Muka Hadapan One Piece Volume 88 Didedahkan! + SBS

with No Comments 1505

Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 88.

Volume ini dijadualkan untuk keluar pada 2 March 2018 di Jepun.

One Piece Volume 88 bertajuk “Singa (Shishi)”

Muka hadapan mempersembahkan Luffy dan rakan-rakannya yang merancang untuk melarikan diri dari Kumpulan Lanun Big Mom. Big Mom terus menyerang mereka dan Luffy tinggal seorang diri di Dunia cermin dan mulakan bertarung dengan raksasa Katakuri yang berganjaran buruan lebih tadi 1 bilion.

Bersama-sama di muka hadapan Volume 88 adalah kumpulan Topi Jerami bersama mereka yang ingin melarikan dari Kumpulan Lanun Big Mom

Penampilan dari kiri ke kanan (mula dari atas)

  • Transformasi Su Long Carrot
  • Nami
  • Chopper
  • Charlotte Pudding
  • Brook
  • Capone ‘Gang’ Bege
  • Jinbe
  • Charlotte Chiffon
  • Vinsmoke Sanji
  • Carrot
  • Luffy

Budak Getah Volume 88

 

INFO

 

Ringkasan Volume 88 adalah seperti berikut:

“3 kali Luffy menyerang Katakuri, tapi semuanya tak kena dan keadaan semakin tertekan!! Walaupun masih tak berjaya menundukkan pihak lawan, aku tak akan mengalah dan ingin menentang dia dengan kuasa penuh…!!

ONE PIECE Volume 88 “Singa”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Jumaat, 2 March 2018 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Senarai Chapter

Volume 88 akan bermula dari Chapter 880 sehingga Chapter 889.​

RUANGAN SBS

 

D – Dokusha (Pembaca)
O – Oda
P. N. – Pen Name (Nama Pena)

 

Lukisan Di Atas
-> Katakuri: Eiichiro Oda, kau sekarang akan cakap: “SBS Bermula!!”

O: Eeeeeh!? Macam mana kau tahu? Jahanam, kau baca masa depan aku. Aku memang nak cakap macam itu…!! Gulp.

D: Garchuu, Oda~san. Sapaan Garchu yang dilakukan puak Mink berasal dari Bahasa Nepal “Timirai Maya Garchu (Saya sayang awak)”, kan?

– P.N. Saya nak Wanda Garchu saya

O: Ya, betul tu. Lebih kurang macam itulah kalau cerita pasal kaum Mink.

D: Saya nak Garchu dengan Nami – P.N. Kapten Nobuo

O: Baiklah. Seterusnya.

D: Adakah buah dada Carrot dan Wanda berbulu? Atau adakah mereka sangat lembut?

– P.N. Gankuri

O: Macam itu ya, memandangkan seluruh badan mereka berbulu, bahagian itu juga patut ber… NANTI SEKEJAP! HENTIKANNYA! Apa yang awak cuba buat dengan tanya soalan yang miang seperti ini…!! Ah…! Maaf kerana akan buat awak susah hati, tetapi awak masih belum jadi dewasa lagi.

D: Odacchi, selamatkan saya~! Baru-baru ini saya menghidap penyakit “Kalau saya tak makan seperti Luffy, saya akan mati”

– S Hiroto

O: Itu, itu dia-! Saya ingin menjawab soalan dari budak yang lucu ini, kan, Hiroto~kun? Jangan makan terlalu banyak, awak akan hadapi risiko mendapat hypoglecemia dan dengan terlebih makan berulang kali mungkin awak akan kehilangan kekuatan dan juga insomnia merupakan antara tanda-tanda yang mungkin mendorong kepada penyakit yang lebih serius. Adakah awak sangat tertekan dengan kerja? Tentang macam mana awak perlu makan, SAYA MINTA MAAF, AWAK MASIH BELUM DEWASA LAGI! (menangis)

D: Perahan air Smoothie mengandungi pelbagai perisa, tapi ada satu yang saya tahu! Kirin! [ianya adalah nama minuman keras Jepun, sama seperti Budweiser di Amerika, juga bermaksud sama untuk Zirafah] Ini minuman dewasa, kan?Awak sukakannya, Odachi?

