Lanun Big Mom vs Lanun Binatang vs Pakatan Generasi Terburuk

with No Comments 5454

Pernah tertanya-tanya tak kenapa jalan cerita One Piece nampak macam berserabut sikit sekarang?

Kalau kita tengok cerita dari Oda yang sebelum ini, Kumpulan Topi Jerami sentiasa mempunyai satu matlamat yang jelas untuk melawan sekumpulan musuh tertentu untuk dikalahkan di dalam setiap Arka.

Tetapi kini, ia nampak macam sedikit kurang jelas dengan siapa sebenarnya yang mereka berhadapan.

  • Mereka pergi ke Pulau Fishman, mereka menimbulkan kemarahan Big Mom.
  • Mereka pergi ke Punk Hazard dan Dressrosa untuk mengalahkan Doflamingo, mereka menimbulkan kemarahan Kaido.
  • Mereka campur tangan dengan Jack di Zou, mereka membangkitkan lagi kemarahan Kaido.
  • Mereka mengacau Jamuan Teh Big Mom (dan macam-macam lagi), mereka membangkitkan lagi kemarahan Big Mom.

Image and video hosting by TinyPic

Oda mula-mula buat kita anggap yang mereka akan berlawan dan menumpaskan Kaido. Kemudiannya, baru akan bertarung dengan Big Mom.

Tetapi saya rasa Oda sebenarnya mempunyai sesuatu agenda yang lain. Saya percaya dia akan mencipta peperangan di antara

  • Kumpulan Lanun Big Mom,
  • Kumpulan Lanun Binatang dan
  • Pakatan Generasi Terburuk

Berikut adalah sebabnya kenapa…

Oda dengan teliti telah menghubungkan semua tiga kumpulan ini bersama.

Pertama sekali, dia mencipta sekumpulan perompak yang ganas di Shabondy yang dilabelkan sebagai Supernova dan Generasi Terburuk.

Dia tunjukkan yang setiap Supernova mempunyai matlamat mereka sendiri yang ingin dicapai dan tidak berniat untuk tinggal di bawah sesiapa, termasuk Empat Maharaja Lanun.

Image and video hosting by TinyPic

Mari kita huraikan semua cerita Supernovas kecuali Topi Jerami:

1. Capone ‘Gang’ Bege

Dia cuma bernaung di bawah Big Mom untuk merancang pembunuhan terhadap Big Mom.

Tetapi kita semua tahu bagaimana situasi yang terjadi sekarang.

Dia dah jadi sasaran Kumpulan Lanun Big Mom dan tidak mempunyai pilihan selain untuk memberontak terhadap mereka.

Dah tentulah oleh kerana Morgans, berita tentang pengkhianatan Bege akan tersebar dan tiada Maharaja Lanun lain akan menerima dia lagi sebab dia boleh buat perkara yang sama terhadap kumpulan mereka.

2. ‘Red Flag’ X Drake

Sedikit info: Cara sebut nama X Drake adalah “Diez Drake”. “X” adalah 10 dalam nombor Roman dan disebut “Diez” di dalam bahasa Spanish kerana Diez adalah 10.

Nampak bernaung di bawah Kaido untuk mendekati Joker dan membalas dendam kerana membunuh orang-orang yang dia sayang, tetapi sekarang nampaknya sudah selesai (apabila Doflamingo dah ditewaskan).

Saya rasa dia merancang untuk memutuskan hubungan dengan Kumpulan Lanun Binatang.

Tak masuk akal rasanya bekas seorang Tentera Laut pergi ke New World hanya untuk berkhidmat di bawah Maharaja Lanun.

Saya rasa disebabkan tak dapat menyentuh Joker sebagai seorang Tentera Laut (sebab Doflamingo mempunyai imuniti sebagai seorang Panglima Perang – Shichibukai), dia merancang untuk membunuhnya menggunakan hubungan bersama Kaido.

Sebab itu dia memutuskan untuk keluar dari Tentera Laut dan belayar sebagai seorang lanun.

Dia tahu yang dia masih belum cukup kuat dan akan nampak mencurigakan kalau tiba-tiba menyertai kumpulan Doffy.

Oleh itu, dia memilih untuk berada di bawah Kaido untuk

  • menjadi lebih kuat
  • dilindungi oleh nama Kaido, dan
  • dengan perlahan mendapatkan kepercayaan Kaido

…sekiranya dihantar untuk menangani Doflamingo.

