Kekuatan Tersembunyi Sanji – Mutant?

with No Comments 5350

Sedikit demi sedikit kisah silam Vinsmoke Sanji terungkap di Chapter-chapter terbaru (835+).

Debut pertama kisah silam Sanji diketahui pada Chapter 57 iaitu pada mula perjumpaan Sanji bertemu Zeff Berkaki Merah.

Image and video hosting by TinyPic

Manakala, debut nama keluarga “Vinsmoke” terungkap pada chapter 812 setelah kita mendapat tahu maksud Tawaran Ganjaran Sanji yang tertulis “ONLY ALIVE”.

Image and video hosting by TinyPic

Dan terkini terungkap beberapa Identiti baru Sanji.

  1. Sanji adalah produk gagal dari 5 produk genetik (Vinsmoke bersaudara).
  2. Sanji mewarisi sifat IBUnya.
  3. Sanji dibunuh oleh Tentera Germa atas arahan Vinsmoke Judge.

TEORI SEJARAH VINSMOKE SANJI SEBELUM BERTEMU DENGAN RED LEG

Vinsmoke Judge adalah seorang Saintis yang sanggup memperalatkan anak-anaknya sendiri untuk dijadikan ujikajinya.

Kelima JI bersaudara (penghujung nama adik beradik Sanji adalah -ji kerana mengikut turutan sebutan nombor dalam bahasa Jepun) telah disuntik dengan serum DNA mutan (pengaruh X-Men) dan dilatih dengan latihan ala tentera untuk menghasilkan tubuh mutan.

Image and video hosting by TinyPic

Tapi sayangnya kekuatan mutan Sanji tidak bangkit ketika itu seperti adik-beradiknya yang lain.

Image and video hosting by TinyPic

Mungkin kerana Sanji mewarisi sifat ibunya yang telah meninggal dunia atau memang dia sangat lemah ketika itu.

Sanji digelarkan sebagai kegagalan dari ujikaji dan diarahkan oleh Vinsmoke Judge untuk dihapuskan seperti yang kita lihat dalam panel terakhir pada chapter 840.

Image and video hosting by TinyPic

Vinsmoke Reiju (rasanya akan) membantu Sanji melarikan diri dari kurungan.

Sanji berjaya melarikan diri dari Germa Kingdom dengan menyusup masuk dalam sebuah kapal dan keluar dari Dunia Baru (New World) dan Grand Line.

Sanji kemudiannya menjadi pelatih chef di sebuah kapal persiaran (cruise ship) di East Blue dan kemudian bertemu dengan Red Leg Zeff (apabila Zeff baru sahaja keluar dari Grand Line

Image and video hosting by TinyPic

TEORI KEKUATAN VINSMOKE SANJI YANG TERSEMBUNYI

Jika dilihat dari kekuatan Sanji, dia dapat menghasilkan Api sedangkan dia bukanlah pemakan Buah Syaitan di Dunia One Piece yang kita ketahui.

Dan individu yang mempunyai kemampuan luar biasa hanyalah pengguna Buah Syaitan dan penguasa pencak Haki.

Di sini kita cuba memutuskan yang keluarga Vinsmoke adalah MUTAN ciptaan dan bukannya pengguna Buah Syaitan.

Sebagai contoh, setiap dari JI bersaudara mempunyai kekuatan yang berbeza dan datang dengan tema warna mereka tersendiri.

Vinsmoke Reiju – “Poison Pink”

Image and video hosting by TinyPic

Mempunyai kekuatan Mutan yang dapat memanipulasi Racun (Poison).

Vinsmoke Ichiji -“Sparking Red”

Image and video hosting by TinyPic

Kekuatan Mutan yang dapat memanipulasi Infra Merah (InfraRed).

Vinsmoke Niji – “Electric Blue”

Image and video hosting by TinyPic

Kekuatan Mutan yang dapat memanipulasi Elektrik.

Vinsmoke Yonji – “Winch Green”

Image and video hosting by TinyPic

Kekuatan Mutan yang dapat memanipulasi Besi atau Objek.

 

Vinsmoke Sanji – “Black Leg”

Apakah kekuatan Vinsmoke Sanji? Api?

Yang kita selalu lihat Api Sanji berwarna merah.

Image and video hosting by TinyPic

Tetapi ini berlawanan dengan tema warna JI bersaudara.

Selepas timeskip, Sanji tidak pernah mengeluarkan jurus-jurus baru untuk menyerang selain Diable Jambe dan Sky-Walk yang diinspirasikan dari pertarungan di Enies Lobby Arc oleh sebilangan ahli CP9.

Cuba kita lihat pada chapter 807, Capone Bege salah seorang dari Generasi Terburuk (Worst Generation) juga terkejut dengan kekuatan Sanji yang dapat berlari udara.

Image and video hosting by TinyPic

Sanji juga boleh berlari di dalam air (Bluewalk) seperti yang kita lihat pada Fishman Island Arc sewaktu mereka hendak mengembara ke Fishman Island.

Image and video hosting by TinyPic

Sanji pastinya telah disuntik dengan DNA Mutan di dalam badannya seperti adik beradiknya yang lain, tetapi DNA Mutan masih belum bangkit sepenuhnya pada badan Sanji kerana hormon-hormon badannya yang menolak.

Ketika timeskip berlangsung, Sanji telah berlatih bersama Emporio Ivankov (Raja segala hormon).

Kini DNA Mutan yang tertanam di dalam badannya pasti telah bermutasi dan kekuatan sebenar Sanji akan terbangkit hasil dari DNA + Hormon (Ivankov).

Namun Sanji tetap masih mahu menyembunyikan Identiti Mutan dalam dirinya kerana definisi Mutan adalah Separuh Binatang Separuh Manusia dan Sanji tidak mahu menggunakan kekuatan yang lahir dari kesengsaraan dirinya yang lampau.

Kekuatan apakah yang Sanji Vinsmoke masih sembunyikan?

Api Hitam?
Bayang?

Leave a Reply