3 Sebab Kenapa Kami Tak Buat Komik Fizikal (Buat Masa Sekarang Ini)

with 2 Comments 1020

Berikut adalah komen yang paling popular kami dapat di Page Budak Getah apabila kami terbitkan One Piece Volume 82 versi Digital.

 

“Kenapa tak buat fizikal?”

“Buat buku la… RM 10 sebuku kawan bayar… haha”

“Buat komik fizikal pleaseeee”

“Boleh buat versi bercetak tak? Tak feel kalau baca online”

“Ini buku atau online? Kalau bayar sekadar baca online… baik baca dalam mangareader je”

“Buku dia ada bro?”

“Buku manga One Piece Vol no 82 boleh saya beli melalui pos tak boss”

“Budak Getah terbaik …alangkah bestnya korg boleh terbitkan komik rm 10 pun aku sanggup beli..haha”

“Sy nak beli… Dulu ada simpan tapi kene bakar…. Nak kumpul balik….. Mcm mana nak oder..”

“Yang buku punya tak ada ke?”

 

Image and video hosting by TinyPic

Image and video hosting by TinyPic

 

SEBAB PERTAMA: KAMI TAK ADA NIAT PUN SAMBUNG LEGASI COMICS HOUSE

Kepada yang masih tak tahu.

  1. Comics House DAH BANKRAP. Boleh baca perkongsian yang kami buat di SINI.
  2. KAMI BUKAN Comics House

Sejujurnya, kami tak ada niat langsung untuk meneruskan legasi Comics House.

Perancangan awal kami cumalah ingin menjadikan Budak Getah dot com sebagai

  • hub pengumpulan teori-teori menarik yang berkaitan dengan One Piece dan
  • tolong menjual Komik terbitan dari Comics House.

Siapa tahu yang tiba-tiba Comics House nak bungkus?

Apa yang kami tahu adalah tak ada gunanya untuk kami maki, marah, dan berperang dengan peminat One Piece yang tak sokong terbitan Comics House.

Sebab ianya pointless dan di luar kawalan kami.

Dan kami juga tahu yang memang sangat senang untuk terus complain itu ini, tapi sebenarnya buang masa betul tak?

 

At the end of the day, it does not solve the problem. – Akhirnya masalah tetap tak akan selesai.

Jadi kami ambil tindak proaktif dengan membuat terjemahan kami sendiri dan kongsikan dengan peminat One Piece (Budak Getah) yang lain.

Kami percaya, the best way to complain is to make things

Image and video hosting by TinyPic

Jadi apa sebenarnya yang kami (BUDAK GETAH) dah buat?

  • Terjemah Chapter Manga terbaru hampir setiap minggu
  • Menyediakan platform untuk anda baca terjemahan yang kami dah buat
  • Mengumpulkan peminat di Channel Telegram dan Group Chat Telegram
  • Berkomunikasi dengan peminat seperti anda di Media Sosial (Facebook Fanpage, Twitter dan Instagram)

Tak sangka peminat yang lain pun suka dengan usaha kami 🙂

By the way, anda boleh baca sejarah penuh penubuhan website ini di bahagian Tentang Kami.

Sekarang anda dah tahu yang kami bukan Comics House dan tak ingin meneruskan legasi yang dibina oleh Comics House, jom kita pergi ke sebab yang kedua.

SEBAB KEDUA: KAMI TAK MAHU ‘MEROMPAK’ ANDA

Yup. Anda tak salah baca.

Kami tak mahu ‘merompak anda’ dengan menerbitkan kualiti yang tak baik dan ‘asal boleh’.

 

a) Penerbitan Versi Digital memberikan ruang untuk kami untuk melakukan kesilapan, kesalahan dan kecacatan terjemahan.

Bermakna, anda sebagai peminat boleh sama-sama membetulkan atau memberi cadangan penggunaan kata atau ayat yang lebih sesuai kepada kami.

Dengan ini, kita semua sebagai peminat One Piece (Budak Getah) dapat sama-sama memberi manfaat antara satu sama lain.

Komunikasi dua hala dapat menjadikan terjemahan Volume One Piece sebagai terjemahan yang terbaik untuk peminat di Malaysia.