3. ‘Scratchmen’ Apoo

Nampak hanya berada di bawah Kaido untuk terus hidup disebabkan Kaido mengalahkan pakatan mereka sendiri dan mampu untuk membunuh semua teman-teman Apoo.

Walaupun sesetengah orang memberi spekulasi yang Apoo mengkhianati pakatan Kidd-Hawkins-Apoo dari awal lagi, ia nampak macam bukan seperti itu.

Lanun Binatang bukannya jenis kumpulan lanun yang menyembunyikan sekutu mereka dengan sesiapa sahaja.

Kalau betul Apoo sertai Lanun Binatang dari awal lagi, kenapa mereka perlu nak sembunyikan hal ini?

Lanun Binatang adalah kumpulan yang mempunyai dorongan yang sama untuk memusnah dan menakluk (ini juga sebab kenapa tiga pejuang teratas mereka dipanggil Bencana – Calamities).

Kita dah nampak Jack dan gengnya cuba memusnah dan menakluk Zou.

Dan kita juga dah nampak yang Apoo provokasi seorang Laksamana (Admiral) Tentera Laut di Shabondy, jadi agak sukar untuk bayangkan yang lanun seperti dia akan rela berkhidmat di bawah Yonkou.

Tapi kenapa Kaido sendiri yang datang dan menewaskan mereka?

Sedangkan dia boleh hantar satu atau dua Bencana dan akan dapat hasil yang sama.

Oleh itu, saya percaya yang mereka sebenarnya dibelasah terlebih dahulu dan kemudian diberi pilihan sama ada untuk berkhidmat di bawah Kaido ataupun dibunuh.

4. Kidd, Killer dan Hawkins

Oda sekali lagi dengan sentuhan geniusnya, dia mula-mula buat kita percaya yang pakatan mereka akan menyasarkan Rambut Merah untuk mengalihkan perhatian kita dari matlamat yang sebenar iaitu untuk membentuk satu persekutuan ataupun pakatan di antara generasi terburuk.

Sekarang Kidd, Killer, Hawkins, dan Apoo mempunyai sebab kuat untuk bersekutu dengan Luffy dan Law sebab mereka dah nampak betapa kuatnya Kaido dan mereka sangat benci Kaido sebab menewaskan mereka dan mungkin juga membunuh beberapa orang teman mereka.

5. ‘Mad Monk’ Urouge

Dia dikatakan membunuh salah seorang Komander Manisan, merupakan sasaran bunuh utama oleh Kumpulan Lanun Big Mom apabila mereka dapat tahu yang dia masih hidup.

Dan lagi, saya rasa dia sebenarnya tak membunuh Komander Snack, saya rasa Snack yang mahu meninggalkan Lanun Big Mom dan meminta Urouge untuk membantunya untuk meninggal dunia.

6. ‘Big Eater’ Jewelry Bonney

Kita tak tahu di mana dia berada sekarang ini.

Tetapi banyak spekulasi mengatakan yang dia bersekutu dengan Big Mom. Mungkin juga dia adalah salah seorang anak perempuannya.

Sekarang kita dah nampak yang semua Generasi Terburuk, kecuali Bonney, mempunyai alasan yang kuat untuk melawan Lanun Big Mom ataupun Lanun Binatang.

Berkemungkinan besar yang Generasi Terburuk semua akan membentuk satu pakatan untuk menentang kedua-dua Lanun Big Mom dan Lanun Binatang.

Tetapi, kenapa mereka memerlukan jumlah pakatan yang kuat dan besar?

Inilah sebabnya.

Masih ingat lagi Peperangan Puncak (Summit War)?

Apa yang Tentera Laut perlukan untuk mengalahkan seorang Maharaja Lanun?

Mereka mengumpulkan

  • seorang laksamana armada
  • tiga orang laksamana
  • seorang naib laksamana yang setaraf laksamana armada
  • lima panglima perang
  • semua naib laksamana dan pacifistas
  • 60 kapal perang dan
  • 100,000 askar.

Belum lagi sebut yang mereka mempunyai kelebihan kubu sehingga semua meriam besar dan utama mereka pun ada di sana.

Sekarang cuba bayangkan pakatan Topi Jerami-Law-Mink-Samurai-Colosseum melawan lanun Janggut Putih dari Peperangan Puncak.

Rasa mereka betul-betul boleh menang ke?

Kita dah nampak dengan mata kepala kita sendiri betapa kuatnya Janggut Putih – seorang Maharaja Lanun.

