi di dunia One Piece diilhamkan oleh peneroka Norse yang kejam iaitu Viking dan mitologi mereka.

Image and video hosting by TinyPic

Gungnir adalah tombak dewa Odin, pemimpin Norse Pantheon.

Nama julukan Shanks adalah “Shanks Berambut Merah“.

Pertama, inspirasi ini adalah daripada “Calico” Rackam Jack, lanun terkenal yang simbol benderanya diilhamkan untuk lambang Lanun Shanks Berambut Merah.

Image and video hosting by TinyPic
Lambang Bendera Lanun Shanks
Image and video hosting by TinyPic
Lambang Bendera “Calico” Rackam Jack
Image and video hosting by TinyPic
“Calico” Rackam Jack

Kedua, Shanks adalah inspirasi daripada Erik Merah (Eric the Red), seorang Viking Norway.

Image and video hosting by TinyPic

Kapal “klasik” Viking dipanggil Drekar. Berbusur dengan bentuk naga.

Ia juga memiliki bentuk yang agak serupa dengan apa yang Shanks miliki sekarang: The Red Force.

Image and video hosting by TinyPic
Kapal klasik Viking yang dipanggil Drekar
Image and video hosting by TinyPic
Bentuk kapal Shanks

Tengok pada bentuk kapal dan bendera kru Lanun Gergasi asal (yang diketuai oleh ketua Dorry dan Ketua Brogy):

Image and video hosting by TinyPic

Tak lupa juga, saya menjumpai ini dari beberapa teori Perancis dan saya akan menghubungkan semuanya di hujung ini:

Shanks juga diilhamkan selepas dewa Tyr, dewa yang berkait dengan undang-undang dan kemuliaan wira di dalam Norse Mythology.

Image and video hosting by TinyPic

Tyr adalah watak yang mengorbankan sebelah tangannya kepada monstruous Wolf Fenrir.

Image and video hosting by TinyPic

Ingat lagi pasal Raja Laut (Sea King) dan pengorbanan Shanks?

Image and video hosting by TinyPic

III – Memiliki Nilai Yang Sama Dengan Golongan Gergasi.

Sejak dari awal lagi, Shanks menggambarkan “nilai” dan “semangat” One Piece mengenai

  • kebebasan
  • pengembaraan
  • kehidupan lanun dan
  • nilai-nilai kehormatan.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Shanks adalah seseorang yang sentiasa bercakap dengan jujur dan memiliki nilai-nilai kehormatan yang tinggi.

Dia seorang yang berani dan terhormat.

Dia juga suka

  • berlawan
  • bertindak
  • belayar
  • mengadakan jamuan dan
  • menikmati setiap masa yang ada.

Beliau adalah seorang contoh “terbaik” seorang lanun yang sebenarnya.

Image and video hosting by TinyPic

Sifat-sifat yang ditunjukkan oleh Shanks juga merupakan sesuatu nilai yang turut sama ada pada kaum Gergasi.

Image and video hosting by TinyPic

Walaupun gergasi Elbaf ini digambarkan sebagai “tidak bertamadun” tetapi ini merupakan sudut pandangan peribadi Jaguar D. Saul dari Tentera Laut yang memahami ‘ketidaktamadunan’ sebenar disebabkan keputusan dan keganasan Kerajaan Dunia dalam melaksanakan (atau menjatuhkan) sesuatu hukuman.

Image and video hosting by TinyPic

Tetapi, dari perspektif Usopp dan gergasi Elbaf itu sendiri, mereka kelihatan seperti orang yang baik dan bermaruah.

Shanks adalah seorang lelaki yang percaya kepada

  • impian
  • pengembaraan dan
  • semangat juang.

Dia seperti simbol penaklukan dan semangat membara.

Sejujurnya pada saya, Gergasi dari Elbaf berkongsi perasaan dan nilai-nilai yang sama seperti Shanks tentang kehidupan mereka.