 

b) Secara peribadi, sepanjang mengumpul Budak Getah dari Volume 1 sehingga Volume 82, saya perasan yang terjemahan daripada Comics House adalah tak berapa tepat dan memiliki kualiti terjemahan yang sangat rendah.

Ianya tidak seperti apa yang ingin disampaikan oleh pencipta asal, Eiichiro Oda.

Ini seolah-olah ‘merompak’ duit dan pengalaman saya dari membaca cerita One Piece dengan baik.

 

Ok, I know some of you guys will be like

“kau sekarang berani kritik dan condemn pasal Comics House sebab diorang dah bankrup boleh la”.

Let me clarify,

Firstly, yes I have always and always will condemn their publication sejak dari dulu lagi sebenarnya.

For me, terjemahan One Piece dari Majalah Kreko jauh lebih berkualiti tinggi dan membawa maksud yang sebenar seperti apa yang Eiichiro Oda mahukan. (Saya rasa ada antara pengumpul Komik Budak Getah akan setuju dengan hujah ini)

Cetakan kali ke 5, cetakan kali ke 9 (untuk volume lama) diorang tetap tak betulkan terjemahan.

Bezanya dulu saya tak ada medium seperti website ini. Seolah-olah saya bercakap dengan dinding.

Sekarang, saya ada medium website untuk menyampaikan complain saya.

 

Secondly, tak perlu mengadu dengan kami di Page Budak Getah tentang

  • tak cukup koleksi la
  • alangkah baiknya kalau korang boleh terbitkan versi fizikal
  • tak ada feel la baca versi digital
  • saya tersekat, tunggu volume 82 punya lama lepas tu kilang terus tutup 🙁

 

Cukup guys, actually I know how that feel.

  • Anda kecewa Comics House bankrap?
  • Anda kecewa koleksi yang anda kumpulkan selama bertahun tak tamat dengan sempurna?
  • Kalau mereka nak bankrap pun biarlah bankrap lepas Budak Getah tamat?

Jangan risau, darabkan segala kekecewaan, kegurasan, kemarahan anda itu seratus kali ganda.

Itu apa yang saya rasa sekarang.

I feel you.

Saya sendiri kumpul dari Volume 1 – Volume 81 dan rasa tersangat kecewa dan marah sebab Comics House bungkus macam itu sahaja!

 

Bezanya, segala kemarahan, kekecewaan dan complain saya salurkan dengan make things better!

Saya bukannya sekadar condemn dan complain kosong.

Sekali lagi, apa sebenarnya yang kami (BUDAK GETAH) dah buat?

  • Terjemah Chapter Manga terbaru hampir setiap minggu
  • Menyediakan platform untuk anda baca terjemahan yang kami dah buat
  • Mengumpulkan peminat di Channel Telegram dan Group Chat Telegram
  • Berkomunikasi dengan peminat seperti anda di Media Sosial (Facebook Fanpage, Twitter dan Instagram)

 

Jadi tolonglah berhenti mengadu domba ok?

Daripada mengadu domba, apa kata tolong kami di Budak Getah?

Image and video hosting by TinyPic

Send email ke thebudakgetah@gmail.com dan bagitahu apa pertolongan yang anda boleh berikan kepada kami.

 

SEBAB KETIGA: KOS

Kos juga adalah salah satu halangan untuk membuat penerbitan secara fizikal.

Kami perlukan kos untuk

  • Pekerja
  • Pencetakan
  • Pengurusan Syarikat
  • Website dan Webjualan
  • Pengiklanan dan Pemasaran
  • Logistik dan Penghantaran
  • Lain-lain kos di luar jangka.

Kami sekarang dalam fasa membina ‘kepercayaan’ dan ‘hubungan’ yang baik daripada peminat, pembaca dan pelawat website seperti anda.

Kami tahu harga yang masuk akal untuk anda beli adalah dalam lingkungan RM 5RM 10 untuk sebuah Volume One Piece (Budak Getah)

Kalau letak lebih dari itu, semua akan mula mengamuk.