Walaupun dia…

  • dah tua
  • dalam keadaan yang tak sihat dan
  • ditikam di bahagian jantung

…dia masih berdiri dengan gagah melawan Laksamana-laksamana dan hampir tenggelamkan Ibu Pejabat Tentera Laut.

Kenapa perkara ini berbeza dengan Big Mom, Kaido, dan Shanks?

Kalau Luffy dan Law bertarung dengan versi Janggut Putih sekarang, rasa-rasa mereka ada peluang untuk menang tak?

Mereka tak setanding dengan Komander Manisan (Ingat tak yang Nami & Homies membantu Luffy mengalahkan Cracker?) dan juga Tiga Bencana (dari Lanun Binatang).

Inilah sebabnya terdapat kebarangkalian kuat yang Oda bakal membentuk satu persekutuan atau pakatan di antara Generasi Terburuk supaya mereka mempunyai peluang untuk berjuang melawan Maharaja Lanun.

Lagipun, tak ada seorang pun daripada Generasi Terburuk yang menyertai Shanks ataupun Janggut Hitam.

Cuba tengok keadaan sekarang, tak ada seorang pun daripada mereka yang mempunyai alasan kukuh untuk menyerang Shanks ataupun Janggut Hitam (kecuali Bonney yang membenci Janggut Hitam).

Dengan penjelasan tadi, mari kita lihat bagaimana Big Mom dan Kaido juga akan bertempur.

Kenapa anda rasa cerita sentiasa dikaitkan dengan Big Mom dan Kaido setakat ini?

Ia adalah New World, mereka boleh bertembung dengan Maharaja lain, tetapi kenapa hanya kedua-dua mereka yang dipaparkan?

Tengok balik bagaimana penceritaan dan jalan cerita yang berlaku sehingga setakat ini.

Sekarang Kumpulan Topi Jerami dan Kumpulan Lanun Firetank berada di Pulau Kek dan menimbulkan kemarahan Big Mom (tiada siapa dalam sejarah yang pernah buat kekacauan yang gila macam ini)

  • Luffy melancarkan perang terhadap Big Mom di pulau Manusia Ikan lagi dengan memakan semua manisan
  • Pergi ke wilayah Big Mom
  • Pecahkan foto Mother Carmel
  • Menghalang pembunuhan Germa
  • Memusnahkan Kek Perkahwinan
  • Mencuri Boss Jinbei
  • Memalsukan kematian Brook

Dapat kan gambarannya?

Mereka dah buat Big Mom sangat berang. Apa yang mereka buat semua itu macam meludah tepat pada muka Big Mom.

Langsung tak ada rasa hormat. Dah tentulah sebagai seorang Maharaja, ini satu perkara yang sangat-sangat memalukan.

Oleh itu, selepas Luffy dan teman-teman berjaya melarikan diri dari Wilayah Big Mom, saya percaya Big Mom akan mengejar mereka sehingga ke tanah Wano.

Walaupun bukan kerana sebab-sebab yang saya dah berikan di atas. Saya rasa walaupun Big Mom seorang yang cepat melenting, dia tetap tidak akan membahayakan dirinya untuk berperang melawan seorang Maharaja yang lain hanya kerana marah dengan apa yang Luffy dah buat.

Jadi apa yang menjadi kunci untuk Big Mom dan anak buahnya mengikuti Luffy & Bege merisikokan kumpulannya untuk mencetuskan perang melawan Kaido?

Jawapannya adalah Salinan Road Poneglyph

Sekarang mereka dah berjaya dapatkan Brulee semula, Big Mom pasti akan tahu mengenai salinan yang dicuri.

Bila Big Mom dapat tahu pasal salinan Road Poneglyph yang dicuri, pastinya tak ada siapa pun yang akan boleh menghalang Big Mom daripada memburu Topi Jerami walaupun Topi Jerami dah sampai di wilayah Kaido di Wano.

Saya rasa peperangan besar mungkin akan berlaku di sini.

Inilah teori saya mengenai rancangan Oda untuk mewujudkan perang tiga penjuru.

“Lanun Big Mom vs Lanun Binatang vs Pakatan Generasi Terburuk”

Image and video hosting by TinyPic

 

Teori oleh Beejay1013 dan diolah semula demi untuk memudahkan pembacaan


Anda mahu penulisan dan perkongsian anda diterbitkan di website Budak Getah? Hantarkan artikel anda dengan KLIK SINI