Hubungan Diantara Shiki the Lion dan Killer (Kid Pirates)

with No Comments 2306

Shiki dikenali sebagai “Golden Lion” dan sekiranya Roger mempunyai seorang anak, tidak mustahil juga yang Shiki memiliki seorang anak dan ianya adalah Killer.

Killer dikenali sebagai “Massacre Soldier” yang amat menakjubkan.

Massacre” digambarkan sebagai

  • pembunuhan secara besar besaran ataupun
  • peperangan kejam atau
  • penganiayaan atau
  • untuk membalas dendam.

  • Shiki telah menunjukkan perwatakan yang serupa apabila dia menyerang Marineford secara berseorangan.
  • Killer juga dikenali kerana dia memiliki perwatakan yang suka melakukan kerosakan secara besar-besaran.

Shiki merupakan seorang lanun dari era Roger dan Whitebeard. Oleh sebab itu, dia mungkin memiliki seorang anak.

Salah satu fakta menarik ialah Killer merupakan seseorang yang berasal dari South Blue dan beliau dilahirkan di Baterilla (sebuah pulau di South Blue)

Baterilla seperti yang digambar di Anime 460, Manga Chapter 550

Gol D Roger dikatakan membuang sifatnya sebagai seorang lanun ketika berada di pulau ini dan lebih bersifat sebagai seorang ayah.

Kerajaan Dunia menuju pulau itu untuk mencari anak Gold Roger.

Portugas D. Rouge tinggal di pulau ini dan melahirkan anak yang kemudian menamakannya Gol D. Ace.

Ini merupakan satu perkara yang sangat ironic kerana Roger merupakan seorang raja lanun.

Tetapi Roger berperangai sebagai seorang Ayah hanya apabila beliau berada di situ.

Saya menganggap bahawa tempat itu merupakan tempat yang penting bagi Roger. Dan Shiki juga memiliki seorang anak yang dilahirkan di South Blue di Baterilla.

Semasa Post War Arc, Killer dilihat di New World (Shinsekai) bersama dengan Lanun Kid yang lain di sesebuah pulau di New World.

Apabila Kid membaca surat khabar yang menunjukkan Luffy membunyi kan Ox Bell dan meminta Kid untuk menerangkan kepadanya.

Ini menunjukkan Killer merupakan seorang yang berpengetahuan yang mengetahui tentang semua perkara.

Mengapa Killer memakai topeng?

Jika dilihat pada sudut ini, Roger merupakan seorang Raja Lanun dan dia merupakan ancaman bagi dunia.

Jadi apabila Kerajaan Dunia dan Marine bersetuju untuk tidak membiarkan seorang pun dari keluarga Roger wujud, mereka memutuskan untuk menjejak keseluruhan keluarga mereka.

Bagi kes Shiki, dia juga merupakan ancaman besar bagi dunia walaupun tidak sebesar ancaman yang dibawa Roger.

Jika mereka tahu yang Shiki memiliki seorang anak World Government pasti akan menghantar Cipher Pol (CP) dan juga Marine untuk menjejaknya.

Jadi apa yang dimaksudkan ialah Killer memakai topeng kerana ingin melindungi identitinya.

Jika Killer merupakan seseorang yang dari Baterilla, pihak Marine pasti akan terjumpa seorang budak 5 tahun yang hampir sama rupanya dengan Shiki.

Ibunya mungkin memberikan topeng kepadanya ataupun Shiki memberikan padanya untuk melindungi dirinya.

Ianya juga mungkin bahawa ibunya telah dibunuh dan dia diambil sebagai seorang anak angkat yang melihat Killer anak kepada Shiki kerana persamaan mereka dan dia risau tentang keselamatannya dan memberikan topeng itu kepadanya.

Dia dinamakan Killer kerana reputasi ayahnya ataupun kerana dia mula berperangai seperti ayahnya yang membunuh sesiapa sahaja yang mencari masalah dengannya .

(Oda memberikan Killer nama itu kerana dia dikenali sebagai seorang yang pemalas).

Kredit: Marineford Theories

Leave a Reply