Maksud “Keazaman D” dan “One Piece”

with No Comments 7654

Teori ini akan menjelaskan kepada kita semua segala-galanya tentang “Keazaman D” dan juga memberikan sedikit gambaran tentang apa sebenarnya ONE PIECE.

Saya hampir 85% pasti yang Eiichiro Oda mendapat ilham dari sejarah dan cerita Puak (atau Suku Kaum) yang dipanggil “Tuatha DĂ© Danann” yang wujud di dunia sebenar pada mitologi Ireland.

 

Kalau dah dapat 85%, mana lagi 15%?

Lagi 15% anda boleh baca di perkongsian yang lepas mengenai Teori Pengakhiran Manga dan Anime One Piece [KLIK SINI UNTUK BACA]

 

Dengan membaca kedua-dua teori ini anda akan memperoleh 85% + 15% = 100%.

Maksud

  • “Keazaman D” dan
  • “One Piece” yang sebenar

…bakal terungkai apabila anda baca teori ini sampai habis.

Saya rasa anda dah boleh berhenti baca One Piece sebab hampir semua puzzle dan misteri dah terjawab. Haha 😛

 

Saya akan kongsikan persamaan yang agak MIND BLOWING di antara Suku Kaum ini dengan peristiwa-peristiwa yang berkait di dalam One Piece.

 

WARNING:

YOUR MIND IS GOING TO BE BLOWN WITH THIS THEORY, READERS DISCRETION ARE ADVISED. PROCEED WITH CAUTIONS AND PLEASE LEAVE IF YOU DON’T WANT YOUR MIND TO BE BLOWN WITH TRUTH!

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Masih di sini?

Bagus. Enjoy the rest of the theory.

 

Sebelum itu, mari kita mulakan dahulu dengan perkara yang asas.

Definisi, Cara Sebutan dan Sejarah

Definisi

Suku Kaum ini dipanggil “Tuatha DĂ© Danann“.

Merupakan salah satu kaum mitos yang menetap (atau tinggal) di Ireland sebelum kedatangan Milesian (Suku Kaum yang Menguasa selepas Danaans), nenek moyang Gaels moden.

Mereka juga adalah kaum Dewa-dewi serta Wira Perlumbaan.

Mereka sangat mahir dalam

  • Seni
  • Sains
  • Puisi dan
  • Sihir

Suku Kaum Danaans adalah keturunan daripada Dewi Danu dan menurut lagenda, mereka adalah Penguasa (ataupun Penceroboh bergantung kepada konteks) yang ke lima tanah Ireland.

Mereka turut dirujuk sebagai the Ever-Living-Ones (Yang Kekal Hidup) atau Dewa Dewi dan Tuhan yang menjadi sebahagian daripada warisan penting untuk orang Irish.

 

Cara Sebutan

Cara menyebut Tuatha DĂ© Dannan adalah seperti di bawah

too-ha day dan-ann” ataupun “tu-ha dey dan-ann

 

Dalam perkataan Irish Purba, “Tuath” (Tuatha – banyak) bermaksud

  • orang
  • suku atau
  • negara

“dĂ©” pula merupakan kata yang diambil daripada “dĂ­a” yang mana bergantung kepada konteks, boleh bermakna

  • tuhan
  • dewa dan
  • dewi

…atau lebih meluas lagi adalah “makhluk ghaib, yang disembah”.

 

Dalam tulisan-tulisan terawal, bangsa mitos yang disebut sebagai “Tuath DĂ©” (banyak Tuatha DĂ©).

Walau bagaimanapun, sami-sami di Ireland juga mula menggunakan istilah Tuath DĂ© untuk merujuk kepada orang Israel, dengan makna “Umat Tuhan”.

Demi mengelakkan kekeliruan dengan panggilan orang Israel, penulis-penulis sejarah mula merujuk bangsa mitos sebagai Tuath DĂ© Danann (banyak Tuatha DĂ© Danann).

 

Sejarah

Suku Kaum ini dikatakan datang dari empat bandar mitos:

  • Falias
  • Gorias
  • Finias dan
  • Murias.
Bentuk ini serupa macam apa?

