Muka Hadapan One Piece Volume 92 Didedahkan! + SBS

with No Comments 2432

Sekilas info ONE PIECE VOLUME 91

• Tajuk: Oiran Komurasaki Tōjō (Introducing Komurasaki the Oiran)
• Volume terdiri daripada Chapter 922-931
• Diterbitkan pada 4 Mac 2019 (di Jepun)

Illustrasi kulit dibahagikan kepada 3 bahagian. Di atas, daripada kanan ke kiri adalah Toko, Komurasaki, dan Kaido (berbentuk naga). Di tengah menunjukkan Luffy dan Kid yang tengah bergaduh, dan di bawah adalah Robin, Franky, Usopp dan Zoro yang memaparkan reaksi wajah mereka apabila mendengar berita Luffy dikalahkan dan ditangkap.

INFO

ONE PIECE Volume 92 “KEMUNCULAN OIRAN KOMURASAKI”

  • Pelukis: Eiichiro Oda
  • Tarikh keluaran: Isnin, 4 Mac 2019 (Jepun)
  • Agensi Jualan: Shueisha
  • Harga: 400 yen + cukai (RM 15.15 + cukai)

Senarai Chapter

Volume 92 akan bermula dari Chapter 922 sehingga Chapter 931.​

  • 922 – Kaido: Jeneral Lanun Binatang
  • 923 – Maharaja Kaido vs. Luffy
  • 924 – Ha
  • 925 – Blank
  • 926 – Lombong Penjara
  • 927 – O-Toko si Kamuro
  • 928 – Kemunculan Oiran Komurasaki
  • 929 – Shogun Negara Wano, Kurozumi Orochi
  • 930 – Pekan Ebisu
  • 931 – Topeng O-Soba

RUANGAN SBS

 

D – Dokusha (Pembaca)
O – Oda
P.N. – Pen Name (Nama Pena)

Halaman 24

 

O: Ah, siaran radio akan bermula!

D: Datangnya dari Tokyo… ia adalah permintaan daripada Eiichiro Oda-kun! Lagunya adalah SBS A-A-AKAN BERMULAAA!! – P.N. Nakahara-ji

O: Ia bermula dari radio?!!!

D: Mungkin terlalu cepat untuk tanya, tapi kenapa awak selalu menggunakan efek bunyi (Beben) dan (Ben) di Wano sekarang ini? – P.N. Bebebe-n

O: Ya, kau betul. Sebelum ini, selalunya efek bunyi adalah [Don] atau [Dodon]. Saya memang guna [Ben!!] sebab itu adalah bunyi daripada alat muzik yang dipanggil Biwa (seruling Jepun). Tetapi aku lukis Shamisen yang dimainkan. Jadi, apabila babak ini berada di anime, saya harap yang mereka akan hasilkan yang baik dengan pasukan sound mixing. Saya harapkan awak TOEI Animation!!

D: Saya ada soalan, Odacchi. Perempuan yang kau lukis selalunya berdada besar. Apabila mereka berada di Wano, mereka semua memakai kimono dan saya perasan yang dada besar mereka disembunyikan. Saya tertanya, patut ke kalau mereka (walaupun) perempuan Jepun tidak memiliki dada yang besar? – P.N. Chii-chan

O: Ya, topik ini. Sebelum ini, apabila saya tak tahu banyak tentang kimono, saya lukis dada mereka tanpa berikan banyak perhatian. Tetapi, saya menerima banyak surat daripada peminat yang mahir tentang kimono yang memaklumkan saya perempuan yang memiliki dada besar akan sengaja mencari jalan untuk menyembunyikannya untuk mengetengahkan kecantikan bayangan mereka serta mengajar saya tips bagaimana mereka melakukan ini. Akhirnya nanti, cara bagaimana seseorang memakai pakaian tetap tertakluk pada diri mereka, tetapi saya yakin yang kecantikan memakai kimono terletak pada bayang (bentuk badan). Jadi itulah apa yang saya cuba ketengahkan di dalam lukisan saya! Tapi bagus juga kalau mereka buka sahaja semua sekali!!