Image and video hosting by TinyPic
Elbaf kalau diterbalikkan adalah Fable. Ini merupakan permainan kata oleh Eiichiro Oda. Fable bermaksud cerita dongeng

IV – Hubungan Usopp dan Yasopp kepada Gergasi.

Yasopp adalah salah satu pejuang hebat di atas kapal Shanks.

Dia antara lelaki yang sangat dipercayai dalam anak-anak kapal Shank dan mengambil pilihan dalam hidupnya untuk pergi mengembara dan melarikan diri dari hidup bersama isteri dan anak lelakinya.

Saya percaya tarikan Usopp untuk golongan Gergasi dan keinginan untuk mengembara datang dari bapanya.

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Saya juga percaya yang Usopp bakal memilikinya ‘jalan ceritanya sendiri’ dan akan bertemu dengan ayahnya di Elbaf ini nanti.

Seperti mana Sanji yang berjumpa dengan bapanya Vinsmoke Judge di dalam arka Pulau Kek (Whole Cake Island), saya terfikir tak mustahil juga kita akan berjumpa perkara yang sama untuk penembak tepat kesayangan kita.

V – Pembayang atau Kemunculan untuk “Shanks di Elbaf”

Mari kita tengok semula bendera dan parut Shanks ini.

Image and video hosting by TinyPic

Ia jelas kelihatan seperti simbol asal dan bendera lanun di budaya popular dan sejarah.

Image and video hosting by TinyPic

Adakah mata satu tentang Hajrudin pada akhir Dressrosa boleh menjadi pembayang yang Shanks akan mempunyai peranan yang besar semasa arka Elbaf nanti?

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

Juga di dalam Chapter 802, kita nampak Buggy the Clown yang menjadi Shichibukai (Panglima Perang) dan memiliki “Pirate Dispatch” (Kumpulan Lanun Servis Penghantaran).

Di bawah “sayap”nya adalah anak-anak kapal daripada Kumpulan Lanun Gergasi Baru yang diketuai oleh Hajrudin.

Image and video hosting by TinyPic

Umum mengetahui yang Buggy dan Shanks memiliki banyak sejarah bersama, dan mereka boleh juga dikatakan sebagai rakan ‘karib’.

Image and video hosting by TinyPic

Bagaimana kalau mereka akan bersama-sama ada ketika arka Elbaf memandangkan Buggy juga mempunyai hubungan dengan kaum Gergasi?

VI – Saga 4 Maharaja

Kita tengah dalam “Saga 4 Maharaja” sejak arka Pulau Kek (Whole Cake Island) bermula.

Image and video hosting by TinyPic

Ini juga bermaksud yang kita mungkin akan mempunyai arka untuk setiap Yonko (Maharaja).

  • Sekarang ini dengan Maharaja Big Mom.
  • Seterusnya adalah jelas iaitu Maharaja Kaido dalam Wano.

Bermakna, tinggal Janggut Hitam dan Shanks

Janggut Hitam akan menjadi Ketua Lanun yang terakhir untuk Luffy, selepas Janggut Hitam yang (berkemungkinan besar) bakal membunuh Shanks.

Dan kita juga tahu, lambat-laun Elbaf pasti akan muncul juga #InOdaWeTrust.

Jadi, anak-anak kapal Shanks yang berada di Elbaf boleh menjadikan jalan cerita yang menarik! Agak logik dan mungkin.

Kesimpulan

Shanks menguasai dan melindungi Elbaf dan kita akan melihat dia bersama-sama anak-anak kapalnya bertemu dengan kru Luffy semasa arka Elbaf ini nanti.

Itu sahaja.

Terima kasih kerana membaca :>

Teori oleh Zero Zero no Mi dan diolah semula demi untuk memudahkan pembacaan


Anda mahu penulisan dan perkongsian anda diterbitkan di website Budak Getah? Hantarkan artikel anda dengan KLIK SINI