Sebelum Tuatha DĂ© Danann berhijrah ke Ireland, mereka telah belajar semua kemahiran dari empat Druid, iaitu Ahli-ahli Sihir dan Pensyair (Wizard-Bard) daripada empat bandar raya ini.

  • Morfesa dari Falias
  • Esras dari Gorias
  • Semias dari Murias dan
  • Uiscias dari Findias.

Selepas Milesians (Penguasa Ireland selepas Dananns) mengalahkan Dananns, Dananns mempunyai dua pilihan iaitu

  1. Berundur ke Tir na n-Og (“Land of the Youth” atau “Tanah yang Kekal Muda“) ataupun
  2. Mereka terus tinggal di tanah berkenaan (Ireland) bersama dengan Kaum Milesian

Tetapi rumah mereka (istana bawah tanah) telah disembunyikan dari mata umat manusia dengan kuasa sihir.

Rumah mereka biasanya dipanggil Sidhe (SID atau sĂ­dh) atau “Otherworld” (Dunia Lain atau Alam Bunian?).

Nama lain untuk Tuatha DĂ© Danann juga adalah AES Sidhe atau “Ahli Sidhe”.

Tuatha DĂ© Danann seperti yang digambarkan dalam John Duncan “Penunggang daripada Sidhe” (1911) – Sumber Wikipedia

Di Otherworld, Danann kekal muda dan seolah-olah hidup abadi (immortal).

Mereka boleh menjalani kehidupan yang sangat panjang dan kekal muda, akan tetapi mereka tetap boleh dibunuh dan dimusnahkan, seperti mana-mana manusia biasa.

 

Di dalam sejarah, Dananns kerap melawat manusia.

Kadang-kadang mereka dibantu manusia, manakala masa yang lain mereka dibinasakan manusia.

Kadang-kadang mereka berkahwin dengan manusia. Kebanyakan masa, Dananns akan datang ke permukaan dan bertemu kekasih mereka, masa yang lain yang manusia dibenarkan untuk tinggal bersama mereka.

Dalam Kitaran Ulster (Koleksi Cerita berkaitan Ulster dan Pemerintahan Ketenteraan), Tuatha DĂ© Danann masih dilihat sebagai dewa Celtic.

Walau bagaimanapun, dalam Kitaran Fenian (Koleksi Cerita berkaitan Pejuang di dalam Pemerintahan Ketenteraan), Dananns telah berubah menjadi menjadi “Rakyat Pari-pari atau Rakyat Bunian atau Rakyat Kayangan”.

Tuatha Dé Danann menjadi sering dikaitkan dengan Pari-pari dan kerana adanya pengaruh Kristian dalam mitos, sebahagian daripada mereka meninggal dunia di usia tua apabila mereka meninggalkan Otherworld.

(Perlu diingatkan bahawa Pari-pari dalam mitos Celtic (terutamanya Ireland, Wales dan mitos Arthurian) tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan Pari-pari kecil dengan sayap yang terdapat dalam cerita rakyat dan cerita dongeng kanak-kanak, seperti Tinklebell dalam Peter Pan atau Fairy Godmother dalam Cinderella .

Pari-pari yang ada sini adalah manusia dengan kuasa ghaib dan supernatural.

Tafsiran moden Pari-pari cenderung untuk menjadi mereka sangat cantik, terutamanya ketika zaman Victoria (abad ke-19) di Britain.

Dalam sastera Ireland dan Wales, mereka dikatakan boleh menjadi

  • tinggi atau pendek
  • cantik atau hodoh.

Mereka juga boleh menjadi makhluk baik hati, tetapi pada masa yang lain mereka boleh menjadi tampak kejam atau songsang.

 

Cukup pasal sejarah. Sekarang kita sambung pula dengan

Empat Khazanah atau Harta Karun Lagenda Tuatha De Dannan

Tuatha De Dannan berhijrah ke Ireland daripada empat kota-kota Otherworld (Dunia Kayangan atau Alam Bunian) seperti yang sudah dinyatakan di atas tadi.