  • Cekik darah la
  • Kaut untung lebih la
  • Buat tak seberapa nak sembelih leher orang pulak!

Yes. I know.

Baca balik point no. 2 pasal kami tak mahu ‘merompak’ anda.

Korang tahu tak (kepada yang tak tahu) yang sebenarnya versi official English berharga USD 9.99 (bersamaan RM 45.95)?

Image and video hosting by TinyPic

Tak percaya?

Boleh check di LINK INI

 

Sekarang bagitahu kami, siapa yang akan beli kalau harganya RM 45.95?

yes, nobody.

 

Sebab itulah antara inisiatif kami untuk biarkan fans boleh enjoy dengan harga yang rendah tanpa menjejaskan kualiti terjemahan.

Biar kami sahaja yang ‘terpaksa’ bayar harga premium versi bahasa Inggeris kemudian terjemahankan dan kongsikan kepada anda versi Bahasa Melayu yang terbaik!

 

Dah alang-alang kita sembang pasal kos kan?

Jom kita tengok kos yang Team Budak Getah tanggung setiap kali buat terjemahan Volume

Kos terbahagi kepada dua

  • Satu – Kos Masa
  • Dua – Kos Duit

Hampir semua orang akan setuju kalau cakap Kos Masa lebih jauh bernilai daripada Kos Duit.

Sebabnya?

Masa kalau dah terbuang begitu sahaja tak akan boleh dapat balik, tetapi Duit kita boleh dapat atau cari semula.

Betul kan?

 

Walaupun sebenarnya terdapat banyak langkah-langkah lain yang terlibat, saya hanya buat dalam 8 Langkah sahaja demi untuk memudahkan pemahaman.

Image and video hosting by TinyPic

1) Get RAW format

Dapatkan versi Volume RAW (bahasa Jepun) dan dapatkan versi terjemahan Official bahasa Inggeris (bayar RM 40+ untuk setiap Volume).

2) Cleaning Pages 

Clean muka surat untuk jadikannya kosong dan sesuai untuk diletakkan perkataan yang telah diterjemah

Senang cerita tengok gambar di bawah ini

Image and video hosting by TinyPic
Sebelum dan Selepas Cleaning Muka Surat Manga

Untuk tengok contoh-contoh lain, boleh KLIK DI SINI.

You get the idea, kan?

Untuk satu muka surat biasa, perlukan 5-10 minit sahaja. Tetapi untuk kes macam ini, lebih kurang 15 minit untuk cleaning. 

Untuk senang kira kos (di bawah nanti) kami letakkan hanya 5 minit / muka surat untuk setiap kos masa.

Satu Volume ada lebih dari 200 muka surat

  • Satu muka surat lebih kurang 5 minit
  • 200 muka surat x 5 minit

= 1000 minit ataupun lebih kurang 16.67 jam (sekurang-kurangnya masa yang diperuntukkan)

3) Translating

Terjemahan. Kebiasaannya kami akan ambil terjemahan daripada official English dan akan tetap merujuk kepada RAW Japanese.

  • Satu Chapter akan mengambil masa lebih kurang 30 minit.
  • Satu Volume ada 10 Chapter

= 300 minit ataupun 5 jam (sekurang-kurangnya masa yang diperuntukkan)

4) Typesetting

Meletakkan terjemahan ke dalam bubble text menggunakan font yang sesuai. Ini yang paling mengambil masa sekali.

5) Editing

Editing adalah untuk memastikan yang

  • kualiti
  • terjemahan

kesemua muka surat berada pada ‘standard‘ yang terbaik sebelum diconvertkan kepada versi PDF.

6) Cover Design

Perlukan Photoshopping skill. Kebiasannya akan memperuntukkan masa selama setengah jam (30 minit) untuk 3 design.

7) Convert PDF dan upload di hosting

Convert kesemua hasil kerja terjemahan Volume kepada PDF mengambil masa lebih kurang 15-30 minit sebab file yang banyak (at least 200 pages)

Upload di hosting juga memerlukan masa lebih kurang 5-10 minit bergantung kepada saiz file.

Untuk memudahkan pengiraan kos, kita akan ambil total selama 30 minit sahaja untuk ini.

