Muka Hadapan One Piece Volume 89 Didedahkan! + SBS

with No Comments 4189

Laman Web Rasmi One Piece telah mendedahkan muka hadapan One Piece Volume 89.

Volume ini dijadualkan untuk keluar pada 4 Jun 2018 di Jepun.

One Piece Volume 89 bertajuk “BADEND MUSICAL (Pengakhiran Muzikal Yang Teruk)”

Muka hadapan mempersembahkan Luffy dan Katakuri yang bertarung bermati-matian. Luffy juga berjaya memiliki pencak terbaru untuk cuba menundukkan Katakuri yang berganjaran lebih 1 bilion belly!

INFO

 

Ringkasan Volume 89 adalah seperti berikut:

“Sanji mengejar masa untuk menyiapkan kek untuk menghalang sawan makan Big Mom. Dalam pada masa yang sama, ada ke cara untuk Luffy mengalahkan pihak lawan yang hebat dalam pertarungan kalah mati ini?!”

ONE PIECE Volume 89 “BADEND MUSICAL”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Isnin, 4 Jun 2018 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Senarai Chapter

Volume 89 akan bermula dari Chapter 890 sehingga Chapter 900.​

RUANGAN SBS

 

D – Dokusha (Pembaca)
O – Oda
P. N. – Pen Name (Nama Pena)

 

D: Kenapa mata Streusen sangat besar, dia terjatuh ke, dia sangat mahir… tidak mahir sebenarnya.

O: Itu adalah dahinya.

D: Nami-san panggil Caesar “sampah” dan beritahu dia “lebih baik kalau awak mati”. Adakah Nami belajar perangai teruk ini dari Robin?

O: Sila ingat semula apa yang berlaku di Punk Hazard. Caesar menjalankan eksperimen ke atas kanak-kanak dan memberi mereka dadah. Dia menggunakan pengikutnya seperti tikus makmal. Dia juga mencipta senjata yang mampu membunuh orang yang tidak bersalah. Lelaki seperti Caesar memang sepatutnya mati. Nami sebenarnya hanya berlembut dengan dua jenis orang. Kanak-kanak riang dan wanita penyayang. Kebencian dia terhadap Caesar sememangnya datang dari lubuk hati dia.

D: Awak apa khabar Odachi! Kami tahu Katakuri sangat sukakan manisan, tapi macam mana pula dengan makanan yang dia tidak suka, dan bagaimana pula dengan makanan pedas?

O: Dia tidak suka ramen panas. Bagi Katakuri yang tidak mahu orang lain melihat dia makan, ianya adalah musuh semula jadinya. Katakuri boleh makan makanan pedas.

D: Hello Odacchi-sensei! Bagaimana Katakuri tidur?

O: Bagi Katakuri, “kekuatan” dia adalah tidak pernah menyentuh tanah menggunakan dengan belakang badannya, tapi dengan bersandar pada dinding ianya tidak apa. Biasanya dia akan tidur bersandar pada dinding. Jika tiada tempat bersandar, dia akan tidur berdiri atau duduk.

D: Oda sensei, boleh tak kalau anak lelaki saya (berumur 3 tahun) dan salah seorang dari anak perempuan Big Mom berkahwin? Saya juga mahukan kuasa ketenteraan yang hebat dan dengan saya yang mampu melakukan pelbagai kerja rumah, Big Mom juga boleh memiliki isteri dari neraka yang sangat berkuasa! Bukankah ini perkara yang menarik?

O: Okey. Jangan beritahu saya tentang ini dan sila berterus terang dengan Big Mom.

D: Tolong bagitahu saya makanan yang Crocodile dan Daz Bones suka dan tidak suka! Saya rasa Crocodile yang sukakan Bananawani (Buaya Pisang) pastinya tak akan makan pisang dan buaya tetapi adik saya rasa dia tak suka limau mandarin (mikan). Kami sampai bergaduh tentang betapa payahnya dia untuk membuka tangan palsunya

– P.N. Banana Me dan Mandarin SIster

O:

  • Crocodile: Dia sangat menyukai daging buaya bersama sos tomato, dan dia sangat benci sos cili.
  • Daz Bones (Mr 1): Dia menyukai ayam mentah dan benci khinzir bakar.