Kota tersebut adalah

  • Murias
  • Falias
  • Gorias dan
  • Finias

Pada ketika mereka berhijrah ke Ireland, Tuatha De Dannan juga bawa bersama mereka empat khazanah (atau harta karun bergantung kepada konteks yang mana anda suka) – satu khazanah daripada setiap kota di atas.

Kempat-empat simbol dan unsur-unsur ajaib dijelmakan dalam bentuk

  • Pedang (Sword)
  • Lembing atau Tombak (Spear)
  • Piala atau Tempayan (Cauldron) dan
  • Batu Takdir yang Menyanyi (Singing Stone of Destiny)
Gambaran Empat Khazanah (atau Harta Karun) dalam Lagenda

 

  • Dari Findias mereka membawa pedang Nuada
  • Dari Gorias mereka membawa tombak Lugh
  • Dari Murias mereka membawa kawah Dagda dan
  • Dari Falias mereka membawa Batu Takdir Fal

 

Cukup sampai di situ.

Walaupun masih banyak lagi cerita dan lagenda Kaum Danann yang boleh dimuatkan, saya kira apa yang kita dah baca setakat ini cukup untuk membincangkan kenapa lagenda ini sangat mirip (dan boleh jadi) tulang belakang jalan cerita yang dikarang oleh Eiichiro Oda.

 

Persamaan dengan One Piece

Pada bahagian ini dan seterusnya, saya akan bongkarkan kepada anda sedikit demi sedikit bagaimana cerita dan lagenda Suku Kaum Tuatha De Danann mempunyai banyak persamaan dengan One Piece.

Merujuk kepada mitologi Ireland, Puak ini adalah salah satu Suku Kaum terawal

  • yang maju dan menetap di bumi.
  • diceritakan sebagai Dewa atau Malaikat yang dihukum keluar dari Kayangan.
  • tidak baik dan tidak jahat.
  • dikenali kerana mempunyai kuasa-kuasa semula jadi yang luar biasa dan
  • mereka berhijrah ke bumi (menjadi Penguasa ke lima Ireland).

 

Apa persamaan fakta di atas dengan One Piece?

1. Malaikat yang diusir keluar atau Dewa yang bukan dari Bumi?

Bukankah ini seperti orang-orang langit pulau Birka dan Skypea yang ingin menguasai bumi (Vearth) pada SAGA PULAU LANGIT?

Penduduk Vearth – Pulau yang asalnya sebahagian daripada Pulau Jaya diterbangkan dari Knock-Up Steams adalah Kaum Shandia (yang turut memiliki sayap dan asalnya dari Bulan)

Enel dan bala tenteranya adalah Penduduk Birka yang asalnya daripada Bulan (Fairty Vearth)
Belajar daripada lukisan dinding. “Orang Bulan” pada zaman dahulu memiliki sayap.
Bandar di Bulan juga dikenali sebagai “Birka”. Kekurangan sumber alam, mereka terbang ke “Planet Biru”.
Perbezaan Sayap di antara Kaum Birkan, Shandia dan Skypea

Seperti yang anda lihat pada gambar-gambar di atas, ketiga-tiga Kaum Orang Langit

  • Birka
  • Shandia
  • Skypea

…sebenarnya berasal daripada Bulan (Fairy Vearth) yang mempunyai peradaban maju dan berteknologi canggih yang mampu mencipta Automata.

Tak tahu apa itu Automata? 

Mohon Google.

Kalau tak pun baca Manga semula. Siapa suruh tengok Anime?

Kan dah terlepas butiran penting macam ini.

2. Simbol dan Kuasa Semula Jadi yang Luar Biasa?

Oleh kerana mitos dan dongeng yang diceritakan berasal dari Lagenda Celtic (adalah wilayah di Eropah barat di mana bahasa Celtic atau sifat-sifat budaya Celtic masih wujud, Ireland merupakan sebahagian daripada Celtic) simbolisma mereka juga mempunyai persamaan yang hampir dengan perkara berkaitan One Piece.

Cuba anda lihat sendiri simbol-simbol di bawah.

