Movie Reviews – One Piece: The Movie (2000)

with No Comments 675

one-piece-the-movie

  • Tajuk: One Piece : The Movie
  • Status: Telah Disiarkan
  • Disiarkan Pada: Mac 4, 2000
  • Artis: Atsuji Shimizu
  • Penulis: Michiru Shimada
  • Idea Asal: Eiichiro Oda
  • Jangka Masa: 50 Minit
  • Chapter: Chapter 79

Pelakon Suara dan Watak yang dimainkan

Pelakon Suara Watak

  • Mayumi Tanaka – Monkey D. Luffy
  • Kazuya Nakai – Roronoa Zoro
  • Akemi Okamura – Nami
  • Kappei Yamaguchi – Usopp
  • Yuka Imai – Tobio
  • Takeshi Aono – Ganzo
  • Taiki Matsuno – Ganzo (Muda)
  • Nachi Nozawa – Woonan
  • Takeshi Kusao – Woonan (Muda)
  • Kenji Utsumi – El Drago
  • Shinsuke Kasai – Danny
  • Toshihiro Ito – Denny
  • Tsurumaru Sakai – Donny

Pengenalan

One Piece: The Movie merupakan filem pertama dalam siri anime popular One Piece.

Filem ini merupakan jalan cerita yang terpisah (non canon) daripada jalan cerita sebenar daripada manga (canon) dan anime. Perjalanan cerita di dalam filem ini berlaku selepas Syrup Village Arc (Kampung Usopp) dan sebelum Baratie Arc (di mana Topi Jerami bakal bertemu dengan Zeff dan Sanji).

Di East Blue, ada seorang lelaki yang digelar sebagai “Great Gold Pirate” dan namanya adalah Woonan.

woonan-bounty

Dia digelar “Great Gold Pirate kerana dia suka menyamun dan menyimpan emas mereka, tetapi dia hanya mencuri emas daripada lanun dan orang-orang jahat.

Legenda menyatakan bahawa emas yang dicurinya adalah sebesar gunung dan akan bersinar seperti hari siang walaupun pada waktu malam. Walaubagaimanapun, kewujudan Woonan dikatakan semakin pudar sejak kebelakangan ini.

“The Great Gold Pirate” menyimpan kesemua hartanya di sesebuah pulau dan dia dikatakan mati di sana bersama hartanya. Kisah itu masih lagi hidup sehingga sekarang.

Banyak lanun mencuba nasib mereka untuk menjejaki pulau itu tetapi pulau itu diluar capaian mereka. Khabar angin mengatakan bahawa terdapat peta yang dilukis oleh salah seorang daripada ahli krew Woonan. Sesiapa yang memperoleh peta harta karun itu boleh menjejaki pulau lagenda itu!

Sinopsis

Woonan diberi gelaran “Great Gold Pirate” selepas berjaya memiliki 1/3 emas di dunia.

woonan

Walaupun selepas dirinya hilang, kisah tentang emasnya yang dihimpun dan disimpan di sebuah pulau terpencil terus tersebar sehingga kini.

Emasnya menjadi buruan lanun-lanun yang lain.

Salah satu lanun yang hampir dengan emasnya adalah El Drago.

el-drago

Dia bersama krewnya memburu bekas krew lanun Woonan seorang demi seorang untuk meraih emas itu.

Pada perjalanan mereka memburu bekas krew Woonan, mereka terjumpa peta yang akan membawa mereka ke pulau yang tersembunyi. Mereka bukan sahaja bertembung dengan peta itu, malah mereka bertembung dengan kumpulan Lanun Topi Jerami.

Selepas pertarungan yang singkat, Luffy dan krewnya dirompak dan terpisah antara satu sama lain. Sekarang mereka harus mencari jalan menujuk ke pulau itu sebelum El Drago menemuinya dahulu dan mengambil harta karun lagenda itu untuk diri mereka sendiri.

Pengembaraan yang membuatkan semua lanun belayar untuk menjejaki harta tersebut berpunca daripada seorang lelaki yang ingin memiliki harta yang banyak kerana dia kurang berpuas hati dengan hasil titih peluh ayahnya yang hanya mendapat seketul emas yang kecil sepanjang ayahnya bekerja sebagai seorang pembuat Oden.

Dia tekat untuk mengumpul harta yang banyak dengan menjadi seorang lanun . Woonan memilih untuk menjadi seorang lanun yang hanya mencuri daripada orang-orang jahat. Sepanjang hidupnya sebagai seorang lanun, dia hanya meraih emas daripada emas yang diambil dari orang-orang jahat.

Dia mempunyai seorang rakan sekampung yang bernama Ganzo. Mereka berdua sering bertengkar antara satu sama lain kerana mereka mempunyai impian yang berbeza.

Woonan inginkan kemewahan, harta dan pengembaraan namun bagi rakannya Ganzo, dia hanya impikan untuk menjadi seorang pembuat Oden yang hebat seperti ayah Woonan.

ganzo-let-go

Woonan bertekad untuk menjadi seorang lanun yang diimpikannya selepas satu kemalangan yang terjadi ketika mereka berdua bergaduh.

Dia bertekad untuk menjadi seorang lanun selepas kawan baiknya iaitu Ganzo mengorbankan dirinya agar Woonan terus hidup dan mengejar cita-citanya.Kejadian ini berlaku apabila Woonan memperlekehkan impian Ganzo yang hanya ingin menjadi seorang pembuat Oden. Woonan mengajak Ganzo supaya menjadi orang kanan bagi krew lanun yang ingin ditubuhkannya tetapi ditolak oleh Ganzo.

Ganzo hanya mahu menjadi seorang pembuat Oden yang hanya ingin memberikan Oden yang terbaik untuk pelanggannya. Kedua-dua sahabat ini memperlekehkan impian masing-masing dan ini mencetuskan pergaduhan di antara mereka berdua yang mengakibatkan Woonan terjatuh daripada tebing.

Ganzo cuba untuk mencapai Woonan yang terjatuh tetapi tindakan itu mengakibatkan dirinya hilang imbangan dan jatuh bersama Woonan.

Tema

Tema yang dapat dilihat pada keseluruhan cerita ini adalah pengembaraan.

Pengembaraan ini hanya mempunyai 1 tujuan utama, iaitu untuk menjejaki harta yang ditinggalkan oleh lanun legenda Woonan. Pengembaraan cerita ini bermula apabila Straw Hat Pirates dirompak oleh krew El Drago yang merupakan watak penjahat bagi cerita ini.

Nami cuba untuk mendapatkan semula harta yang dicuri mereka dan terdengar perbualan diantara ahli El Drago tentang peta yang dilukis oleh bekas krew Woonan.

Nami mengikuti mereka sehingga mereka sampai ke satu pulau yang terpencil dan di situlah bermulanya pengembaraan mereka untuk mencari harta tinggalan “The Great Gold Pirate”.

Konklusi

One Piece: The Movie ini merupakan filem pertama keluaran siri anime One Piece, jadi kualiti gambarnya merupakan standard kualiti anime pada waktu tersebut (tahun 2000)

Filem yang berlangsung selama 50 minit ini merupakan satu tempoh yang singkat bagi sesebuah filem tetapi ianya seronok ditonton kerana cerita ini mempunyai banyak babak-babak yang mendebarkan dan menarik untuk ditonton.

Setelah saya mengkaji jalan cerita filem ini, filem ini berhak menerima 7/10 bintang.

Cara penilaian adalah berdasarkan daripada penilaian sendiri dan juga penilaian dari peminat yang lain.

 

Korang dah pernah tengok filem ini? Apa komen korang tentang filem ini?

Leave a Reply