Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan!

with No Comments 2213

Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 85.

Volume ini dijadualkan untuk keluar pada 2 Mei 2017 di Jepun.

One Piece Volume 85 bertajuk “Penipu”

Muka hadapan mempersembahkan anak-anak kapal Topi Jerami dan sekutu mereka untuk Arka Pulau Kek.

Mengikut arah jam menampilkan

  • Kesatria Laut Jimbei
  • Pedro yang sedang memegang pedang
  • Carrot yang menggunakan senjata cakar
  • Reiju daripada Germa 66
  • Chopper berkomunikasi melalui cermin
  • Nami menggunakan Climatact dan
  • Brook menggunakan kuasa jiwanya sambil memetik gitar elektrik.

Ringkasan Volume 85 adalah seperti berikut:

“Penawanan Luffy dan Nami memberikan bayang gelap pada misi untuk mendapatkan semula Sanji dankebenaran yang mengejutkan di sebalik perkahwinan itu politik akan terdedah! Sementara itu, Sanji masih lagi berbolak balik dengan pilihan yang beliau lakukan.”

Menurut Amazon Japan, Volume 85 mengandungi 200 muka surat dan memiliki 10 Chapter dari Chapter 849 sehingga Chapter 858.

ONE PIECE Volume 85 “Penipu”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Selasa, 2 Mei 2017 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

 

Sumber – One Piece.com