Pada 21 Julai 2017, “ONE PIECE” 20th Anniversary Press Conference telah diadakan di One Piece Tower ONE PIECE LIVE ATTRACTION (di Tokyo One Piece Tower)!
Sebagai sebahagian daripada Sambutan Ulang Tahun ke-20 ONE PIECE, telah sah diumumkan yang satu projek drama aksi (live action project) Hollywood sedang dalam pertimbangan untuk adaptasi One Piece.
Ia diawasi oleh Tomorrow Studios di bawah pengawasan Marty Adelstein, yang juga merupakan salah satu produser eksekutif siri Break Prison.
Maklumat lanjut seperti
- Barisan Pelakon
- Jumlah episod live-action
- Masa penyiaran
…masih belum diumumkan.
Ia mungkin menjadi siri TV yang paling mahal untuk kerja-kerja produksi di dalam sejarah.
Berikut adalah komen dari Oda. Boleh semak terjemahannya di bawah:
Terjemahan:
Ada banyak cerita dan khabar berita tentang filem live-action dalam tempoh 20 tahun yang lepas.
Lebih kurang tiga tahun yang lalu, saya buat keputusan untuk membuat penggambaran live-action. Selepas banyak perkara yang berlaku, saya berjaya dapatkan orang yang sesuai.
Hari ini pada ulang tahun ke-20, kami membuat pengumuman mengenai ini.
Ia sebenarnya cumalah satu kebetulan dan saya sangat gembira.
Pengumuman ini mungkin akan menyebabkan kebimbangan kepada peminat tetapi saya tak akan pernah mengkhianati peminat yang menyokong kerja saya selama 20 tahun.
Mohon teruja dan tunggu laporan seterusnya. Tak sabarnya rasa!
– Eiichiro Oda
Terima kasih kepada Kelly kerana memberikan terjemahan kasar untuk komen Eiichiro Oda.
“One Piece” adalah Manga yang menceritakan kisah pengembaraan Luffy bertopi jerami, seorang lelaki remaja yang tangan dan kakinya dapat memanjang seperti getah dengan kawan-kawannya untuk menjadi Raja Lanun.
Siri ini bermula di “Weekly Shonen Jump” pada tahun 1997 dan animasi TV telah disiarkan sejak tahun 1999. Terbitan terkumpul jualan domestik (di Jepun) komik ini adalah sebanyak lebih dari 350 juta salinan.
Sumber
Similar Posts
Kompilasi Ringkas Berkaitan Interview Eiichiro Oda Di 2017
2017 hampir melabuhkan tirainya. Di kesempatan ini Budak Getah nak kongsikan kompilasi ringkas berkaitan apa... Read More
Eiichiro Oda Dianugerahkan “Prefecture Honour Prize” Di Tempat Kelahirannya, Kumamoto
Hari ini Eiichiro Oda dianugerahkan “Prefecture Honor Award” oleh Majlis Wilayah Kumamoto, tempat kelahirannya. Turut... Read More
Tahniah Comic Paradise! Tapi sayangnya…
Berita gembira dan sedih untuk peminat Budak Getah! Kami kongsikan berita gembira dahulu. Comics Paradise... Read More
Cara ‘Request’ Fan-Mail Kepada EIICHIRO ODA / ONE PIECE
Hi guys! Hari ini Admin nak ceritakan macam mana nak hantar surat peminat ataupun... Read More
One Piece “Soul King” Brook Shark Guitar!
Anda peminat Soul King Brook? Anda seorang ahli muzik seperti Soul King? Serlahkan bakat rockstar... Read More
ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 3
PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN... Read More
Cara-cara Membeli Di Budak Getah Shop
Salam Nakama Di sini Admin nak kongsikan cara-cara yang betul untuk membeli di Budak Getah... Read More
Perbezaan Di Antara Manga Dan Anime Yang Mungkin Anda Terlepas Pandang
Di dalam perkongsian kali ini, Admin nak tunjukkan kepada peminat semua terutamanya kepada yang HANYA... Read More