Simbol Tiga Pusaran yang adalah antara simbol Irish yang sangat pada binaan batu pada zaman dahulu.
Pusaran tiga juga dikenali sebagai ‘Pusaran Hidup’, yang melambangkan kehidupan, kematian dan akhirat. Orang-orang Celt percaya bahawa segala sesuatu bergerak dalam kitaran yang kekal, dan Tri-circle ini mengingatkan kita kepada kitaran hidup.

 

Tak rasa macam menyerupai corak buah-buahan syaitan dalam One Piece?

12650839_766912850105994_3049111626173093668_n

Tengok pada gambar di atas, yang ditengah itu adalah simbol yang berkait dengan Puak (atau Suku Kaum) tersebut

Corak yang serupa seperti Buah Syaitan kan?!

Kita dah tahu daripada Sejarah yang diterangkan di atas tadi.

Suku Kaum Thuatha De Danann merupakan Kaum Supernatural.

Mungkin disebabkan ancaman dan tentangan yang berlaku kepada mereka, mereka menggunakan kuasa sakti mereka di saat mereka hampir mati untuk meletakkan kuasa-kuasa semula jadi yang ajaib pada diri mereka ke dalam bentuk buah-buahan.

 

Bagaimana kuasa buah syaitan dipindahkan?

Apabila seseorang mati kuasa buah syaitan akan dipindahkan kepada buah-buahan yang terdekat. Dalam kes ini, kaum De Danann yang memiliki kuasa luar biasa dan mahir kuasa sihir dibunuh beramai-ramai dan keupayaan mereka dipindahkan dalam bentuk buah.

Kami pernah kongsikan teori ini untuk anda baca lanjut pada artikel yang bertajuk “Cara Kumpulan Janggut Hitam Merompak Buah Syaitan” [KLIK SINI UNTUK BACA]

 

3. Memiliki ramai Musuh dan Pesaing (Musuh Semula Jadi Tuhan?)

Saya tidak huraikan panjang mengenai musuh dan pesaing Suku Kaum DĂ© Dananns di bahagian sejarah di atas supaya artikel ini menjadi lebih ringkas, akan tetapi dikatakan Suku Kaum DĂ© Dananns mempunyai banyak pesaing dan musuh.

Salah satunya adalah Fomorians.

Fomorians adalah satu Suku Kaum ghaib dalam mitologi Ireland. Mereka sering digambarkan sebagai makhluk yang

  • suka berlawan dan
  • bertubuh besar

…yang datang dari laut atau bawah tanah.

Kemudian, mereka digambarkan sebagai gergasi dan perompak laut.

Mereka adalah musuh Penguasa dan Penentang Suku Kaum Tuatha DĂ© Danann.

Boleh dikatakan hubungan di antara kedua Kaum ini adalah sangat kompleks (mungkin ini apa yang dimaksudkan Oda apabila dia merujuk orang-orang yang memiliki Nama “D” adalah musuh semula jadi Tuhan)

ugly_ppl
Kaum Fomorians seperti yang digambar oleh John Duncan (1912)
Yang ini amat menyerupai Manusia Ikan di dalam One Piece XD

Sebelah Manusia Ikan kalau anda perasan ada yang seperti berbentuk Anjing Manusia.

Saya rasa itu inspirasi Oda untuk mencipta Suku Kaum Mink (Penghulu Inuarashi mungkin?).

 

Senang cerita, Eiichiro Oda mengambil inspirasi daripada lagenda ini untuk disesuaikan ke dalam jalan cerita One Piece.

 

4. Empayar dan Tamadun yang Hilang

Masih ingat Empayar Purba (mungkin Pulau Raftel) yang juga di katakan sebagai Empayar yang sangat maju?

Image and video hosting by TinyPic

Kenapa Empayar Raftel hilang?

Apa yang menakjubkan tentang Suku Kaum ini adalah kesemua sejarah mereka sebenarnya ditulis dan dicatatkan.

Dari nama saintis dan pemerintah….

Sehinggalah pada satu masa, kesemuanya catatan itu berhenti.

