Luffy dan Kru Berlabuh di Malaysia!

with No Comments 4663

One Piece Kuala Lumpur

Pameran Manga Jepun Popular ONE PIECE diadakan di Kuala Lumpur!!

 

Kuala Lumpur, 17 Ogos – “ONE PIECE,” satu daripada Manga paling popular Jepun, akan dipamerkan di pameran berjudul “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!”

Bermula Sabtu, 26 Ogos hingga Rabu, 18 Oktober 2017 di ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur di Kuala Lumpur.

“ONE PIECE” adalah Manga yang mula disiarkan secara bersiri di dalam majalah “Weekly Shonenjump” pada 1997 dan meraih populariti luar jangkaan. Sejak ia dimulakan, ONE PIECE turut diminati di

  • Asia
  • Eropah
  • Amerika Syarikat (AS) dan
  • pelbagai negara

…di seluruh dunia.

Bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri ini, Malaysia dipilih sebagai lokasi pertama memandangkan negara ini memiliki bilangan orang muda yang besar dan sangat meminati trend Manga serta kerana negara ini begitu ceria dan cergas.

Pameran ini boleh dinikmati bukan sahaja oleh peminat ONE PIECE, tetapi juga oleh semua lapisan masyarakat yang tidak mengenali ONE PIECE. Pameran itu memaparkan aspek artistik dunia penulisnya, Eiichiro Oda, yang sentiasa berevolusi. Pengunjung ke pameran ini juga akan merasai pengalaman tahap baharu ONE PIECE, yang terus melangkah melangkaui tahun ke-20.

One Piece Kuala Lumpur

Sejak 1997, ONE PIECE telah berterusan diterbitkan secara bersiri di Jepun di dalam majalah Manga paling laris, “Weekly Shonenjump”, yang akan meraikan ulang tahun ke-20 tahun ini sebagai satu daripada Manga Jepun paling ikonik. Sehingga kini, sejumlah 86 jilid telah terjual lebih daripada 350 juta naskhah di Jepun sahaja.

Pameran ini memperkenalkan pelbagai ilustrasi berwarna, replika meja Eiichiro Oda di tempat kerjanya dan juga mempunyai zon realiti maya dengan kandungan yang direka khas untuk pameran ini dan dipamerkan pertama kali kepada dunia. Para pelawat boleh merasai sensasi baharu ini dengan watak-watak ONE PIECE. Kawasan pameran adalah seluas 300 meter per segi membolehkan pelawat benar-benar menikmati alam ONE PIECE.

Untuk maklumat lanjut mengenai pameran “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!”

–> Sila lawati: http://www.cube1kl.com/ (Laman web boleh diakses bermula 15 Ogos 2017)

Apakah “ONE PIECE”?

One Piece Kuala Lumpur
ONE PIECE merupakan kisah pengembaraan Manga laut luas ditulis dan diilustrasi hasil karya Eiichiro Oda. Ia adalah kisah mengenai Luffy, yang memperoleh kuasa luar biasa untuk melenturkan badannya seperti getah selepas memakan Buah Devil Gum-Gum. Luffy menubuhkan Lanun Straw Hat bersama rakan-rakannya dan memulakan pengembaran untuk menjadi Raja Lanun dengan mencari harta karun misteri dikenali sebagai “ONE PIECE”. Popularitinya telah berkembang melangkau Jepun dengan ONE PIECE cukup dikenali di lebih 42 negara dan rantau di dunia!

Butiran “Eiichiro Oda presents Hello, ONE PIECE Luffy is here!”

One Piece Kuala Lumpur

Tempoh: Sabtu, 26 Ogos hingga Rabu, 18 Oktober 2017

Masa: 11:00 pagi – 9:00 malam (Kemasukan terakhir 8:30 malam)

Tempat: ISETAN The Japan Store Kuala Lumpur (Tingkat 3 / “THE CUBE/CUBE_1”)

(Alamat: LOT 10, 50 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur, Malaysia)

Pertanyaan mengenai pameran: +60-3-2141-7777

Yuran Masuk (Entrance Fees):

  • Kemasukan Biasa RM 15
  • Kemasukan ke zon Realiti Maya RM 25
    • Zon Realiti Maya hanya untuk pelawat berusia 13 tahun ke atas
  • Kemasukkan percuma untuk kanak-kanak bawah 4 tahun dibawah jagaan ibu bapa atau penjaga.
  • Dua kanak-kanak di bawah usia 4 tahun boleh masuk dengan setiap penjaga.

Penganjur: ICJ DEPARTMENT STORE (M) SDN. BHD. / Dai Nippon Printing Co., Ltd.

Laman web Rasmi: http://www.cube1kl.com/

Media sosial:

Mengenai ruang Pameran ONE PIECE – Gambar keseluruhan zon pameran

One Piece Kuala Lumpur

1. “Hello, ONE PIECE!”

  • Selepas pintu masuk, ia bermula dengan pengenalan mengenai pameran mengenai “ONE PIECE”

2. “Hello, Luffy!”

  • Fakta-fakta menarik mengenai watak utama Luffy dan ONE PIECE menerusi dialognya di dalam pelbagai adegan. Zon ini memaparkan daya tarikan Luffy menerusi lima kata kunci.
  • Zon ini juga memaparkan poster gergasi orang yang dikehendaki menggambarkan Luffy dan ciri-ciri utama pengkisahannya.

3. “Hello, Colorful World!”

  • Zon ini menzahirkan alam warna-warni ONE PIECE ciptaan Eiichiro Oda dengan meliputi dinding dengan banyak panel ilustrasi kecil dan besar berwarna. Pelawat juga boleh menyaksikan replika meja En. Oda dan video menunjukkan kemahiran beliau melukis manga ONE PIECE.

4. “Hello, Playful World!” (VR Zone)

  • Di zon Realiti Maya, pelawat boleh menikmati pengalaman sensasi baharu seolah-olah mereka telah melangkah masuk ke dalam minda Eiichiro Oda dan boleh melihat watak-watak ONE PIECE dilukis dan dibawa hidup oleh beliau.
  • Kandungan Realiti Maya ini dipersembahkan buat pertama kali di dunia.

Sila Ambil Perhatian: VR ini hanya untuk pelawat berusia 13 tahun ke atas, dengan caj tiket RM 25.


Mengenai barangan ONE PIECE

Sepanjang tempoh pameran, lebih 70 barangan seperti

  • kemeja T
  • pelekat dan
  • bahan-bahan lain

…yang mempunyai reka bentuk ONE PIECE akan dijual di ICJ DEPARTMENT STORE.

Pelbagai barangan termasuk

  • pin lencana atau tin
  • tuala
  • beg kecil dan
  • pelbagai barangan lain

…turut juga dijual.

Ia juga menarik dijadikan barangan hadiah untuk rakan-rakan dan keluarga.

Juga, pengeluaran semula lukisan asli yang diperkemaskan dan diterbitkan dengan percetakan dengan ketelitian jitu juga boleh ditempah.