Garis Panduan Untuk Menghantar Artikel

Terima kasih kerana berminat meluangkan masa untuk menyumbang content di website Budak Getah 🙂

Di kesempatan ini kami ingin menggariskan sedikit panduan untuk anda sewaktu menghantarkan artikel kepada kami.

ARTIKEL JENIS APA YANG PATUT SAYA HANTAR?

Ada dua sahaja kategori artikel yang sesuai untuk dikongsikan di dalam website Budak Getah

1. News

  • Fakta
  • Hebahan
  • Berita atau
  • Laporan Terkini

…yang berkaitan dengan One Piece.

2. Theory

  • Teori
  • Ramalan atau
  • Perkongsian menarik

…tentang jalan cerita atau apa sahaja berkaitan One Piece yang masih releven. Kalau mahu hantarkan teori yang lama dan tak releven pun boleh (apa salahnya).

Dua kategori di atas ini pun dah banyak, tak terdaya kami para Admin untuk cover semua.

PATUT BUAT

Ini yang anda patut buat sebelum tekan “Hantar”.

1. Pastikan Artikel berbahasa Melayu atau sudah diterjemah ke dalam bahasa Melayu

2. Jika artikel berbahasa Indonesia ataupun English, mohon diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dahulu.

3. Jangan setakat copy + paste di Google Translate, kemudian hantarkan kepada kami. Semak dahulu segala terjemahan sebelum anda hantarkan artikel anda.

4. Sertakan sumber asal (sertakan pautan) sekiranya artikel yang mengandungi gambar. Pihak kami akan tolong anda download gambar tersebut dan terjemahkan text di dalam gambar tersebut (jika ada) nanti.

5. Tidak menggunakan shortform seperti “sy”, “awk”, “kte”, “aq”, “yg” dan seangkatan dengannya di dalam artikel yang bakal dihantar.

TAK PERLU RISAU

Pasal…

  • Editing
  • Upload gambar
  • Susunan dan olahan artikel

Yang penting artikel anda mematuhi garis panduan PATUT BUAT sudah memadai.

Yang lain-lain akan kami uruskan nanti 🙂

HANTAR ARTIKEL

Ruangan bertanda (*) wajib diisi

Nama*

Email*

Tajuk Artikel

Artikel Anda (minimum 250 patah perkataan)

Sumber Artikel (jika ada)

Pilih Kategori

PENGESAHAN

Saya berpuas hati dengan artikel yang saya hantar ini dan ingin mengesahkan bahawa semua maklumat peribadi yang telah saya masukkan di atas adalah benar

Saya faham yang pihak Budak Getah akan tolong edit dan upload gambar (sekiranya perlu) sebelum artikel saya diterbitkan di Website ini