Jadual Terbitan Majalah WSJ 2017 & Chapter Manga One Piece Akhir 2017

with No Comments 1655

Weekly Shonen Jump (WSJ) diterbitkan setiap hari Isnin secara mingguan dalam bentuk fizikal.

WSJ merupakan koleksi mingguan Manga genre Shonen yang diterbitkan di Jepun oleh Shueisha di bawah JUMP.

Contoh terbitan Weekly Shonen Jump

Manga One Piece merupakan antara manga yang diterbitkan di dalam majalah tersebut dan bahasa yang digunakan adalah bahasa Jepun.

Manga yang kita baca di mana-mana website itu adalah versi scanlation.

Biasanya akan terbit beberapa hari lebih awal dari majalah Fizikal.

Ketika artikel ini ditulis, versi scanlation (kebiasaannya) akan keluar di website pada hari Jumaat. Manakala spoiler akan keluar pada hari Khamis.

Jadual Terbitan WSJ dan Chapter One Piece Akhir 2017

(Asterik biru *) 

Adakalanya majalah Weekly Shonen Jump akan diterbitkan pada hari Sabtu sekiranya terdapat cuti umum pada hari Isnin di Jepun – ini bermakna versi scanlation pula akan keluar lebih awal

(Asterik Merah **)

Kebiasaannya Eiichiro Oda akan ‘dipaksa’ untuk berehat (baca: mengambil cuti) selepas 4 atau 5 Chapter yang diterbitkan di dalam majalah Weekly Shonen Jump.

Akan ada juga keadaan di mana selepas

  • 3 Chapter atau
  • 5 Chapter

…barulah Eiichiro Oda akan berehat.

Jadi tiada Chapter terbaru untuk minggu tersebut.

(Simbol tanda tanya ???)

Untuk Isu #51 dan #52, masih tidak diketahui lagi sama ada Eiichiro Oda akan berehat ataupun tidak, sehinggalah Chapter 885 diterbitkan.

Untuk Isu #52, kemungkinan kita akan dapat Chapter baru lebih awal iaitu pada hari Rabu, manakala Spoiler akan keluar pada hari Selasa sekiranya Chapter terbaru diterbitkan dalam isu ini (mungkin akan ada perubahan)

 

Mana bulan Disember?

Dalam terbitan Weekly Shonen Jump, Isu #1 – Isu #52 merujuk kepada jumlah minggu dalam setahun (52 minggu)

Bulan Disember merupakan Minggu Pertama (Isu #1) untuk tahun tersebut.

Bermakna, WSJ #1 2018 bermula pada bulan Disember dan berakhir pada November 2018 untuk WSJ #52 nanti

 

Eiichiro Oda ini siapa sebenarnya dia?

Eiichiro Oda adalah pencipta dan pelukis Manga One Piece (Budak Getah).

Kami pernah kongsikan biodata beliau sebelum ini

Jemput baca dengan KLIK SINI

 

Leave a Reply