Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS

with No Comments 3038

Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 87.

Volume ini dijadualkan untuk keluar pada 2 November 2017 di Jepun.

One Piece Volume 87 bertajuk “Tak Manis”

Muka hadapan mempersembahkan Big Mom bersama Zeus dan Prometheus yang hendak menggunakan pencak pahlawan Elbaf, “Ikkoku” (Nation’s Might)

Bersama-sama di muka hadapan Volume 87 adalah anak-beranak keluarga Charlotte yang berang disebabkan rancangan pembunuhan oleh Pakatan Topi Jerami dan Capone Gang Bege.

Penampilan dari kiri ke kanan

  • Charlotte Perospero
  • Charlotte Daifuku
  • Pekoms
  • Count Niwatori (Baron Tamago transformasi fasa akhir)
  • Charlotte Compote
  • Charlotte Mont d’Or
  • Charlotte Smoothie
  • Streussen
  • Charlotte Brulee
  • Charlotte Oven
  • Charlotte Katakuri

Budak Getah Volume 87

 

INFO

 

Ringkasan Volume 87 adalah seperti berikut:

“Strategi gagal! Luffy, Bege dan Caesar dihalang dari operasi pembunuhan Big Mom dan pakatan mereka dipaksa hingga ke jalan buntu! Aku tak dapat bertahan dengan serangan ganas dari Big Mom dan berikhtihar untuk teknik melarikan diri!” 

ONE PIECE Volume 87 “Tak Manis”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Khamis, 2 November 2017 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Senarai Chapter

Volume 87 akan bermula dari Chapter 870 sehingga Chapter 879.​

RUANGAN SBS

 

D – Dokusha (Pembaca)
O – Oda
P. N. – Pen Name (Nama Pena)

 

– Di bahagian Smoothie – Ada orang yang memberikan komen kurang sopan.

– Pedang Shanks bernama Griffin / Griffon / Gryphon. Tak diketahui ejaan yang tepat yang Oda mahukan

– Seperti yang dijangka, warna rambut adik-beradik Vinsmoke berbeza-beza untuk menunjukkan manipulasi terhadap DNA mereka. Warna rambut Sanji mengikut warna rambut ibu bapanya untuk melambangkan yang modifikasi terhadap Sanji tak berjaya.

– Di bahagian Pudding – Ada lelaki yang cakap dia tetap sukakan Pudding walaupun dia tahu perangai sebenar Pudding.

D: Oda-sensei .. Halo, Odacchi! Semasa membaca Volume 86, saya menjadi peminat setia Katakuri. Dalam Chapter 873, kenapa Daifuku panggil Katakuri tanpa kata hormat (honorifics)? Adakah mereka kembar yang tak serupa? Kenapa Katakuri adalah satu-satunya yang bukan seorang menteri? Sila jelaskan pada kami usia dan ketinggian dia!!

O: Ok. Ini memang beberapa soalan yang cepat mengenai Katakuri!! Yang lebih tepat sebenarnya dia bukan kembar berdua dengan Daifuku.Yang sebenarnya mereka adalah kembar bertiga (triplets)! Mereka semua berusia 48 tahun.

  • Katakuri: Menteri Tepung di Pulau Gandum (Bandar Tepung Lembut).
  • Daifuku: Menteri Kacang di Pulau Munch (Pekan Kekacang).
  • Oven: Menteri Makanan Perang di Pulau Pencuci Mulut (Pekan Montel).

Ketinggian

  • Katakuri: 509 cm
  • Daifuku: 489 cm
  • Oven: 492 cm

O: Berkenaan 34 Pulau dan Menteri di Tanah Totto, semua Menteri-menteri adalah anak Big Mom. Walaupun aku dah putuskan untuk buat macam itu, aku tak pasti untuk tunjukkan semua informasi ataupun tidak. Ada terlalu banyak perkara dan latar belakang tentang tempat ini.

(Oda sahkan yang semua Menteri adalah anak-anak Big Mom, jadi ini bermakna Amande juga adalah salah seorang anak Big Mom, nama keluarga Charlotte)

O: Baron Tamago –> Kalah, kemudian anak ayam muncul –> Viscount Hiyoko –> Kalah, kemudian ayam muncul –> Count Niwatori –> Kalah, kemudian telur muncul –> Baron Tamago lagi –> Berterusan…

Yang mana satu dulu, telur atau ayam? Tak ada siapa tahu jawapannya.

  • Aokiji: Kuku Ais!!
  • Akainu: Secara tak langsung, ia adalah anti-penuaan.
  • Fujitora: Saya tak akan lupakan awak ♡
  • Kizaru: Bolehkah kita kongsi gossip dengan secepat kilat?

Seorang peminat bertanya kenapa Shanks ketawa bersama Ace dan Sabo ketika di undian populariti colorspread, ini dialog mereka.

Ace: Tuan Rambut Merah! Terima kasih banyak ke- Terima kasih banyak kerana tolong tengokkan adik kami berulang kali.

Sabo: Nama saya Sabo, seronok berjumpa dengan awak. Saya pun abang Luffy dan saya sangat berterima kasih kepada awak! Terima kasih banyak – banyak! Mulai dari sini, mari kita…

Shanks: Ahaha! Korang berdua tolong berhenti! Aku dah faham, mari ke sini dan sama-sama minum!

Ace mengucapkan terima kasih kepada Shanks menggunakan ucapan yang Makino ajarkan dulu.

 

Nami curi baju ketika keluar dari penjara buku Montdor waktu Jimbe bakar buku-buku tersebut.

Baju Nami dah terbakar sikit waktu keluar dari penjara. Lepas itu dia perasan ada orang terbakar di tepi.

Nami kemudian ambil baju orang itu.

Di Chapter 862, Oda melambangkan simbolisma yang hebat menggunakan satu set kad dari Hanafuda.

Dalam permainan 四 光 dibaca sebagai Shikou, tetapi kalau anda boleh membaca Kanji ia adalah disebut sebagai Yonkou. Ia melambangkan masa depan Shank sebagai Yonko – (4) Maharaja.

Di muka hadapan Shanks dan Buggy, Shanks memegang satu set kad. Kad-kad tersebut membentuk ‘Empat Lampu (Shi-Kou)’ tangan, yang merupakan permainan kata untuk gelaran masa depannya (Empat Maharaja).

 

Bahagian Carrot: Berkaitan tarikh hari lahirnya pada 24 May. Ia berkaitan tentang arnab dan nasi.

Masa Kid dengan Killer masih kecil, mereka berdua ada suka pada seorang budak perempuan. Ada satu masa itu mereka berdua nampak perempuan itu makan kari Udon sampai kulitnya bertukar warna perang. Mereka berdua pun gelakkan budak perempuan itu.

Budak perempuan itu terus belasah Kid dan Killer. Sejak dari peristiwa itu terus 2 orang ini tak suka makan kari Udon.

Tiada SBS untuk

  • Chapter 871
  • Chapter 873 dan
  • Chapter 877

…sebab semua Chapter 872, 874 dan 878 masing-masing memiliki Colorspread.

 

Akan dikemaskini lagi nanti

 

Sumber

Terjemahan

  • Team Budak Getah

 

Muka Hadapan Volume sebelum ini

–> Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan!

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan!