Kemunculan Sabo Selepas Diisytiharkan “Mati”

with No Comments 2616

Ramai beranggapan kemunculan Sabo tersebut pada Arc Dressrosa.

Akan tetapi, Sabo telah lama muncul melalui lakaran kurang jelas iaitu sewaktu kru Lanun Topi Jerami berada di Loguetown.

Cuba anda lihat pada Chapter 99, sewaktu Luffy di tempat Roger dihukum pancung, ada tubuh yang kurang jelas (menampakkan bahagian belakang sahaja) di depan tempat pancung tersebut.

Kita sedia mengetahui yang Monkey D. Dragon, ketua Revolutionary Army menyelamatkan Luffy sewaktu Luffy berlawan Smoker.

Ahli Revolutionary Army juga tidak bergerak sendirian, contohnya:

  1. Ivankov + Inazuma = Impel Down.
  2. Sabo + Hack + Koala = Dressrosa.

Jadi, tidak mustahil yang mungkin juga Dragon + Sabo berada di Loguetown. Dragon sebagai orang yang paling dikehendaki mustahil untuk bergerak seorang diri sewaktu di Loguetown.

Berbeza dengan Kuma, ahli Revolutionary Army yang sendirian kerana beliau juga memegang jawatan sebagai Shichibukai (Warlord).

Sabo yang hilang ingatan selepas kemalangan yang menimpa dirinya sewaktu kecil hanya mendapatkan semula memori persaudaraannya sewaktu mengetahui Ace dibunuh di Marineford.

Jadi, tidak mustahil Sabo hanya melihat Luffy sebagai lanun biasa sewaktu di Loguetown pada ketika ini.

Apa pandangan anda tentang perkara ni? Kongsikan di ruangan komen di bawah 🙂

Leave a Reply