Muka Hadapan One Piece Volume 91 Didedahkan! + SBS

with No Comments 1286

Sekilas info ONE PIECE VOLUME 91

• Tajuk: Samurai no Kuni no Bōken (Adventure in the Land of Samurai)
• Volume terdiri daripada Chapter 911-921
• Akan diterbitkan pada 4 Disember 2018 (di Jepun)

Muka hadapan mempersembahkan Kumpulan Topi Jerami (kecuali Jinbe) yang berpakaian sepert penduduk Wano dengan gaya mereka masing-masing serta O-Tama yang memegang epal di hadapan.

INFO

ONE PIECE Volume 91 “PENGEMBARAAN DI TANAH SAMURAI”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Isnin, 4 Disember 2018 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Senarai Chapter

Volume 91 akan bermula dari Chapter 911 sehingga Chapter 921.​

  • 911 – Pengembaraan di Tanah Samurai
  • 912 – Perkampungan Amigasa
  • 913 – Tsuru Membalas Budi
  • 914 – Pekan Okobore
  • 915 – Pekan Bakura
  • 916 – Perlawanan Sumo Hebat Negara Wano
  • 917 – Kapal Harta Karun Bekalan Makanan
  • 918 – Luffy-tarou Membalas Budi
  • 919 – Runtuhan Istana Oden
  • 920 – Aku Sayang Oden
  • 921 – Shutenmaru

RUANGAN SBS

 

P – Pembaca
O – Oda
P.N. – Pen Name (Nama Pena)

Halaman 48

Carta alir SBS

1. Odacchi akan mulakan SBS (seperti biasa)
2. Soalan akan ditanya (Odacchi akan mula marah)
3. Soalan akan ditanya (Odacchi mula kelihatan bodoh)
4. SBS akan berakhir (dengan sedikit lakaran pelik dan lucu)

(P.N. – SBS akan bermula sekarang)

Oda: Oi Oi~~~! SBS bukannya perkara yang ditetapkan sempurna seperti ini! Lagipun awak sudah salah dari mula. Kali ini saya yang akan mulak….. SBS telah pun bermula!! Awak mulakannya dengan Nama Pena awak!!

P: Saya akan beri awak Kibi Dango yang ditarik dari paha saya jadi biar saya yang mulakan SBS kali ini. (P.N. – Match & Taxi)

O: Diamlah!!

P: Dalam Chapter 825, Chopper kelihatan gembira semasa makan salji gula-gula kapas yang jatuh dari Awan Manisan. Jika buku erotik yang jatuh dari langit, apa yang akan Odacchi akan lakukan? (P.N. – Cuainya)

O: Yaay!! Bukanya luas-luas ❤️ Kunyah, kunyah, kuny… Wahh.. Saya telah rosakkannya!! Jika saya makan buku ini bermakna saya takkan boleh membacanya!!! Aaa….

P: Setiap kali Luffy dan Usopp melihat robot, mata mereka akan mula bersinar. Bagaimana pula reaksi Law yang selalunya sangat tenang apabila melihat benda (robot) yang sama?. (P.N. Mika ni Baami)

O: Seperti ini. Maksud saya, cuba bayangkan. Kalau robot muncul di hadapannya sudah pasti matanya akan kelihatan seperti ini!!

Halaman 66

P: Kenapa Carue merenung tajam pada Leo? (P.N. Ehara Ryota)

O: Ahh ini dalam Chapter Reverie kan (906). Ini hanyalah reaksi cemburu sebab Vivi menyebut (Comel~) apabila melihat Leo.

P: Oda-san, terima kasih diatas semua kerja keras anda. Dalam Chapter 907, wanita Marine yang memanggil Vice Admiral Garp “Garp-chan” adalah Momousagi yang diperkenalkan dalam SBS Volume 74 kan? Dan tentera Marine yang memanggil Momousagi “Onee-chan” itu pula adalah Chaton yang diperkenalkan dalam SBS volume 75 kan? (P.N. Adik lelaki Brook)

O: Yep, betul itu! Kedua-dua mereka adalah watak cameo yang muncul di dalam filem GOLD, bermakna saya sudah sempurnakan lakaran penuh mereka.

P: Odacchi!! Dalam Chapter 907, Hina memanggil Vice Admiral (Laksamana Madya) Garp “Garp-kun”, tetapi bukankah Hina cuma berpangkat Rear Admiral (Laksamana Muda) sahaja!? Kenapa dia guna “kun” untuk seseorang yang lebih senior dan memiliki pangkat yang tinggi? (P.N. Kuda Terbaik)

O: Hina memang macam itu. Hina tak menggunakan “-kun” untuk semua orang penting yang dia kenal. Garp sendiri seorang yang sering berinteraksi dengan orang yang tak peduli tentang pangkat mereka. Jadi, apabila dia melihat perangai nakal Hina, dia rasa seperti berinteraksi dengan keluarga sendiri.

