Kompilasi Ringkas Berkaitan Interview Eiichiro Oda Di 2017

with No Comments 1762

2017 hampir melabuhkan tirainya. Di kesempatan ini Budak Getah nak kongsikan kompilasi ringkas berkaitan apa yang pernah Oda ceritakan kepada kita sepanjang tahun 2017.

Kredit kepada Sandman_AP kerana buat kompilasi ini.

Jom teruskan baca!

Ada beberapa peristiwa yang tak dirancang daripada awal. Contohnya:

  • Vivi seorang Puteri
  • Shanks muncul di Peperangan Marineford
  • Ace anak lelaki Roger
  • Lucci menjadi penjahat (pihak lawan)
  • Gunung Drum Rock berbentuk seperti pokok Sakura (Cherry Blossom)
  • Doflamingo dan Corazon mempunyai pertalian darah.
  • 7 Panglima Perang (Shichibukai) untuk muncul di dalam Manga. One Piece pada asalnya adalah cerita yang berlawan dengan Empat Maharaja (Yonko) dan bukannya 7 Panglima Perang (Shichibukai).
  • Kesemua supernova untuk masih hidup di Dunia Baru (New World). Oda ingatkan separuh dari mereka sepatutnya dah tiada.
  • Law menjadi karakter penting. Oda ingatkan Kidd yang sepatutnya jadi karakter penting.

 

– Oda tanya kepada editor beliau ramalan apa yang peminat sembangkan. Dia nak buat sesuatu yang menjangkaui ramalan mereka semua.

– Editor tak setuju dengan idea untuk membunuh Ace di arka Peperangan Marineford.

– Oda memang merancang Kuma yang akan memecahbelahkan kumpulan Topi Jerami selepas dia diperkenalkan.

– Oda tonton 3 filem setiap hari sewaktu remajanya.

– Oda cuma nak jadi orang yang disenangi oleh budak-budak di kejiranannya.

– Oda cakap yang dia bukannya seorang mangaka yang suka berbangga-bangga seperti “kalau pun aku lukis sebaris benda, benda itu akan boleh dibuat duit!”

– Oda tak akan makan apabila menghampiri tarikh akhir (deadline) sebab ia akan membuatkan dia mengantuk. (Pada tahun 2015, Oda ada cakap yang dia selalunya tidur pada jam 2 pagi dan bangun semula pada 5 pagi)

– Banyak editor menentang untuk membuat siri One Piece kecuali Hisashi Sasaki (Viz)

– Oda marah bila editor tak jawab panggilan dia. Editor sejak dari itu pegang telefon mereka ketika tidur supaya dia boleh jawab pada bila-bila masa.

– Oda tunjukkan senyuman paling menawan kepada para editornya yang tak pernah ditunjukkan sebelum ini apabila dia menerima kek di majlis ulang tahun ke-20 One Piece daripada kawan dan keluarganya.

– Oda dah mula jarang lukis benda-benda trivia seperti Pandaman kerana pandangan dia dah menjadi lemah

– Shueisha membenarkan Oda untuk mengambil lebih banyak cuti. Dia melawat luar negara sekurang-kurangnya sekali dalam setahun.

– Oda membuat tawaran kepada editor yang dia akan jaga keluarga editor tersebut sekiranya dia terpaksa berhenti menjadi editor disebabkan sakit ataupun kecederaan disebabkan terlebih kerja

– One Piece akan masuk ke arka Wano pada tahun 2018

– Ada banyak karakter baru yang Oda nak lukis di Wano nanti.

– Oda memang dah tak sabar-sabar nak lukis arka Wano selama 20 tahun sejak dia memulakan One Piece.

– Pihak lawan yang terhebat akan bertembung dengan Kumpulan Topi Jerami di 2018. Oda cakap ia mungkin ada kaitan dengan Janggut Putih. Dia juga cakap yang Peperangan Marineford akan nampak comel berbanding dengan apa yang bakal kita nampak nanti

Leave a Reply