Penjelasannya seperti ini!! Dia memiliki banyak buaya sebagai binatang peliharaan tidak mengganggu apa selera untuk dia makan. Apabila tengok kedua-dua mereka ini, pasti kita akan nampak yang mereka berdua adalah jenis yang cerewet ketika makan.

D: Selepas membaca Manga dan menonton Anime, saya terfikir kenapa Luffy tidak mampu membuat apa dalam masa 10 minit selepas habis menggunakan Gear 4, tetapi mampu bergerak tanpa masalah semasa perlawanan menentang Katakuri. Adakah ini satu kesilapan?

O: Tiada had sebenarnya. Selagi awak mahu bergerak, walaupun tidak boleh menggunakan Haki, awak masih boleh lari atau lawan semula kan? Semasa di Dressrosa, Luffy dapat pertolongan dan dia mahu menyimpan tenaga untuk menentang Doflamingo habis-habisan. Kalau dia tidak dapat bantuan pun, dia kena berusaha untuk menang dengan sendirinya.

D: Adakah semla betul-betul wujud? Saya mahu memakannya sedikit!

O: Ya ia wujud. Semla adalah kuih dari Sweden. Semasa zaman Kristian, ada satu tempoh masa yang dipanggil Lent dimana semua orang berpuasa. Ianya adalah kisah lama. Sebelum berpuasa, mereka memakan semla. Elbaf dicipta dari sejarah ini. Saya pun tak pernah memakannya sebelum ini.

D: Hi Oda sensei! Dalam Volume 88 terdapat sebuah bandar bernama Oshimuna yang bermaksud bandar “Jangan Kedekut”. Siapa Menteri pulau ini?

O: Ianya mungkin kedengaran pelik disebabkan namanya. Tetapi lebih baik jika kita memahami tentang nama pulau ini. Nama penuhnya adalah Bandar Oshimuna di Pulau Kewangan. Menteri di pulau ini adalah anak lelaki ke-15, Noisette. Dia adalah orang yang menjaga kewangan di Tottoland. Bandar Oshimuna bermaksud ‘jangan kedekut dalam membuat makanan yang lazat di pulau yang penuh dengan kenikmatan ini’.

D: Jaring yang terdapat di bawah topi yang dipakai oleh Charlotte Bavarois, anak lelaki ke-26 keluarga Charlotte, adakah ianya sama seperti jaring misteri yang dilekatkan pada topi besbol lama? Ianya sangat menarik!

O: Tepat sekali! Haha. Ianya betul. Semasa saya kecil, semua budak lelaki akan memakai topi besbol yang terdapat jaring misteri pada topi tersebut. Kalau awak melakukan rujukan, jaring ini dipanggil “Maedate Mesh”. Saya terfikir jika topi besbol sekarang masih terdapat jaring ini. Saya sangat seronok sebab awak perasan tentang ini. Hebat sekali.

 

D: Antara semua 85 anak-anak Big Mom, Flampe ada menyatakan terdapat “Raja kepada abang-abang” dan “Raja kepada kakak-kakak” dalam Chapter 891. Jadi siapa “Raja kepada adik lelaki” dan “Raja kepada adik perempuan”?

– P. N. Gadis OP yang bertanya soalan menyusahkan

O: Ehhh, pertama sekali, apa yang Flampe sebenarnya cakap adalah “Yang Terbaik”, dan Flampe buat untuk tujuan diri sendiri. Dia adalah perempuan yang sering membuat undian terhadap semua orang dengan sesuka hatinya. Dengan itu, ini adalah keputusan untuk abang, kakak, adik lelaki dan adik perempuan terbaik. Ini adalah tiga tangga teratas.

Abang terbaik:

1. Katakuri
2. Oven
3. Perospero

Adik lelaki terbaik:

1. Anglais
2. Nyuugo
3. Dolce

Kakak terbaik:

1. Smoothie
2. Amande
3. Brulee

Adik perempuan terbaik:

1. Flampe
2. Pudding
3. Anana

Keputusan ini sebenarnya adalah tidak adil. Ianya cuma kerja tidak matang Flampe “Saya mahu jadi Raja kepada adik perempuan” sahaja.