Halaman 42

D: Odacchi-dono! Saya ada soalan-degozaru!! Bangunan yang ada di Wano, ia terdiri daripada yang berbentuk bulatan dan membengkok-degozaru tapi benda di atas Sumo Ring (Gelanggang Sumo) adakah atap yang tergantung? Atap itu terapung ke?!! – P.N. Director’s Nurse (Ketua Jururawat)

O: Ah ya. Ia memang terapung. Bukan, sebenarnya ia terbang. Ia adalah layang-layang. Untuk menunjukkan persembahan di dalam sebuah gelanggang, atap selalunya tergantung dari siling. Memandangkan Sumo diadakan di luar, di Pekan Bakura, atapnya diterbangkan. Ia nampak berat, tetapi sebenarnya sangat ringan. Untuk menjelaskan yang itu adalah layang-layang akan mengambil terlalu banyak masa di dalam penceritaan. Jadi, kalau awak nak mudah faham, fikirkannya sebagai sebuah belon!

D: Odacchi!! Saya perasan sesuatu. Di Volume 91, Chapter 916, muka surat 116 apabila Luffy menewaskan “Yokozuna” Urashima ada sebuah bendera yang tertulis [猛岩斧関] (Fierce Boulder Axe Gate). Di Volume 1, Chapter 4, ada karakter bernama “Tangan Kapak Morgan”, kan? Boleh jadi ke, yang Morgan sebenarnya dari Negara Wano? Itu sebenarnya apa yang terjadi kan? – P.N. Riku-kun

O: Bagus dapat jumpa! Memang betul ia tentang Morgan. Kejap, “memang betul”?! Ya sebenarnya ini adalah gurauan daripada salah seorang pembantu latar belakang saya, ia lebih kurang macam “pembantu vs pembaca”.  Di Wano, disebabkan semua papan tanda dan hiasan adalah dalam bahasa Jepun, jadi saya perlu letakkan perkataan pada mereka. Disebabkan terlalu susah untuk mendapatkan idea untuk tulis apa, saya beritahu mereka untuk cari perkataan yang berkaitan dengan One Piece untuk diletakkan di latar belakang. Dalam panel yang sama juga tertulis perkataan [3 perkataan kanji, admin malas tulis]. Apa awak rasa maksud dia? Hahaha… Mungkin ada lagi perkataan tersembunyi di panel yang lain untuk dicari!!

Halaman 76

O: Semua, saya ada pengumuman yang ingin dibuat. Pada perjumpaan tahun baru JUMP, saya dapat tahu yang ada salah seorang nakama daripada Usopp Gallery! Bermula daripada Mac tahun ini, siri “ne0;lation” akan mula disirikan di JUMP. Oleh Yoda Mizuki, seseorang yang sebelum ini pernah menghantar lukisan di Usopp gallery.

Saya menjerit: “Betul keeeeeee?!”

Kita ada seorang lagi pro! Ia dah jadi seperti pintu gerbang untuk seseorang menjadi pro!

Usopp Pirate Gallery!

Tapi bukan itu sahaja!!

Bergurau sahajalah, tetapi saya tetap rasa sangat gembira! Ia adalah Yoda Mizuki ne0;lation!!

Ia adalah manga tentang hacker remaja yang genius. Jemput baca dan sokong!

D: Oda-sensei, hello!! Ini adalah kali pertama saya menghantar SBS!! Tiga pedang Zoro, Wado Ichimonji, Sandai Kitetsu dan Shusui, kalau mereka digambarkan sebagai manusia, macam mana rupa bentuk mereka? (mudah cakap, minta tolong anthropomorphize mereka!!) – P.N. Katsuki

O: Baiklah.

Siap. Anthropomorphization berjaya!

Dari kiri: Wado Ichimonji, Sandai Kitetsu, Shushui

 

Halaman 94

P: Sebelum ini di Zou, apabila Momonuske cakap yang dia jumpa Roger, saya ingatkan (entah kenapa) yang Momo adalah orang dewasa yang menjadi kanak-kanak dan menggunakan tubuh badannya yang menjadi budak untuk dimanjakan oleh Nami-san dan Robin-chan. Sekarang kita dah tahu yang Momonosuke adalah seseorang yang merentasi masa dan umur sebenarnya adalah 8 tahun. Bukan ke itu bermaksud yang dia cuma seorang budak kecil miang yang biasa?! – P.N. Taku Miso

O: Fikir semula. Ingat kembali apa rasanya sewaktu awak seorang budak lelaki yang berumur 8 tahun. Betul, awak semua miang. Semua budak lelaki memang miang!!

