Oda Dedahkan Yang Kita Akan Masuk Ke Arka Wano Dalam Masa 1-2 Tahun Lagi

with No Comments 1018

Dalam temubual di dalam buku “Super Kabuki 2 ONE PIECE Grand Live” yang diterbitkan pada hari ini (11 November 2017), Oda ada mendedahkan yang Arka Wano akan bermula dalam masa 1 hingga ke 2 tahun lagi.

Set Buku ini mengandungi 2 tajuk “Photography” (kanan) dan “Talk/Record” (kiri)

Sedikit nota: Kabuki adalah sejenis teater tradisional Jepun

 

Berikut adalah rumusan dari temubual tersebut

– Oda menyatakan yang akan mengambil masa 1-2 tahun lagi untuk ONE PIECE memasuki Arka Wano. Dia juga ada cakap yang Arka Wano memiliki babak berkaitan Ace.

– Peminat kadang kala tanya Oda tentang bayangan (foreshadow) melalui surat dari peminat yang membuatkan Oda rasa “Alamak! Aku masih belum sebut lagi pasal ini!”

– Apabila ditanya oleh peminat tentang dari mana datangnya nama serangan Luffy, dia akan cari di One Piece Fansite. (Kenyataan yang sama juga boleh dijumpai sewaktu di komen pengarang di Chapter 422 pada tahun 2006)

– Oda rasakan yang dia dan peminat sama-sama bekerjasama mencipta ONE PIECE.

– Bunyi efek “BOOM / DON” (ドン) di ONE PIECE datangnya dari drum Jepun yang boleh dilihat di dalam babak-babak di Jidaigeki

Jidaigeki (時代劇, drama zaman) adalah genre drama televisyen, teater, dan filem Jepun yang berlatar belakang cerita pada zaman Edo pra-Kebangkitan Meiji (1603-1868) atau zaman sebelumnya dalam sejarah Jepun.

– Oda dah cipta idea tentang Perang Kemuncak Marineford (Summit War) sejak lama dulu.

– Oda cakap yang sangat susah untuk ceritakan keadilan melalui mulut Luffy disebabkan dia seorang lanun.

Jadi, Oda buat kesimpulan ringkas yang sisi lain untuk sesuatu keadilan dengan letakkan keadilan yang lain.

Oda juga cakap yang ini juga merupakan salah satu tema untuk ONE PIECE.

– Oda cakap yang ONE PIECE ada banyak imbas kembali berbanding Manga Shonen tradisional yang tak berikan maklumat lanjut tentang latarbelakang sesebuah karakter. Oda rasa ada terlalu banyak Manga di luar sana yang ada imbas kembali.

– Usaha Oda untuk ONE PIECE terbahagi kepada 2 iaitu

  • Melukis – 40%
  • Jalan Cerita – 60%

– Oda menyatakan yang setiap pulau di setiap arka memiliki ciri-ciri yang berbeza supaya peminat tak bosan. Dia juga cakap yang personaliti Luffy tak pernah berubah. Menurut Oda lagi, oleh sebab peminat dah faham personaliti Luffy, kadang-kadang dia menerima kritikan walaupun Oda dengan sengaja buatkan Luffy berlainan dengan personaliti dia yang biasa.

– Oda buat keputusan untuk melakar Luffy seringkas boleh ketika dia mula melukis One Piece sebab dia rasa apabila karakter-karakter lain akan datang nanti akan menjadi lebih rumit.

– Asas untuk ONE PIECE adalah untuk membantu orang yang memerlukan. Oda percaya yang semua orang suka dengan cerita yang macam ini.

– Oda memang dah ada idea untuk menamatkan ONE PIECE sejak dari Chapter pertama lagi. (Menurut temubual lain di 2012, Oda pernah cakap yang Arka Terakhir akan sangat menarik yang membuatkan Arka Perang Marineford macam tak ada apa yang luar biasa)

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Diterjemah oleh Team Budak Getah

Leave a Reply