Halaman 84

P: Daifuku boleh menyeru jin dari perutnya, ini membuatkan saya terfikir jika dia menggosok perutnya terlalu kerap adakah dia akan keluarkan kentut yang lebih besar dari jin? (P.N. Bunyi Kentut)

O: Ya

P: Saya tertanya-tanya tentang kebolehan Buah Syaitan milik Galette yang membolehkan dia menangkap Nami. Keluarga Charlotte mempunyai ramai pengguna kebolehan Buah Syaitan. (P.N. Mania Oda)

O: Galette makan Bata Bata no Mi (Butter Butter/Mentega Mentega) dan menjadikannya Manusia Mentega. Dia kawal mentega untuk menangkap Nami. Sudah tentu banyak pengguna Buah Syaitan tetapi jika saya mengambil masa untuk menerangkannya, jalan cerita utama tak akan berganjak. Yang mana saya tak ada masa untuk melukis, teruskan baca! Jika ada lagi yang mahu tahu, inilah fungsi SBS dan buku panduan One Piece!!

P: Semua Pegawai Empat Maharaja (Yonko) mempunyai ganjaran buruan yang sangat tinggi. Adakah ini kerana mereka Pegawai kepada setiap….? (P.N. CINTA Nasi)

O: Ya ya, itulah apa yang berlaku. Setelah insiden di Dressrosa, semua orang yang terlibat dengan Kru Topi Jerami dinaikkan ganjaran buruan sebanyak 50 juta. Ganjaran buruan setiap ahli akan bertambah bersama-sama dengan kapten mereka. Ini kerana sukar untuk menilai kekuatan setiap orang dan meletakkan harga untuk kepala mereka.

P: Hello! Oda-sensei! Sila beritahu kami hobi, makanan kegemaran dan makanan yang tidak disukai oleh semua empat Komander Tentera Revolusi!

O: Baiklah.

Karasu
• Sukarelawan
• Wiener (sosej)
• Semua hidangan ayam

Lindberg
• Permainan papan
• Hamburger
• Biskut

Bello Betty
• Bercucuk tanam
• Almond
• Mayonis

Morley
• Karaoke dan berjalan bawah tanah
• Bagna Cauda
• Ikan

Halaman 122

P: Oda-sensei, saya nak maklumkan tentang perkara misteri terbesar di dunia….. Dagu jenis apakah yang dimiliki oleh Iva-chan? Saya nak tahu, saya nak tahu, saya nak tahu (P.N. Kacang Chiba)

O: Saya faham. Awak nak tahu sebanyak tiga kali. Dagu dia adalah jenis sotong kering. Dagu sotong kering.

P: Lagu tema yang dimainkan di Tokyo One Piece Tower (4ever Don!!!!) dan (PHANTOM~ Promise~) oleh GReeeeN, telah disatukan dalam album Roots of D). Adakah GReeeeN mewarisi Will of D? Betul kan? Kan? (P.N. – Toppi Grand Fleet Captain Ota-kun)

O: Saya dengar dari penulis lagi itu sendiri, Hide-san daei GReeeeN bahawa D di dalam Roots of D itu bermaksud…. Will of D!!! Wow Wow Clap Clap. Ianya adalah album yang hebat.

P: Brulee-san adalah wanita yang ceria, saya menyukainya dan mahu keluar bertemujanji dengan dia. Ada peluang tak untuk saya berkahwin dengan salah seorang dari keluarga Charlotte…? (P.N. Pokok Sakura)

O: Saya faham. Ianya merupakan ‘moe’ (kecomelan) dari seorang ‘imouto’ (adik perempuan). Jangan kahwin lari di belakang kami.

Halaman 140

P: Pada awalnya, semua orang minum minuman keras menggunakan gelas seperti gelas beer. Semakin lama, ianya bertukar kepada sesuatu yang kelihatan seperti tong air. Bila awak tukar semua ini? Kenapa awak menukarnya? Sila beritahu kami! Ei-chan. (N.P Kasut Coco)

O: Sangat hebat. Bukankah bentuk seperti tong kelihatan lebih lanun?! Undang-undang di Jepun tak membenarkan awak minum minuman keras jika dibawah umur 20 tahun jadi lebih baik awak lupakan apa yang awak nampak LOL. Bagaimanapun, saya tetap rasa bentuk tong lagi hebat dari gelas beer.

O: Saya mahu melihat Zoro ketika usianya 40 dan 60 tahun juga!! (N.P Kapten Nobuo)

O: Jika dia hidup tanpa sebarang masalah, ianya akan jadi seperti ini.

• Umur 40: Yontoryuu Zoro (Empat Pedang Zoro)
• Umur 60: Gotoryuu Zoro (Lima Pedang Zoro)

Masa hadapan di mana “sesuatu” berlaku.

• Umur 40: Saya dah berhenti. Pegang pedang menggunakan mulut menyebabkan saya sakit belakang~~~
• Umur 60: Saya akan melutut jika awak bagi pinjam duit kepada saya.