8) Marketing

  • 5 kali maklumkan selama sebulan di Channel yang berbeza (setiap ini mengambil masa lebih kurang 5 minit) – 5 minit x 5 kali = 25 minit
  • Update di Shop untuk memudahkan peminat check. Upload gambar, tulis description, setting harga dan download link (15-30 minit)

Untuk senang kira, kami letakkan sahaja total masa 25 minit

Image and video hosting by TinyPic
Total KOS MASA adalah lebih kurang 90 jam.
Image and video hosting by TinyPic
Total Kos DUIT adalah RM 456.65

Image and video hosting by TinyPic

Bermakna, Budak Getah perlukan lebih kurang RM 500 untuk setiap Volume, barulah dikira break-even

Itu baru break-even untuk terbitan versi digital sahaja, belum ada untung lagi.

Dan itu baru harga sekiranya sejam adalah RM 5, belum sejam RM 12.50 (orang berpendapatan sebulan RM 2,000) ataupun sejam RM 18.75 (orang berpendapatan sebulan RM 3,000).

Sekarang beritahu kami, berapa harga yang sepatutnya kami letak sekiranya anda mahukan terbitan fizikal?

 

KOS PRODUKSI TINGGI –> HARGA AKHIR AKAN TINGGI

Ini logik, kalau kos produksi tinggi harga akhir rendah (konfem akan bankrap)

  • Nak print out full colour komik mesti kena guna kertas yang berkualiti (kalau tak nanti tak cantik)
  • Full colour ink untuk setiap page harganya berbeza dengan yang hitam putih sahaja
  • Kalau pun cetakan hitam putih, tetap akan memerlukan kos yang tinggi (teruskan baca, ada perbincangan di bawah nanti tentang kos cetakan hitam putih)

KOS PENGHANTARAN MENINGKAT –> HARGA AKHIR AKAN TINGGI

  • Kalau dah siap print (*contoh harga jualan RM 10 dan postage RM 7) = total RM 17 untuk sebuah buku.
  • Tak ramai yang akan betul-betul beli nanti

Sebab tu di ruangan Frequently Asked Questions kami letak

-> Mungkin kami akan mempertimbangkan semula nanti jika dapat banyak sambutan untuk penerbitan versi fizikal

Kami perlu pastikan yang betul-betul ada permintaan baru kami akan pertimbangkan bagi mengelak terjadinya insiden Comics House 2.0 nanti

 

Berapa KOS CETAKAN HITAM PUTIH sebenarnya?

Berikut adalah perbualan di antara saya dan salah seorang Team Budak Getah (yang pernah bekerja di syarikat pencetakan)

Dia: “kalau nak print out book.. order kena besar dulu..”

“minimum copy katakan 500+”

“hitam putih perlu 1 plat.”
“1 plat muat 8 halaman.”
“1 volume 130+ – halaman.”
“perlukan 18 plat per volume.”

“1 plat RM 200 – untuk 5K copy.”

“kos untuk plat sahaja RM 3000+”
“kos cetak dan kertas tak termasuk lagi.”

“kalau nak buat jugak buku fizikal .. RM70 / volume”

“deal”

Saya: “1 volume 230 halaman muka surat”

“Mana kau dapat harga ni?”

Dia: “aku pernah kerja printing dulu…”

Of course, we will be glad kalau ada sesiapa daripada anda yang boleh sponsor ataupun ada syarikat percetakan yang mahu JV yang mampu memberikan harga yang lebih kompetitif daripada apa yang ditunjukkan di atas.

Kalau betul serius nak

  • sponsor
  • tolong atau
  • join venture

…just send an email to thebudakgetah@gmail.com

AKU DAH SETIAP MINGGU BACA FREE SAHAJA YANG KORANG SHARE DI WEBSITE KORANG, APSAL PULAK AKU KENA BELI BUKU DIGITAL KORANG?

