Ganjaran Buruan Luffy Bertopi Jerami Sebanyak 5 Billion Belly?

with No Comments 727

Salam Nakama sekalian, kembali lagi dalam segmen Buster Call.

(Sesiapa yang terlepas Buster Call sebelum ini, jemput baca di pautan di bawah ini)

Kali ini kita akan bincangkan tentang gambar di bawah ini

Macam biasa, Admin rasa terpanggil untuk jawab soalan ini untuk memberikan maklumat yang sahih terutamanya kepada

  • Peminat Anime (yang terlepas info menarik macam ini)
  • Peminat yang baru minat One Piece
  • Peminat yang mahukan kepastian

Jadi, persoalannya sekarang “gambar di atas ini betul ke fake?”

Jawapannya adalah KESILAPAN ANIMATOR!

Mari kita tengok bukti-buktinya

Sebelum itu, mari kita sama-sama tengok semula ada berapa banyak “0” di dalam keratan buku milik Mont d’Or di dalam Anime One Piece Episode 821 yang ditayangkan pada 5 November 2017.

  • 50 – 5 Puluh (Satu “0”)
  • 500 – 5 Ratus (Dua “0”)
  • 5,000 – 5 Ribu (Tiga “0”)
  • 50,000 – 5 Puluh Ribu (Empat “0”)
  • 500,000 – 5 Ratus Ribu (Lima “0”)
  • 5,000,000 – 5 Juta (Enam “0”)
  • 50,000,000 – 5 Puluh Juta (Tujuh “0”)
  • 500,000,000 – 5 Ratus Juta (Lapan “0”)
  • 5,000,000,000 – 5 Billion (Sembilan “0”)

Kalau kita tengok jumlah “0” di dalam gambar, kita boleh nampak yang Ganjaran Buruan Luffy Bertopi Jerami adalah sebanyak 5 Bilion Belly (sembilan “0”).

Dah tentulah ini tak tepat sebab Ganjaran Buruan Luffy pada ketika ini adalah sebanyak 500,000,000 Belly (5 Ratus Juta Belly) sahaja iaitu lapan “0”.

Dari mana sebenarnya keratan gambar di atas ini diambil?

Di Anime One Piece Episode 812

Sekarang mari kita bandingkan dengan sumber dari Manga pula (asli) di Chapter 846 – Pengawalan Tamago (Telur)

Chapter 846 Muka Surat 008

Ada babak menyelak muka surat Buku Penjara Mont d’Or, tetapi tulisan perkataan dan penerangan mengenai Lanun Topi Jerami (Mugiwara Kaizokudan) tak seperti di Anime.

Keratan Chapter 846 Muka Surat 010

Sambungan keratan muka surat Buku Penjara Mont d’Or menunjukkan informasi mengenai Lanun Topi Jerami, akan tetapi sama seperti di muka surat 008, tulisan perkataan hanyalah samar-samar.

Jadi melalui perbandingan dan kajian yang kita sama-sama baca, dapatlah kita simpulkan yang Ganjaran Buruan untuk Luffy Bertopi Jerami yang sebanyak 5 Billion Belly adalah kesilapan dari para Animator untuk Episode 812.

Ada yang buat spekulasi,

“Mungkin ini foreshadow nilai ganjaran buruan untuk Luffy pada masa akan datang?”

Admin tak pasti.

Mungkin ya, mungkin tak. Semuanya bergantung kepada perjalanan jalan cerita dari penciptanya, Eiichiro Oda.

Yang pastinya nilai ganjaran buruan Luffy pada waktu sekarang ini tak setinggi itu.

Yang tertinggi sekarang (sewaktu artikel ini ditulis) adalah ganjaran Charlotte Katakuri yang sebanyak 1,057,000,000 Belly (Satu Billion 57 Juta Belly)

Dan dah alang-alang kita sembang tentang Ganjaran Buruan, mari ktia sama-sama tengok

Ganjaran Buruan Tertinggi One Piece sehingga setakat hari ini (9 November 2017)

– Dibawakan oleh Budak Getah (www.budakgetah.com)

TOP 10

1) 1,057,000,000 Berry – Charlotte Katakuri
2) 1,000,000,000 Berry – “Kemarau” Jack
3) 932,000,000 Berry – Charlotte Smoothie
4) 860,000,000 Berry – “Ribuan Tangan” Charlotte Cracker
5) 700,000,000 Berry – Charlotte Perospero
6) 602,000,000 Berry – Sabo
7) 550,000,000 Berry – “Penumbuk Api” Ace
8) Over 500,000,000 Berry – “Gerudi” Chinjao
8) At least 500,000,000 Berry – “Big Mom” Charlotte Linlin
9) 500,000,000 Berry – “Topi Jerami” Monkey D. Luffy & “Pakar Bedah Maut” Trafalgar D. Water Law
10) 480,000,000 Berry – “Anak Janggut Putih” Edward Weevil

TOP 20

11) 470,000,000 Berry – “Kapten” Eustass Kid
12) 429,000,000 Berry – “Baron” Tamago
13) Over 400,000,000 Berry – “Kesatria Laut” Jinbe
14) 382,000,000 Berry – “”Atas Pokok” Pedro
15) 350,000,000 Berry – “Ngauman Laut” Scratchmen Apoo
16) 340,000,000 Berry – “Syaitan Langit” Donquixote Doflamingo
17) 330,000,000 Berry – “Kuda Putih” Cavendish & Pekoms
18) 320,000,000 Berry – “Pemburu Lanun” Roronoa Zoro & “Ahli Silap Mata” Basil Hawkins & Gecko Moriah
19) 300,000,000 Berry – Capone “Gang” Bege & “Master” Caesar Clown
20) 296,000,000 Berry – “Penzalim” Bartholomew Kuma

TOP 30

21) 230,000,000 Berry – “Pengembara” Fisher Tiger
22) 222,000,000 Berry – “Bendera Merah” X Drake
23) 210,000,000 Berry – “Rambut Basah” Caribou
24) 200,000,000 Berry – “Penembak Tepat & Dewa” Usopp & “Kanibal” Bartolomeo & “Askar Pembunuh” Killer
25) 195,000,000 Berry – “Hyena” Bellamy
26) 190,000,000 Berry – “Penumpah Darah” Coribou
27) 177,000,000 Berry – “Kaki Hitam” Sanji
28) 140,000,000 Berry – “Pelahap” Jewelry Bonney
29) 130,000,000 Berry – “Anak Syaitan” Nico Robin
30) 108,000,000 Berry – “Sami Gila” Urouge

Nampak kan Luffy di mana?

Ok settle buster call yang ini.

Maknanya gambar itu memang tak fake! Tapi adalah kesilapan dari para Animator untuk Episode 812.

————

Admin perasan yang sebenarnya masih ramai lagi yang tertipu dan terpedaya dengan gambar-gambar ataupun maklumat palsu di Media Sosial dan inginkan kepastian sahih.

Admin jadikan ini sebagai salah satu segmen untuk Budak Getah. Macam ala-ala

  • Mythbuster
  • Fake or Real
  • Fake or Truth?

By the way, Admin letak nama segmen ini Buster Call sebab kita nak benam terus

  • fake news
  • fake info
  • fake image

…yang berkaitan dengan One Piece.

Jangan lupa komen dan beritahu pandangan korang di ruangan komen, kalau ramai yang suka Admin akan teruskan lagi segmen ini.

————

Kongsikan gambar-gambar atau maklumat yang korang tak pasti dengan KLIK SINI (Direct PM Page Budak Getah), Admin akan buat Buster Call lagi nanti 😀

Leave a Reply