 

Halaman 158

P: Selamat petang Oda-sensei! Luffy selalu sebut “Kaizoku Ou ni, ore wa naru!” (Raja Lanun, aku yang akan jadi!), tetapi kenapa dia tak sebut “Ore wa, kaizoku ou ni naru!” (Aku yang akan jadi Raja Lanun!)? Ada sesuatu makna yang istimewa ke tentang ini? (N.P Hyoniki)

*Ore wa di depan dan Ore wa di belakang ayat

O: Lucunya. Soalan ini akhirnya ditanya juga selepas 90 Volume. Seseorang perasan tentang ini juga akhirnya. Sebenarnya, 20 tahun lepas semasa siri anime One Piece mula disiarkan, lelaki yang saya gelar “Ayah One Piece”, Penerbit Toei Animation, Shimizu-san bertanya soalan yang sama. Disebabkan saya terlalu obses dengan ayat ini, Shimizu-san yakin bahawa One Piece akan berjaya suatu hari nanti!! Secara ringkasnya, ianya adalah “ayat yang gah”. Walaupun tatabahasa ayat kedua adalah lebih baik, saya rasa Luffy tetap tak dapat membezakannya!!

P: Heso! Saya ada satu soalan. Saya baru selesai baca Romance Dawn and saya mula berfikir adakah lanun yang menunggu masakan dari Zeff di Baratie dalam Chapter 902 itu adalah lanun yang sama, “Bulan Sabit” Galley yang muncul dalam Romance Dawn? (P.N. Takataka)

O: Betul. Lanun dia adalah “Bulan Sabit” Galley yang juga muncul dalam antologi One Piece RED. Tahniah, sangat menakjubkan!

P: Odacchi, saya ada satu soalan yang serius. Nama istana di Marie Geoise, Istana Pangaea, adakah ianya diambil dari nama benua purba di mana semua benua bersambung seperti sebuah jigsaw puzzle yang besar? Dengan kata lain, di situ terletaknya One Piece? Saya rasa fakta tentang kedudukan Istana Pangaea yang terletak di tengah dunia berkaitan dengan ini. (P.N. Ninja Terkejut dari Mana-mana)

O: Benua Pangaea. Benua gergasi yang terbentuk pada zaman dahulu hasil dari gabungan semua benua. Saya memang mengambil nama dari benua ini yang membawa maksud…..? Saya tak akan beritahunya. Haha

P: Oda-sensei, saya ada satu soalan. Apabila saya berada di Gred 6, saya mengikuti latihan khas untuk menggunakan Shigan (Pistol Jari) dan menikam seseorang menggunakan satu jari. Saya mahu kuasa untuk menikam kawan saya yang selalu jaga tepi kain orang. Tetapi saya hanya mampu berkata “Wow, jari awak sangat panjang..” Saya nak tahu berapa tahun diperlukan untuk mahir menggunakan Shigan? (P.N. Itokouzu)

O: Saya rasa lebih baik awak tak menikam kawan awak.

P: Apakah kuasa yang dimiliki oleh Morley-san? Dalam Chapter 538, Iva-sama ada menyebut Tanah Newkama dicipta oleh ‘pengguna kebolehan menggali’. Adakah Morley-san mempunyai apa-apa kaitan dengan ini? Memandangkan kaum gergasi mempunyai jangka hayat yang panjang, adakah Morley-san pernah melakukannya pada masa dahulu? (P.N. Daging Salami)

O: Ya, betul tu. Morley memiliki kebolehan dari Otsu Otsu no Mi (Push Push/Tolak Tolak). Dia mempunyai kuasa untuk meleraikan dan menolak pelbagai jenis objek, menyelam di dasar bumi dan mencipta ruang di sana. Dia (lelaki atau perempuan) sekarang berusia 160 tahun. Asalnya dia merupakan seorang lanun kejam yang ditangkap lebih daripada 100 tahun lalu dan dia mencipta ruang itu di Impel Down. Dia juga mampu untuk melepaskan diri dari penjara tanpa orang lain perasan, tetapi sesuatu “insiden” telah berlaku kepadanya. Morley menyertai Tentera Revolusi sebenarnya adalah perkara baru. Iva-san telah menggunakan ruang yang dicipta oleh Morley dan dia yang meriahkan suasana di situ. Walaupun ruang itu dicipta oleh Morley, Tanah Newkama itu dibangunkan oleh Iva-san. Sehingga kini Iva-san masih lagi tak tahu yang pengguna kebolehan menggali itu adalah Morley.

P: Oda-san! Saya dengar awak tak boleh beli majalah dewasa di kedai serbaneka!! Adakah ini bermakna saya tak boleh membeli One Piece di sana? (P.N. Kapten Nobuo)

O: Dengar, dengar! Ingat ini sekali!!! One Piece adalah… manga Shonen!! Dan dengan ini SBS akan berakhir. Jumpa lagi.

 

Akan dikemaskini lagi nanti (jika ada)…

 

Sumber

  • Internet

Terjemahan Team Budak Getah

 

Muka Hadapan Volume sebelum ini

–> Muka Hadapan One Piece Volume 90 Didedahkan! + SBS (akan datang)

–> Muka Hadapan One Piece Volume 89 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 88 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan! + SBS

Leave a Reply