Manga Editor One Piece Yang Ke 9 Diumumkan!

with No Comments 1382

Pada 5 Januari yang lepas, akaun Twitter Rasmi untuk kakitangan manga One Piece telah mengumumkan penambahan Editor terbaru untuk manga One Piece.

Encik Takuma Naito akan menjadi editor kesembilan untuk One Piece sejak siri One Piece memulakan perjalanan ceritanya dua puluh tahun yang lalu pada 19 Julai 1997.

Para Editor adalah sebahagian daripada beberapa orang yang mengetahui butiran-butiran masa depan kisah One Piece sebelum ianya dikongsikan kepada umum.

Terjemahan: Selepas lima tahun bekerja dengan One Piece, Isaka meninggalkan perkhidmatan Editorial. Naito akan menjadi Editor Manga baru dan Sugita pula akan menjadi Editor Media baru. Dalam gambar ini kita lihat Naito “mewarisi wasiat” dari Isaka.

LATAR BELAKANG TAKUMA NAITO

Image and video hosting by TinyPic
Takuma Naito

Encik Naito menyertai Shueisha pada tahun 2013 dan telah bekerja untuk siri Toriko, Isobe dan Gintama. Berikut adalah mesej selamat datang dari akaun Twitter kakitangan manga One Piece yang berkongsi kegembiraan sewaktu menyertai sebagai One editor Piece manga untuk ulang tahun ke-20:

Terjemahan: Gembira dapat bertemu dengan anda semua! Saya Naito, Editor Manga yang baru! Sebelum ini saya pernah bekerja di Gintama, Toriko dan Isobe Isobee Monogatari. Saya baru sahaja mengisi kedudukan ini dan masih belum lagi bertemu Oda-san, jadi saya sangat-sangat-sangat teruja untuk apa yang akan berlaku nanti! Mari kita menyambut ulang tahun ke-20!

Takuma Naito menggantikan Suguru Sugita, yang merupakan editor manga One Piece selama lebih dua tahun setengah. Baru bulan lepas, Encik Sugita mendedahkan garis masa perjalanan cerita – dan kemudiannya disahkan sendiri oleh pengarang Eiichiro Oda – untuk tahun 2017 dalam One Piece manga.

EDITOR MANGA SEBELUM INI AKAN MENJADI EDITOR MEDIA ONE PIECE 

Image and video hosting by TinyPic
Suguru Sugita

Suguru Sugita akan menjadi Editor Media One Piece yang baru. Anda juga boleh membaca kenyataan Encik Sugita:

Terjemahan: Itupun dia! Pengumuman pertama kami pada tahun ini adalah Editor baru! Saya bekerja sebagai Editor manga tak sampai tiga tahun dan sekarang saya akan menggantikan Isaka sebagai Editor Media dan turut bekerja dengan Naito di sebalik tabir pada ulang tahun ke-20. Harap anda semua terus bersama dengan kami!

EDITOR TAKERU ISAKA SEDIH UNTUK MENINGGALKAN ONE PIECE, TAPI…

Image and video hosting by TinyPic

Perubahan Editor di Shueisha menandakan berakhirnya kerjaya lima tahun untuk Takeru Isaka bersama Eiichiro Oda sebagai sebahagian daripada kakitangan manga One Piece. kenyataan Encik Isaka boleh didapati di bawah:

Terjemahan: Saya telah bekerja pada siri ini sebagai Manga Editor dan Media Editor selama lima tahun. Terasa amat sedih untuk meninggalkannya, tetapi One Piece pasti akan menjadi lebih menarik nanti (petik nama Oda-san), jadi saya teruja untuk menikmati hasil kerja dia sebagai seorang pembaca sekarang! Kami mempunyai banyak kerja dan banyak pengumuman yang akan dibuat sempena ulang tahun ke-20 kami, jadi teruskan bersama kami!

Manga Editor ONE PIECE (mengikut turutan)

Image and video hosting by TinyPic

  • Takanori Asada (1997- April 2001)
  • Takahiro Habuta (April 2001- February 2005)
  • Watanabe (February 2005- October 2006)
  • Naoki Kawashima (October 2006- November 2007)
  • Kouhei Onishi (November 2007- June 2008)
  • Akira Jean-Baptiste Hattori (June 2008- December 2010)
  • Takeru Isaka (December 2010- June 2014)
  • Suguru Sugita (June 2014- January 2017)
  • Takuma Naito (January 2017-)

Sumber:

Leave a Reply