Movie Reviews – One Piece: Clockwork Island Adventure

with No Comments 1175

one-piece-movie-2

  • Tajuk : One Piece – Clockwork Island Adventure (Filem One Piece Kedua)
  • Jenis : Filem
  • Status : Telah Disiarkan
  • Disiarkan Pada : 3 Mac 2001
  • Director : Junji Shimizu
  • Penulis : Hiroshi Hashimoto
  • Arahan Asal : Eiichiro Oda
  • Studio : Toei Animation
  • Sumber : Manga
  • Jenis Filem : Aksi, Pengembaraan, Komedi, Fantasi, Shounen
  • Durasi Filem : 55 Minit

Pelakon Suara Watak

  1. Mayumi Tanaka – Monkey D. Luffy
  2. Kazuya Nakai – Roronoa Zoro
  3. Akemi Okamura – Nami
  4. Kappei Yamaguchi – Usopp
  5. Hiroaki Hirata – Sanji
  6. Daisuke Gori – Ayah Akisu
  7. Sumi Shimamoto – Ibu Akisu
  8. Akiko Yajima – Akisu
  9. Kenyuu Horiuchi – Borodo
  10. Megumi Hayashibara – Honey Queen
  11. Hideyuki Tanaka – Pin Joker
  12. Isamu Tanonaka – Boo Jack
  13. Tessho Genda – Bear King-sama
  14. Takeshi Aono – Skunk One

Pengenalan

Clockwork Island Adventure merupakan filem kedua siri anime One Piece.

Kali ini, Lanun Topi Jerami terpaksa melalui pengembaraan menuju ke Clockwork Island untuk menyelamatkan Nami yang telah diculik oleh Trump Siblings.

Filem ini ditayangkan bersama Digimon: Diaboromon Strikes Back sebagai tayangan bagi Toei Spring Anime Fair untuk tahun 2001. Pada kali pertama filem ini ditayangkan, ianya disenaraikan ditempat kedua. Pada minggu seterusnya, ianya disenaraikan ditempat ketiga pula.

Tetapi, pada minggu seterusnya, filem ini berjaya meraih tempat pertama di “Japanese Box Office”.

Sinopsis

Selepas berehat di tepian pantai, Lanun Topi Jerami mendapati bahawa kapal mereka, Going Merry telah dicuri oleh pencuri.

Mereka mengejarnya dan bertemu dengan Thief Brothers. Theif Brother merupakan sekumpulan kumpulan perompak yang berlayar di lautan untuk mencari emas sebesar bukit.

akisu_42062

borodo

Mereka merancang untuk mencuri Diamond Clock daripada Clockwork Island dan menjadikan diri mereka sebagai pencuri terhebat di dunia.

Lanun Topi Jerami kemudiannya bertembung dengan Trump Siblings. Trump Siblings merupakan sekumpulan lanun yang berbahaya yang diketuai oleh Kapten mereka iaitu Bear King.

Selepas Nami diculik, Lanun Topi Jerami berlayar ke Clockwork Island dan mencabar Lanun Trump Siblings untuk bertarung di Istana Trump.

istana-trump

 

Lanun Topi Jerami meminta bantuan Thief Brother untuk ke Clockwork Island. Mereka terpaksa menaiki rakit untuk ke sana kerana kapal Thief Brother telah dimusnahkan oleh krew Trump Siblings.

clockworkisland

Mereka berjaya sampai ke sana kerana kemahiran Borodo.

Borodo merupakan salah seorang daripada ahli Thief Brothers, dia mempunyai bakat untuk memanipulasikan angin dan ombak. Lanun Topi Jerami terpaksa bertarung dengan Trump Siblings selepas semua senjata mereka yang ditinggalkan di Going Merry dicuri.

Bear King memiliki satu impian untuk membina senjata yang hebat, senjata ini mampu untuk menumpahkan darah penduduk pulau tersebut dan ianya dipanggil “King Canon”.

bearking

Trump Siblings memaksa sekumpulan penyelidik untuk menyiapkan senjata tersebut dengan menjadikan kunci untuk menghidupkan pulau itu sebagai tebusan.

Istana Trump merupakan satu tempat yang penuh dengan perangkap, Luffy dan krewnya terpaksa menempuh perangkap itu 1 per 1 untuk sampai ke Bear King dan untuk menyelamatkan Nami yang diculik.

capsul

Akisu, yang merupakan salah seorang dari ahli Thief Brothers, kehilangan ibu bapanya sejak kecil lagi.

Dia selalu membawa kotak yang akan mengingatkan dia kepada ibu bapanya. Setelah Lanun Topi Jerami dan Thief Brother sampai ke sana, mereka terjumpa dengan sepasang professor, yang merupakan pencipta Diamond Clock.

Mereka kehilangan anak mereka kerana penaklukan Trump Siblings ke Clockwork Island telah memaksa mereka untuk berpisah dengan anak mereka. Mereka terpaksa menghanyutkan kapsul yang membawa anak mereka ke laut dan berharap anak itu dapat terus hidup tanpa ancaman dari Trump Siblings.

Mereka berdua tidak sedar bahawa Akisu merupakan anak mereka sehingga mereka mengutip kotak yang dijatuhkan oleh Akisu. Kotak itu diberikan kepada Akisu sebelum kapsul yang dinaikinya dihanyutkan ke laut.

TEMA

Pengembaraan. Pengembaraan kali ini tercetus apabila, kapal yang dinaiki Lanun Topi Jerami dicuri oleh Trump Sibblings. Trump Sibblings telah menculik Nami untuk menjadikan dia sebagai pasangan bagi kapten mereka iaitu Bear King. Mereka terpaksa menaiki rakit ke Clockwork Island dengan bantuan Thief Brother.

Setibanya mereka disana, mereka dapati keadaan pulau itu sangat asing. Ini kerana, penduduk Clockwork Island terpaksa bekerja untuk Bear King untuk membina 1 meriam yang hebat yang dipanggil “King Cannon”. Sebelum sampai ke Istana Trump, Lanun Topi Jerami perlu menaiki menara yang menuju ke istana tersebut.

Tetapi, sepanjang perjalanan tersebut, mereka perlu menempuh perangkap yang telah dipasang di sepanjang jalan itu.

KONKLUSI

One Piece: Clockwork Island Adventure merupakan filem kedua animasi jepun One Piece. Kualiti gambarnya merupakan standard kualiti anime pada waktu itu (2001). Filem ini disiarkan pada babak diantara Drum Island dan Alabasta.

Filem yang berlangsung selama 55 minit ini telah meraih undian 7/10 undian.

Undian ini adalah berdasarkan kajian saya terhadap filem ini, dengan melihat maklum balas daripada penonton yang lain.

Secara keseluruhannya, filem ini amat seronok untuk ditonton kerana filem ini terdapat babak-babak yang mendebarkan dan juga babak yang lawak!

 

Apa pendapat anda mengenai filem ini ?

Leave a Reply