– P.N. Ryota Ehara

O: Betul! Usaha yang bagus sebab tahu tentangnya. Dalam panel ini, Stussy mengatakan yang rasanya sedap dan lembut. Ianya sungguh misteri ~ bagaimana dia boleh perah zirafah tersebut dan minuman keras itu terhasil! Saya teringin untuk minumnya pada hari yang panas terik.

D: Siapakah gadis Panda dengan mulut terkoyak, adakah dia orang bawahan Big Mom?

– P.N. OP Girl

O: Ya, dia adalah anak perempuan Big Mom ke-19, Charlotte Poire. Dia mempunyai ayah yang sama dengan Charlotte Galeette (Menteri Mentega), sebab mereka berdua adalah kembar.

D: Hello Odachi!! Sila beritahu kami maklumat ketinggian dan umur dua Jeneral, Smoothie dan juga Cracker!

– P.N. Mochi Mochi Donuts

D: Hello Odacchi!! Ufufufufu… Saya sangat tertarik dengan Perospero~ Lagi saya pandang dia, semakin saya tertarik pada dia. Sila beritahu kami ketinggian dia dan makanan kegemarannya dan apa yang dia tidak suka

– P.N. Charlotte Family Lover

O: Ya, di bawah ini adalah jawapan kepada dua soalan di atas!

  • Charlotte Perospero: 50 tahun, 333cm, Suka: Manisan, Tak suka: Manisan Peppermint
  • Charlotte Cracker: 45 tahun, 307cm, Suka: Biskut, Tak Suka: Minuman berkarbonat
  • Charlotte Smoothie: 35 tahun, 464cm, Suka: Smoothie, Tak Suka: Daging

D: Oda~sensei!! Dia tepati janjinya. Mahu datang ke majlis perkahwinan kami?

– P.N. Shogo Michibata

O: Tengok itu, semua orang mari tengok sini. Dari SBS ke 58:

D: Oda~sensei! Ada seseorang ini berjanji untuk berkahwin dengan saya sekiranya surat ini diterbitkan di ruangan SBS, jadi, tolonglah siarkannya. ♥ Odachi, tolong buat saya jadi bahagia 

– P.N. Michibatake Shou~

O: Sudah tentu. Saya sudah siarkannya. Kepada si dia, mohon tepati janji awak!

Mereka akan berkahwin! Terima kasih kepada ruangan SBS? (Ketawa) Saya rasa ruangan ini boleh membantu orang. Saya tidak dapat hadiri perkahwinan awak, tapi tahniah! Semoga hidup awak berdua dirahmati dengan kegembiraan~ Saya siarkan juga surat kedua awak (ketawa)

D: Katakuri betul-betul seorang ‘ikeman’ (kacak, lelaki sempurna), model rujukan dia pastinya saya, kan?

– P.N. Sana Pii (Sanadacchi)

O: Ya, mungkin ianya benar.

D: Lola dan Chiffon nampak seperti wanita yang dah berusia. Model rujukan mereka pastinya isteri saya, kan?

– Wanita Di Dalam Diri (Sanadacchi)

O: Alangkah bagusnya kalau awak kena belasah dengan seorang isteri. Sanadacchi

D: Pez sangat comel, kan? Tapi anak kami lebih comel.

– P.N. Sanadacchi

O: Nampaknya awak sangat gembira, bagus untuk awak!!

D: Hello, Oda~sensei! Apa pandangan awak tentang tarikh lahir Katakuri~san, Daifuku~san dan Oven~san yang jatuh pada 25th November (permainan sebutan nombor seperti “ii oniisan mitsugo” yang bermaksud tiga adik beradik lelaki yang rapat)?

– P.N. Sakuragi

O: Awak tanya apa yang saya fikirkan? Saya tak fikir apa-apa! Semuanya baik sahaja!

D: Sekiranya Generasi Terburuk ada pekerjaan dalam dunia sebenar, apakah pekerjaan mereka?