1) Sebab edisi komik lebih tepat terjemahannya. Kualitinya lebih baik dari apa yang dibaca di www.budakgetah.com/manga

p/s: Ada beberapa terjemahan yang kami sengaja buat salah atau kurang tepat demi mengelakkan pencuri mencuri hasil terjemahan kami 

2) Sebab edisi komik mempunyai SBS (Soalan dan Jawapan daripada Oda)

3) Sebab edisi komik mempunyai maklumat tambahan dan info-info menarik daripada Oda dan tak boleh didapati jika sekadar menonton Anime sahaja.

4) Sebab edisi komik adalah idea asli (hasil kerja tangan Oda) dan tak ada tokok tambah seperti apa yang ada di Anime (remember Naruto Shippuden? More like Naruto “Filler”puden)

5) Sebab dengan membeli buku (digital), korang akan membantu kami untuk terus menambahbaik konten yang ada di www.budakgetah.com

6) Kami tak janji semua Chapter yang ada di www.budakgetah.com/manga akan terus kekal ada di situ. Mungkin kami akan buang atau tutup akses?

APA KATA MEREKA YANG DAH PERNAH DAPATKAN VERSI DIGITAL SEBELUM INI

“Dia bagi Digital kat email… bukan buku… Aku minat sebab dia bagi sebijik macam buku, 

“Setiap dalam buku dia akan tunjuk, SBS, detail-detail yang Oda bagi semua ada, macam setiap detail Sunny dan Merry…”

“Setiap muka surat dia akan tunjuk sekali… bukan macam manga (online scanlations)”

Kucai Kamaruddin

“Terbaik… simpan kat iPhone jadikan dia iBooks (eBook)… Bosan-bosan boleh baca 😉

Suzairi Hakimi

BUAT SOFTCOPY INI TAK BAHAYA KE KALAU ORANG CETAK ROMPAK?

“Softcopy saya dah beli dari admin tunggu masuk email je, tapi kalau softcopy ni senang orang lain cetak rompak nanti, rugi admin… Kalau hardcopy susah sikit, lagi pun ada peminat manga yang suka baca komik, feel pegang buku tu lain sikit…”Abdul Hakim Buang

Kami tahu pasal hal ini.

Tapi kami juga tahu yang pencetak rompak akan penat dan kualiti yang mereka berikan tak sama seperti apa yang kami tawarkan, lagipun kami akan update versi ini nanti.

Dan hanya pembeli sah sahaja yang akan menerima update.

Kami percaya yang

“Readers don’t steal and thieves don’t read”

JADI, KENAPA ANDA PATUT DAPATKAN VERSI DIGITAL?

  1. Tidak akan terbakar lagi (atau basah) seperti buku komik
  2. Harganya yang lebih kompetitif
  3. Tak perlu menunggu lama untuk penghantaran (boleh terus download) setelah pengesahan
  4. Boleh terus baca di smartphone di mana-mana yang anda suka.
  5. File dalam format PDF (.pdf) yang mudah untuk pembacaan secara digital
  6. Hampir kesemua muka surat adalah berwarna (untuk Volume awal)
  7. Terjemahan yang lebih tersusun, menarik dan tepat
  8. SBS dan extra information seperti yang ada di Komik terbitan Comics House juga akan dimasukkan
  9. Update, update dan updates secara percuma pada masa akan datang!

 

Tunggu apa lagi?

Hanya dengan RM 5 setiap volume

…anda dah jimat

  • 90 jam (MASA) dan
  • RM 456.65 (DUIT)

Untuk setiap Volume dan boleh terus menikmati pengembaraan Lanun Topi Jerami dengan terjemahan yang berkualiti tinggi dari kami.

Image and video hosting by TinyPic
Come on guys, hanya RM 5 sahaja setiap Volume

Terus KLIK DI SINI untuk ke Budak Getah Shop

2 Responses

  1. Anas Nazean
    |

    waahhh… mahal benar depa jual sampai 9.99 Dollar.

  2. Indera
    |

    Harga dulu (2003) One Piece Volume 1 USD 7.95, harga sekarang (2016) Volume 80 jadi USD 9.99

    13 tahun cuma naik USD 2.04. Masalahnya bukan pada kenaikan harga. Tapi nilai pertukaran USD – MYR yang menyebabkan mahal. Matawang kita rendah 🙁

Leave a Reply