D: Hello Oda-sensei. Saya membaca Chapter 894 dan bukan ke Smoothie jadi sangan besar? Kenapa boleh jadi macam itu? Apakah kuasa sebenar Smoothie? Dan kenapa pedang dia basah?

– P.N. Peminat OP Tiada Nama Yang Nama Itu Sahaja-chan

O: Ya… Saya tak cukup muka surat untuk melukis ini, tetapi dia mempunyai kuasa Shibo Shibo no Mi (Buah Perah-Perah) dan dia adalah manusia penyahhidrasi (dehidrasi). Dia mampu memerah jus dari semua benda dan dehidrasi sesiapa yang dipotong menggunakan pedangnya. Dia menyimpan air yang diperah dari orang lain dan menjadi besar. Dia boleh menggunakan air di dalam badannya untuk lakukan serangan. Dia sangat kuat.

 

D: Saya peminat setia Ace. Sekiranya dia tak mati ketika Perang Kemuncak, wajah yang macam mana dia akan jadi? Tolong lukiskan dia ketika berumur 40 dan 60 tahun, Eiichiro Oda-sama!!

– P.N. Anak Perempuan Ace dari Kru Janggut Putih

O: Baiklah. Bahagian atas:

  • Umur 40: Yo Luffy, masih lagi sama macam selalu
  • Umur 60: Aku dah bersara

Bahagian bawah (masa depan sekiranya sesuatu yang buruk berlaku)

  • Umur 40: Osu Luffy, pinjamkan aku sedikit duit
  • Umur 60: Chopper, dah tak berapa nak selamat dah…

Susah nak cakap apa yang akan berlaku sepanjang hidup dia, tetapi saya lukiskan kedua-dua kemungkinan ini.

D: Hello Oddachi!! Di muka surat 145 Chapter 866 (Volume 86), ketika babak yang menunjukkan zaman budak-budak Hajrudin, ada seorang budak yang makan kudapan di belakang dia. Adakah ini gergasi yang sama muncul di muka surat 184 Chapter 500, “Lanun Stansen?”

– P.N. Macaron

O: Mata yang baik. Betul, dia kawan Hajrudin ketika mereka masih budak-budak. Secara tak langsung, lelaki di sebelah kiri (versi dewasa) akhirnya bekerja di bawah Armada Luffy Topi Jerami.

 

 

D: Hello, Odacchi! Saya peminat setia kedua-dua Odacchi dan Luffy. Saya ada soalan hari ini untuk Odacchi! Ketika dia kecil, Monkey D. Garp memiliki mata yang serupa seperti Luffy, iaitu besar dan bulat. Tetapi, apabila dia menjadi dewasa, matanya menjadi sedikit sepet. Jadi macam mana dengan mata Luffy? Adakah mata Luffy akan sama sedikit sepet seperti Garp apabila dia berusia 20 tahun?

O: Okey, soalan ini datangnya dari seorang penterjemah di Vietnam dengan penggunaan kata yang berbeza. Pendek kata, adakah mata Luffy akan menjadi kecil seperti Garp apabila dia mencapai usia 20 tahun? Memandangkan dia akan capai umur 20 tahun dalam masa setahun sahaja lagi, saya tak rasa yang Luffy akan berubah dengan ketara dalam jangka masa yang pendek. Sama seperti lukisan untuk Ace, kepada mereka yang tertanya “Macam mana agaknya rupa Luffy apabila dia berusia 40 dan 60 tahun?” Jemput tengok sendiri!

Barisan atas:

  • Umur 40: Daging!!
  • Umur 60: Daging!!

Bahagian bawah (masa depan sekiranya berlaku sesuatu yang buruk)

  • Umur 40: Raja Lanun? Seperti sebuah impian
  • Umur 60: Oh? Kau ada bawa daging yang sedap?

Ya. Sekiranya di masa depan yang semuanya berjalan dengan lancar, dia nampak seperti Garp betul kan? Tetapi sekiranya di masa depan yang tak seperti dirancang, jadi siapa tahu mungkin akan jadi begini!! Baik, SBS dah tamat!! Jumpa lagi pada masa akan datang!!

 

Akan dikemaskini lagi nanti…

 

Sumber

Terjemahan

  • Team Budak Getah

 

Muka Hadapan Volume sebelum ini

—> Muka Hadapan One Piece Volume 88 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan! + SBS

Leave a Reply