– P.N. Neat

D: Hello Odachi!! Dalam Volume 56, awak beritahu kami semua negara asal ahli Kumpulan Topi Jerami, tapi saya nak awak beritahu negara asal bagi Supernova juga!!! Sekiranya Odachi baik hati, awak akan beritahu kami, kan? (Mengharap)

– P.N. Torakin [Tiger Money/Gold]

O: Baiklah, saya akan jawab 2 soalan berkaitan dengan Generasi Terburuk sekaligus. Awak sudah tahu tentang Luffy dan Zoro, jadi saya akan letak jawapan kepada Killer bersama gambar Kidd

  • Marshall D Teach, Somalia, Arkeologi
  • Eustass “Kapten” Kidd, Scotland, Saudagar Senjata
  • Killer, Pengusaha kedai Pasta
  • Trafalgar D Law, German, Doktor
  • Capone “Gang” Bege, Itali, Pengusaha kedai kasut
  • Scratchman Apoo, China, DJ
  • Basil Hawkins, Egypt, Pereka Dalaman
  • X Drake, Turki, Penjaga Zoo
  • Jewelry Bonney, Australia, Pengusaha kedai Pizza
  • Urouge, India, Pengurus kelab malam

Ini adalah imaginasi saya tentang pekerjaan mereka.

D: Hello Odachi! Ada sesuatu yang menarik perhatian saya. Katakuri tak sepatutnya makan di hadapan orang lain, tapi di Volume 88, di panel ke-3, halaman ke-3 di dalam Chapter 861, dia makan sesuatu, saya perasan ada kesan gigitan di situ

– P.N. Minamimaru

O: Usaha yang bagus untuk nampak panel itu (ketawa). Ya, bukannya Katakuri tak makan di hadapan orang lain, cuma dia tak membenarkan orang lain melihatnya sahaja. Mari, saya cuba tunjuk pada awak, adakah awak dapat melihatnya? Tak nampak, bukan? Dia tak dilahirkan dengan mulut yang terkoyak, sebenarnya, cara makan dia itu yang menyebabkannya jadi begitu, tapi… saya mungkin akan menunjukkan cerita itu dalam manga, saya masih lagi memikirkannya.

D: Apakah cas harga yang dikenakan untuk bermalam di Rook Bege (Istana Bege) untuk semalam?

– P.N. Match and Takeshi

O: Memandangnya ianya di dalam badan Bege, kalau awak diberi kebenaran, awak boleh bermalam. Setakat bayar tidak menjamin yang awak boleh bermalam.

D: Kebelakangan ini banyak karakter yang tinggi, seperti Katakuri dan Doflamingo, keluar satu persatu dalam manga, tapi berapakah ketinggian minimum bagi seorang Gergasi?

– P.N. BEN!

O: Pertama, ketinggian Big Mom yang seperti Gergasi dengan ketinggian 5m 60cm, nampaknya lebih tinggi dari Janggut Putih. Selain dari itu, Gergasi terpendek dalam rekod adalah 12m, menjadikan mereka 2 kali ganda ketinggian Big Mom. Panjang sebuah trak atau bas juga lebih kurang 12m. Tolong bayangkan perasaan ini seperti awak jumpa seorang gergasi yang sedang baring.

D: Hello, Odachi. Dalam Chapter 883, awak dedahkan rupa sebenar Katakuri yang mengejutkan, jadi adakah ini polisi Odacchi untuk tidak melukis karakter yang sempurna? Secara tidak sengaja, ini menyebabkan saya rasa lebih dekat dengan Katakuri. Kalau dia dapat membawa imej yang sempurna itu, ianya akan menyebabkan tekanan padanya

– P.N. Minamimaru.

O: Baik sekali, Minamimaru~kun! Ketawakan Katakuri! Kewatakan dia! Awak tanya sama ada ianya adalah polisi saya, tetapi secara jujurnya manusia yang sempurna adalah sangat membosankan. Orang ramai lebih suka melihat kekurangan orang lain. (Lebih membawa penceritaan yang mendalam)

D: DI manakah Tuan Muda Doflamingo ditempatkan sekarang?

