Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan!

with No Comments 2120

Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 86.

Volume ini dijadualkan untuk keluar pada 4 Ogos 2017 di Jepun.

One Piece Volume 86 bertajuk “Rancangan Pembunuhan Empat Maharaja”

Muka hadapan mempersembahkan Sanji dan Pudding yang memandang sesama sendiri di Majlis Perkahwinan.

Luffy, Capone Bege, Caesar Clown and teman-teman mereka berganding bahu untuk tujuan membunuh Big Mom.

Penampilan dari kiri ke kanan

  • Vito
  • Gotti
  • Charlotte Chiffon
  • Caesar Clown
  • Monkey D Luffy
  • Capone “Gang” Bege
  • Capone Pez
  • Charlotte Chiffon
  • Charlotte Pudding
  • Vinsmoke Sanji

Budak Getah Volume 86

Ringkasan Volume 86 adalah seperti berikut:

“Strategi dan rancangan penuh pembunuhan Big Mom bakal didedahkan! Untuk memastikan tubuh badan Big Mom yang kuat itu dicederakan, kita perlu fokus pada titik kelemahan dia… Boleh ke strategi Luffy berjaya sewaktu perancangan ini berlangsung nanti? 

Menurut Amazon Japan, Volume 86 mengandungi 200+ muka surat dan memiliki 10 Chapter dari Chapter 859 sehingga Chapter 868.

ONE PIECE Volume 86 “Rancangan Pembunuhan Empat Maharaja”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Jumaat, 4 Ogos 2017 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Ruangan SBS

Image and video hosting by TinyPic

D – Dokusha (Pembaca)
O – Oda
P. N. – Pen Name (Nama Pena)

D: Hello, Oda sensei! Saya ada permintaan untuk Carrot, si pelukis berbakat. Saya berharap dia dapat melukis gambar Lola dan Chiffon. Terima kasih. P.N Kimochi-chan

O: Baik, mari kita minta dia lukiskan.

Carrot: Ok! Boleh je!

O: Oh..oh..

D: Saya berumur 16 tahun dan peminat Charlotte Katakuri. Saya tahu ianya terlalu cepat, tapi saya ada satu soalan. Di Totland, terdapat manusia berleher panjang. Adakah mereka dari kaum Snakeneck? Kalau saya betul, tolong jadikan leher saya panjang juga menggunakan “Press” dari Germa 66. P.N. Mino Gorilla

O: Ya, mereka dari kaum Snakeneck seperti yang terdapat di dalam senarai harga jualan hamba di Shabondy. Mereka tidak pernah membuat sebarang kemunculan dalam cerita sehinggalah sekarang. Kaum Snakeneck ini berada di dalam bandar dan ada juga sebahagiannya dari anak-anak Big Mom. Mereka ini adalah pasangan kembar anak lelaki ke 34, Mascarpone dan juga anak perempuan ke 29, Joscarpone.

D: Adakah tatu pada kaki merupakan fesyen kepada kaum Longleg? P.N. Match to Takeshi

O: Betul tu. Kaum Longleg sangat berkeyakinan dengan kaki mereka yang cantik dan panjang. Blue Gilly yang muncul di Dressrosa juga seperti ini, ianya sudah menjadi fesyen mereka untuk mendedahkan kaki dan menayangkan tatu mereka. Walaubagaimanapun, Baron Tamago bukan seperti mereka.

Image and video hosting by TinyPic

D: Tolong jadikan Urouge comel. P.N. Aji Shio

O: Ianya mustahil

D: Odacchi!! Saya dah buat keputusan untuk menghias TV saya bersama dengan figure Nami ini. P.N. Captain Nobuo

O: Ya. Saya faham. Soalan seterusnya.

D: Odacchi sensei!! Tolong nyatakan perasaan anda sekarang menggunakan frasa dari One Piece dalam 3…2..1…!!

O: Tak mungkin. Semunya melekit. (frasa)

D: Tolong beritahu saya siapa nama kucing hitam besar yang berada dalam Kumpulan Lanun Hawkins. Saya sangat menyukainya kerana kecomelannya. Adakah dia mink? P.N Karakter Law sangat cool

O: Uhm… Hitam..? Kucing hitam? Adakah dia berwarna hitam? Ianya..cuma kucing biasa? Ini kucing yang awak maksudkan itu. Dia ialah mink. Salah seorang dari Kumpulan Lanun Hawkins. Nama dia Faust, dan dia seperti ahli sihir..tapi sihir apakah yang dia guna? Dia meowkin (mungkin) guna sihir meowgik.

D: Hello, Oda sensei. Whitebeard selalu memakai bandana di kepalanya, adakah sebab dia botak? Saya nak awak lukis gaya rambut dia. P.N Sanadacchi.

O: Menurut khabar angin, ia seperti ini.

Image and video hosting by TinyPic

D: Di muka surat 28 Chapter 850 dalam Volume 85, terdapat bento yang dihasilkan oleh Sanji. Bila dibandingkan dengan SBS di muka surat 188 dalam Volume 45, ianya menyamai dengan senarai makanan kegemaran krew, tapi saya tak dapat cam makanan di bahagian kiri sandwich. Adakah itu makanan kegemaran Brook, yang mana ketika itu masih belum ditulis di dalam SBS volume 45 tersebut? Tolong beritahu saya. P.N OP girl

O: Ok. Pemerhatian yang sangat baik. Semasa sedang menyediakan bento untuk Pudding, Sanji sedang memikirkan kru dia di dalam hatinya! Ianya seperti itu. Penuh dengan makanan kegemaran kru dia. Dia tidak memikirkan untuk membuat hidangan untuk seorang wanita sahaja.. Baiklah, ini menu tersebut.