Dan empayar mereka dihapuskan dari sejarah seolah-olah mereka tidak pernah wujud.

Walaupun banyak lagenda dan mitos tentang bagaimana Empayar ini tiba-tiba lenyap, tetapi tiada bukti kukuh bagaimana ianya tiba-tiba lenyap.

 

Para sejarah ada memberi penjelasan yang Suku Kaum ini lenyap disebabkan oleh Tentera daripada Kerajaan Spain yang menyerang Ireland dan Suku Kaum ini.

Mereka menggunakan kesemua sumber tentera yang mereka ada untuk menghapuskan Empayar Suku Kaum DĂ© dan melenyapkan sejarah mereka.

 

Persamaan dengan One Piece?

Masih ingat lagi “Buster Call” yang dilancarkan kepada Pulau Ohara?

Tempat tinggal Nico Robin?

Tentera Kerajaan yang menyerang sesuatu Kaum (atau Puak) demi menjaga kepentingan mereka sendiri

Tema dan jalan cerita yang serupa seperti apa yang berlaku kepada Pulau Ohara

Mungkin juga ini apa yang terjadi kepada Pulau Raftel sebelum ini pada “Zaman Kekosongan”?

 

5. Harta Karun Lagenda – One Piece?

Seperti yang kita dah tahu, Suku Kaum Tuatha DĂ© Danann mempunyai Empat Harta Karun Lagenda.

Menurut lagenda harta ini HANYA BOLEH DIGUNAKAN sekiranya seseorang itu adalah waris dari Suku Kaum DĂ© ataupun mempunyai pertalian darah.

Boleh jadi pada Chapter-chapter akan datang dalam One Piece nanti akan dijelaskan yang hanya Keturunan D. sahaja yang boleh menggunakan Harta Lagenda ini?

 

Anyways, berikut adalah Empat Harta Karun tersebut.

1. Lembing Lugh

Harta yang pertama adalah “Spear of Lugh” atau “Lembing Lugh” yang memiliki kuasa lembing pemusnah yang sangat tepat tidak kira berapa jauh sasarannya.

Kalau anda perasan, senjata yang macam ini sangat sesuai untuk Usopp kan sebagai seorang penembak tepat?

Pastinya senjata ini akan melengkapkan impiannya untuk menjadi seorang “Pejuang Laut yang berani!”

2. Tempayan / Periuk Dagda

Harta yang kedua adalah “the Dagda’s Cauldron” atau “Tempayan / Periuk Dagda” di mana ianya adalah Tempayan yang akan sentiasa memberikan makanan dan ianya tak akan putus bahan makanan

Saya percaya ini sangat sesuai untuk Sanji sebab dia adalah Tukang Masak Kru Topi Jerami dan sebagai seorang Tukang Masak yang impikan untuk memasak bahan dari semua lautan

  • North Blue
  • South Blue
  • West Blue
  • East Blue

Bukankah ini harta karun yang terbaik untuk dia jumpa?

Bahan masakan yang tidak putus adalah impian untuk seorang Tukang Masak yang menyediakan makanan lazat untuk mereka yang lapar.

3. Pedang Cahaya Nuada

Harta yang ketiga adalah “The Sword Light of Nuada” ataupun “Pedang Cahaya Nuada”.

Ini dikenali sebagai pedang paling hebat di dunia.

Apa yang menariknya, Pedang Mata Helang Mihawk dipanggil “Yoru” bermaksud “Sword of the Night” ataupun “Pedang Malam”

Jadi dengan adanya pedang ini, impian Zoro untuk menjadi Pendekar Pedang yang paling hebat di dunia akan lengkap.

Pada Episode 515 Anime, Mihawk tunjukkan Zoro humandrill yang menggunakan pedang hampir serupa seperti Yoru, cuma berbilah putih

4. Batu Fal

Harta yang keempat dan terakhir adalah “The (Singing) Stone of Fal” atau “Batu Fal”

Boleh jadi ini adalah Poneglyph terakhir yang akan merungkaikan segala-galanya.