P: Saya ada soalan yang besar! Saya dah tahu kenapa lelaki nak menjadi hamba abdi Nami. Ia sebab dia memiliki dua “Kibi Dango” yang besar kan? – P.N. Sanada-chi

O: Baliklah, Sanada

P: Di Chapter 909, adalah boss tukang kayu yang muncul di Wano orang yang sama [Minatoma-san] yang diperkenalkan di SBS Volume 7? – P.N. Yacchi

O: Ya betul itu dia!! Waktu itu, dia membaiki pintu bar yang rosak di Kampung Foosha. Dia diperkenalkan sebagai tukang kayu Minatoma-san sambil menjerit “siapa yang buat ini?”. Dan sekarang, entah macam mana dia di New World di negara wilayah tertutup Wano! Pelik kan?! Yang sebetulnya, mereka bukanlah orang yang sama! Mereka mempunyai nama keluarga yang sama sebab mereka berdua berkait dengan pertalian darah. Yang sebenarnya, sebuah kapal dari Wano tiba di East Blue beberapa dekad yang lalu.

Salah seorang waris seseorang di dalam kapal itu adalah orang yang kita semua kenali…

Bahagian ini mungkin akan diceritakan kemudian, jadi saya tak akan ulas lebih dari itu. Ia tak akan jadi plot penceritaan yang major, cuma sekadar minor plot sahaja.

Halaman 146

D: Oda-sensei!! Sila beritahu kami makanan kegemaran dan makanan kurang digemari oleh tujuh komander Armada Topi Jerami!! – P.N. Usagihime (Rabbit Princess)

O: Baiklah.

• Canvendish – Kegemaran: Bunga ros; Benci: Ramen

• Bartolomeo – Kegemaran: Gula-gula; Benci: Sayuran

• Don Sai – Kegemaran: Bento daripada orang tersayang; Benci: Ketam

• Ideo – Kegemaran: Doner Kebab; Benci: Babi

• Leo – Kegemaran: Labu; Benci: Semua makanan pedas

• Hajrudin – Kegemaran: Bebola daging; Benci: Semla

• Orlumbus – Kegemaran: Telur rebus; Benci: Makanan yang fancy

D: Sekarang Shiryu dah memiliki keupayaan Suke Suke (halimunan), adakah dia akan cuba mengendap bilik mandi perempuan? – P.N. Apu

O: Dia seorang lelaki. Jadi dah tentulah dia akan mengendap!!

Halaman 164

D: Odacchi, saya ada satu permintaan! Saya tahu pembaca lain mesti dah cakap “Saya nak tengok macam mana rupa Nami dan Robin di masa depan” tapi TOLOOOOOOONNNNNNNNNNGGGGGG jangan tak lukis mereka, boleh tak?!!! – P.N. 420 Rando

O: Eh…. kau takkan buat orang percaya sesiapa kalau macam itu…

• Umur 40: Kembali lagi bila kau dah jadi dewasa <3
• Umur 60: Saya? Saya dah lepas umur 40 lama dulu <3 Fufufu

Masa depan di mana “sesuatu” berlaku

• Umur 40: Serahkan duit kau!!!
• Umur 60: Nak beli mangkuk sakti aku?

Ya. Saya dah habis lukis Nami! Untuk Robin kita terpaksa tunggu permintaan seterusnya untuk tiba.

D: Oda-sensei! Saya ada soalan!! Sejak datang ke Wano, goatee Sanji dah hilang beberapa garisan di bawah mulutnya. Saya terfikir, adalah ini cara dia untuk memisahkan dirinya daripada ayah dia, Judge? – P.N. Yuubara

O: Ah! Awal betul! Saya betul-betul terlupa tentang ini! Tak, dia cuma cukurnya sahaja! Jahanam Sanji! Saya pasti akan lukisnya betul-betul kali ini! Tak, saya rasa mesti Sanji akan kembali pada rupanya yang dulu! Ah! Masa dah tamat!! SBS akan kembali di Volume seterusnya!

 

Tidak kan dikemaskini lagi nanti. It’s done!

 

Sumber

  • Internet

Terjemahan Team Budak Getah

 

Muka Hadapan Volume sebelum ini

–> Muka Hadapan One Piece Volume 91 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 90 Didedahkan! + SBS (akan datang)

–> Muka Hadapan One Piece Volume 89 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 88 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 87 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 86 Didedahkan! + SBS

–> Muka Hadapan One Piece Volume 85 Didedahkan! + SBS

Leave a Reply