  • Daging – Luffy
  • Nasi putih – Zoro
  • Ikan – Usopp
  • Pasta – Sanji
  • Hamburger – Franky
  • Sandwich – Robin
  • Oren – Nami
  • Coklat – Chopper

Dan mestilah ada satu hidangan yang awak tak dapat nak agak, dan jawapannya adalah kari. Kari adalah makanan kegemaran Brook.

D: Oda sensei, hello. Bento yang Luffy makan di tempat yang dijanjikan itu bersama Sanji.. nampak sangat tidak bagus tak kira macam mana pun awak tengok, tapi Luffy tetap cakap “Sedap~”. Adakah ini kerana perasaan menjadi pakar bahan perasa kelas atasan? Saya pernah mengadu tentang masakan isteri saya, dan sejak dari itu makanan tidak lagi disediakan. P.N Saya tiada apa-apa untuk dimakan selain dari masakan isteri saya.

O: Ayat tersebut telah menukar hidup anda. Tolong bertanggungjawab di atas tindakan awak. (Ketawa)

Image and video hosting by TinyPic

D: Odacchi, selamat bertemu! Saya dah lama fikir tentang perkara ini sejak membaca dari volume 1 tapi kenapa watak-watak One Piece yang mahu mengucapkan terima kasih, tidak kira apa nada watak, mereka menyebut ‘arigatou’?, mereka tidak menyebut ‘thank you’ (dalam bahasa Inggeris) atau ‘my thankss’ (doumo). Adakah terdapat sebarang kata putus tentang ini?

O: Oh ianya sangat menakjubkan awak telah sampai sejauh ini, ini ialah tahun ke 20 kita (ketawa). Ya ini adalah kata putus. Karakter yang mudah kekok terutamanya Zoro akan mengubah cara percakapan mereka.

Dari pandangan saya, lelaki yang mahu kelihatan cool dan bercakap dalam keadaan samar-samar, jika mereka fikir ianya tidak cool, mereka akan menggunakan ‘arigatou’ untuk mengelakkan percakapan yang pelik.

Penulis skrip anime juga kadang-kadang akan membuat karakter menyebut ‘thank you’ dan saya akan berfikir ‘ah..’ ianya bukan perkara yang penonton akan perasan. Jadi, saya rasa itu je la kata putus peribadi saya. Terima kasih kerana perasan tentangnya.

D: Odacchi hello! Adakah Den Den Mushi ada mod senyap? Secara jujurnya mesti ada waktu dimana kita berfikir ‘jangan berdering’? Adakah lantang nada dering tersebut boleh dilaraskan?

O: Den Den Mushi adalah benda hidup, jadi ianya bergantung kepada cara awak melatih mereka. Untuk menggunakan mod senyap, hanya perlu membuat bunyi ‘shh’ dan menganggukkan kepala anda. Kelantangan bergantung kepada latihan dan makanan yang diberi kepada mereka.

D: Saya mahu beritahu ayah ‘Semua orang ada kuasa untuk menukar siaran!!’

O: Kepada awak, yang masih tinggal di rumah dan tidak hidup bebas lagi, memandangkan awak bergantung kepada ayah awak, ianya sama sahaja..

Image and video hosting by TinyPic

D: Hello, Oda sensei! Saya ada satu soalan, adakah Zepo yang muncul dalam Chapter 850 tu adalah abang kepada Bepo yang terpisah seperti dalam kisah dari SBS Volume 84? Ataupun mereka hanyalah beruang yang menyerupai antara satu sama lain? P.N Mihashiharu

O: Mereka memang menyerupai antara satu sama lain! Betul tu. Pedro mengetuai kumpulan Ekspedisi Nox yang telah diburu oleh pihak kerajaan kerana mencari Poneglyph, sehinggalah mereka menjadi kumpulan Lanun Nox. Itu adalah kisah 15 tahun yang lepas. Bepo sangat menyayangi abangnya Zepo, dan bila dia menuruni Zou untuk melihat pemandangan laut, dia telah dihanyutkan. Selepas beberapa perkara yang berlaku, Bepo telah tiba di North Blue. Dia kemudiannya bertemu dengan Law. Manakala kumpulan Lanun Nox pula kebanyakannya mengalami kecederaan dan menghadapi masalah moral. Jadi Pekoms mengetuai mereka yang tidak mampu untuk meneruskan perjalanan mereka, dan tinggal hanya Pedro dan Zepo sahaja. Kemudian Pekoms dan yang lain-lain tiba di kawasan Big Mom. Di sana, mereka semua telah diselamatkan dan terus berada dibawah jagaan Big Mom. Pedro dan Zepo yang masih ingin meneruskan pencarian Poneglyph, telah menetapkan sasaran mereka pada Poneglyph milik Big Mom 5 tahun kemudian. Dan secara kebetulannya, Pedro dan Pekoms bersemuka sekali lagi.

D: Saya mahu melihat rupa sebenar Charlotte Linlin di usia 28 tahun dan 48 tahun. Terima kasih!! P.N Matsuo

Oda: Baiklah.

 

Sumber

Terjemahan

  • Team Budak Getah

Baca juga

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan!