One Piece Groups & Organization

with No Comments 3469

One Piece Group and Organizations

One Piece Group and Organizations

LANUN TOPI JERAMI

  • Dikenali sebagai Kumpulan Topi Jerami. Berasal dari East Blue, tetapi ahlinya datang dari pelbagai tempat. Gelaran mereka adalah sempena topi yang diberikan kepada Luffy oleh Shanks Berambut Merah

ARMADA TOPI JERAMI

  • Adalah armada terdiri daripada 7 organisasi yang berikrar untuk berkhidmat di bawah Monkey D. Luffy dan Kumpulan Lanun Topi Jerami.

One Piece Group and Organizations

KERAJAAN DUNIA

Adalah organisasi politik yang terdiri daripada majoriti dunia dan ditadbir oleh Gorosei (5 Bintang Tua). Ia ditubuhkan 800 tahun dahulu.

GOROSEI (5 BINTANG TUA)

5 Bintang Tua adalah kepala Kerajaan Dunia dan mereka secara dasarnya menguasai seluruh dunia.

Tiada satu pun nama mereka didedahkan setakat ini.

REVERIE

Adalah Majlis yang tertubuh daripada kerajaan dunia yang terdiri daripada ketua hebat dari pelbagai empayar.

CIPHER POL

Mereka bertindak sebagai agensi rahsia yang melakukan

  • perisikan
  • pembunuhan dan
  • pengintipan

…untuk Kerajaan Dunia

One Piece Group and Organizations

IBU PEJABAT TENTERA LAUT

Divisyen Pertama Organisasi Tentera Laut. Mereka adalah “Super Elite” di antara Tentera Laut dan tiga pangkat berbeza daripada Tentera Laut biasa dari segi kuasa.

One Piece Group and Organizations

YONKO (EMPAT MAHARAJA)

Adalah Empat Kapten Lanun yang terkenal dan kuat di Dunia Baru tetapi tidak berpakat ataupun menjadi musuh di antara satu sama lain dan lebih suka menguruskan hal sendiri pada kebanyakkan masa.

One Piece Group and Organizations

SHICHIBUKAI (7 PANGLIMA PERANG)

Adalah tujuh lanun yang kuat dan terkenal yang bersekutu dengan Kerajaan Dunia. Walaupun mereka berkhidmat untuk Kerajaan Dunia,

Shichibukai biasanya tidak peduli dan tidak menghormati Kerajaan (tak termasuk Bartholomew Kuma, yang kemudian diubahsuai menjadi wayang mereka) ataupun Shichibukai yang lain, dan sering dianggap oleh Tentera Laut tak ada beza dari mana-mana lanun lain.

GENERASI TERBURUK

Merujuk kepada 11 Lanun Rookie yang memilik ganjaran buruan melebihi 100,000,000 Belly yang tiba di Kepulauan Sabaody sebelum Peperangan Janggut Putih (kemudian dikenali sebagai 11 Supernova)

One Piece Group and Organizations

REVOLUTIONARY ARMY (TENTERA REVOLUSI)

Adalah organisasi ketenteraan yang kuat. Objektif utamanya adalah untuk melawan kuasa Kerajaan Dunia terhadap dunia. Kesemua usaha mereka adalah untuk mendapatkan kemakmuran dan kebebasan daripada cengkaman kuasa kerajaan.

 

Kredit Gambar