– P.N. Putera Sama

O: Level 6, Impel Down

D: Adakah Otsuru~san bawakan surat khabar kepada Doflamingo setiap hari disebabkan permintaan dari Doflamingo?

– P.N. Coo

O: Tak mungkin, adakah awak benar-benar fikir yang seorang tahanan menerima layanan seperti itu? Tapi Doflamingo nampaknya mempunnyai ramai kenalan di dalam penjara tersebut. Hanya dengan menggunakan sedikit teknik muslihat dan dia dah boleh dapat surat khabar, Fu fu fu fu.

D: Lao G mandi tak?

– P.N. Suka Junky

O: Hmmm.. SAYA TAK TAHU. JAHANAM!!

D: Apakah definisi kecantikan bagi Luffy? Kalau Alvida dikatakan cantik, kenapa wanita yang cantik seperti Nami, Robin dan Hancock tidak dianggap cantik oleh Luffy?

– P.N. Nrimatomogisu

O: Ya, Luffy ada memanggil Alvida seorang yang cantik. Macam mana pun, kebiasaannya apabila seseorang beri pujian dengan memanggil orang itu cantik, tapi bagi Luffy, ia cumalah pengkelasan. Luffy tahu samada seseorang itu cantik atau tak, tapi dia tak peduli langsung pasal itu.

D: Salah satu pekerja penghantaran surat di dalam dunia One Piece, boleh ke Carrier Bats (Kelawar Penghantar) hantar bungkusan juga? Adakah para lanun bertukar hadiah akhir tahun antara satu sama lain?

– P.N. Boneless Ham

O: Saya tak mahu para lanun semua menjadi rapat seperti itu. Ianya tidak akan berlaku. Carrier Bats biasanya digunakan untuk menghantar kontrak untuk Kerajaan Dunia. Untuk surat persendirian, mereka boleh berunding dengan News Coo untuk hantarkannya. Ada juga syarikat persendirian dipanggil ‘Small Bird Delivery’ (Penghantaran Burung Kecil), tapi mereka hanya memiliki ruangan yang kecil dan penhantaran jarak dekat. ‘Albatross Delivery’ (Penghantaran Albatross – sejenis burung juga) ada melakukan penghantaran jarak jauh, tapi kebiasaannya, mereka tak lakukannya. Penghantaran surat di luar bidang kerajaan jarang dilakukan. Untuk penghantaran antara lanun, biasanya mereka menggunakan kapal-kapal kecil. Mereka juga tiada alamat tetap, jadi mereka sukar untuk berjumpa antara satu sama lain.

D: Hello, Oda~sensei. Saya kira semua soalan (termasuk bukan soalan) di dalam SBS. (lukisan dan permainan yang diterbitkan). Saya tidak pasti sekiranya ianya betul, tapi ini dia!! 1199 soalan (dari SBS 4 hingga 86) do~don!! Sungguh hebat. Jadi teruskan yang terbaik untuk menjawab soalan seperti “Itu pun soalan?!” dan “soalan serius” dan “soalan bodoh” dan “soalan pelik yang miang”. (ketawa)

– P.N. BLACK Little Brat

O: Awak kira semua soalan!? Terima kasih banyak-banyak. Saya dah menjawab hampir 1200 soalan nampaknya. Ianya membuatkan saya gembira setiap kali saya menjawab semua soalan para pembaca di ruangan ini. Saya inginkannya menjadi sesuatu yang sangat berharga!

D: Satu soalan untuk Odachi! Adakah Don Chinjao mandi? Hiyahoho

– P.N. Suka Junky

O: Jahanam, Diamlah kau!! Macam mana pun, itu sahaja untuk SBS kali ini, jumpa lagi di Volume akan datang.

 

Akan dikemaskini lagi nanti…

 

Sumber

Terjemahan

  • Team Budak Getah

 

Muka Hadapan Volume sebelum ini

–> Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan! + SBS

Leave a Reply