Saya rasa inilah One Piece yang dicari-cari selama ini.

Batu ini adalah Batu Sakti (atau Ajaib) yang akan memilih Raja Suku Kaum DĂ© yang seterusnya.

Cara Batu Sakti ini memilih Raja yang seterusnya adalah dengan berkomunikasi dengannya dan hanya RAJA SUKU KAUM DE yang boleh mendengar Batu Sakti ini.

 

Ingat tak yang Gol D Roger mampu mendengar “Suara Semua Benda” dan Silver Rayleigh pernah cakap yang mereka

  • tiada alat dan
  • pengetahuan

…seperti Puak Ohara.

Dengan mendengar Batu Poneglyph, Roger dapat meneruskan perjalanan untuk menuju ke Raftel (rujuk pada Chapter terbaru di bawah pada ARC Pulau Kek Big Mom yang turut mengesahkan yang Batu Poneglyph mampu berkomunikasi)

Mungkin pada ketika ini Luffy masih belum memiliki keupayaan untuk berkomunikasi dengan Batu. Mungkin keupayaan ini akan dibangkitkan pada Chapter-chapter yang akan datang.

Siapa tahu kan?

Yang pentingnya, apabila Luffy berkomunikasi dengan Batu Terakhir yang dikenali sebagai One Piece, dia akan memperoleh dua perkara

  • status sebagai seorang Raja (Lanun) dan
  • kesemua pengetahuan yang tersimpan pada Batu tersebut.

Mungkin juga dengan bantuan

  • Momonosuke, puak yang mencipta Poneglyph (dan mampu memberi arahan kepada Zunisha) dan
  • Nico Robin, waris tunggal dari Ohara yang mampu baca Poneglyph

…impian Luffy untuk merungkaikan segala misteri dunia dan memiliki One Piece akan tercapai apabila mereka tiba di pulau Raftel nanti 🙂

Masih ingat pengenalan One Piece?

Kekayaan… Kemahsyuran… Kuasa….

  • Periuk Dagda melambangkan Kekayaan
  • Lembing Lugh dan Pedang Nuada melambangkan Kuasa
  • Batu Fal yang memilih Raja seterusnya dari keturunan De akan melambangkan kemahsyuran.

Kesemuanya elemen-elemen ini melengkapi tema dan perjalanan cerita agung Luffy mencari One Piece (Harta Karun dalam Lagenda) yang ditinggalkan oleh Gol D. Roger.

 

Kesimpulan

“Keazaman D” atau “Keturunan D” adalah berdasarkan cerita lagenda Tuatha De Danaans.

Tiada maksud yang tunggal untuk “D” melainkan cuma inspirasi yang diambil oleh Oda.

Mungkin juga D bermaksud keturunan “Devil” atau Syaitan.

 

Manakala “One Piece” adalah

  • Kekayaan
  • Kemahsyuran
  • Kuasa

…yang merangkumi empat harta karun lagenda yang akan diperolehi di pulau Raftel nanti.

Oda pernah cakap dalam temubual yang penamat One Piece tidak pernah berubah sejak dari awal lagi.

Oda juga pernah cakap yang dia tak akan buat penamat seperti Wizard of Oz, apabila ditemubual oleh Momoko Sakura (pencipta Chibi Maruko-chan) di mana penamat Wizard of Oz adalah Dorothy rupa-rupanya hanya sekadar bermimpi.

 

Menurut Oda, dengan pengembaraan yang seperti sekarang ini tidak adil sekiranya ia ditamatkan dengan hanya sekadar mimpi dan beliau akan memberikan ganjaran yang sepatutnya kepada peminat dan pembaca setia One Piece seperti yang dia rancangkan sejak dari awal lagi.

 

Teori ini tak bincang pun pasal Senjata Purba?

– Senjata Purba Uranus, Pluton dan Poseidon tidak diceritakan di sini sebab dah dibincangkan pada Teori Pengakhiran Manga dan Anime One Piece [KLIK SINI UNTUK BACA]

 

Jadi apa korang rasa tentang teori ini?

Masuk akal tak?

 

Sumber