One Piece Magazine Vol 1 (Eiichiro Oda 8000 Words Long Interview)

with No Comments 6238

Post ini ada merupakan sebahagian daripada 3 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe more in the future) dan merupakan kesinambungan daripada

  1. One Piece Magazine Vol 1 (Eiichiro Oda 8000 Long Words Interview) <– anda di sini
  2. One Piece Magazine Vol 1 (Novel Ace), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  3. One Piece Magazine Vol 1 (Maklumat Lain), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.

Kepada yang masih belum tahu, One Piece Magazine merupakan Manga Special Oda (sempena ulang tahun ke 20 One Piece)

Editor kedua, Habuta dan Editor yang keenam, Hattori bertanggungjawab dalam penerbitan One Piece Magazines. Mereka telah bertemu dengan Oda banyak kali semasa mengarang novel Ace.

Ada 3 Volume One Piece Magazines dan Volume 1 baru sahaja diterbitkan 7 Julai 2017 di Jepun.

Tarikh One Piece Magazines yang (akan) diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017
  • Volume 3 – 1.9.2017

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine.

1) Novel Ace Volume 1 <— artikel kali ini fokus pada yang ini

  • 7 Julai 2017
  • Akan fokus kepada kisah Ace yang menubuhkan kumpulan Spade Pirates. Ditulis oleh Shou Hinata

2) Novel Ace Volume 2 & 3

  • 4 Ogos & 1 September 2017
  • Fokus kepada kisah perjalanan hidup Ace sehingga lah dia mati, yang tak pernah ditunjukkan dalam manga sebelum ini. Ditulis oleh Shou Hinata.

3) Novel Straw Hat Crew

  • Siri novel pendek terbaru yang memfokuskan kepada kisah setiap ahli Straw Hat Pirates. Ditulis oleh Tomohito Osaki.

4) Picture Book Light and Darkness

  • Kisah terbaru tentang zaman kanak-kanak Luffy, Ace dan Sabo. Ditulis oleh Shinsaku Nagata.

5) Manga khas yang dilukis oleh Oda.

6) Temuramah terbaru bersama Oda. <— artikel sebelum ini fokus pada yang ini

7) Poster khas yang dilukis oleh Oda.

8) Muka depan novel Ace Volume 1 dilukis oleh Katsuya Terada

9) Poster ganjaran Luffy yang realistik. Poster ini disapu dengan lilin

10) Artikel tentang Straw Hats berdasarkan karakter mereka.

11) Super SBS

12) Usopp Gallery Extra

13) Bahagian soal jawab bersama editor.

14) Bahagian gambar yang dihantar oleh peminat.

15) One Piece Senryu

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

ONE PIECE MAGAZINE VOLUME 1.

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1
Muka Hadapan
Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1
Versi Fizikal di Jepun
Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1
Close Up Muka Hadapan Kulit

Berikut adalah sebahagian daripada isi kandungan One Piece Magazine Volume 1.

Temuramah terbaru oleh Eiichiro Oda

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah - One Piece Magazine Vol 1

– Oda suka bercakap dengan pembantu-pembantu yang muda kerana mereka lebih mengikuti trend.

– Oda sangat meminati filem dan dokumentari. Dia juga menganalisa punca kenapa orang ramai menikmati setiap filem.

– Oda sendiri tidak banyak mengetahui tentang permainan video terbaru. Dia sering memberitahu pembantunya untuk menggunakan duit studio untuk membeli permainan baru.

– Oda gemar mengumpul maklumat tentang tidur. Bahkan dia pernah berkata untuk menjadi robot yang tidak perlukan tidur.

– Oda menjaga leher dan belakang badannya melalui chiropractic.

– Oda sangat berkeyakinan tinggi bahawa dia tidak akan mati akibat dari kerja berlebihan kerana dia tidak merasa tertekan semasa melukis manga. Oda juga berkata dia akan kepenatan jika terdapat lebih banyak kerja selain yang berkaitan dengan manga.

– Oda tidak pernah mengalami callus akibat dari aktiviti melukis yang terlampau banyak.

– Oda memberitahu kesemua editornya bahawa dia akan menjaga keluarga mereka sekiranya mereka jatuh sakit akibat dari kerja berlebihan.

– Oda pernah memberi semangat kepada manga gempa bumi melalui lukisannya, tetapi pada masa yang sama dia juga merasakan ianya tidak begitu bermakna kalau mangsa-mangsa tersebut kelaparan.

– Oda kadang-kadang akan melangkau lukisan trivia (seperti Pandaman) kerana sejak kebelakangan ini penglihatannya semakin lemah.

– Oda perlu menguruskan buku nota tentang dunia One Piece.

– Oda semakin lega apabila pihak Shueisha memberi lebih banyak masa untuk dia bercuti sejak kebelakangan ini. Dia pergi ke luar negara (seperti Singapura, Hawaii, Guam dan sebagainya) sekurang kurangnya satu kali setahun.

– Oda mahu menyertai jelajah seluruh dunia setelah One Piece tamat. Dia berkata mahu melawat negara Asia seperti India. Dia juga berkata mahu mengambil cuti untuk melawat warisan dunia yang mana memerlukan kekuatan fizikal untuk pergi ke situ. Dia mahu melawat pelbagai negara apabila umurnya 50 tahun.

– Apa yang Oda mahukan sekarang adalah Floating Seahorse di Dubai kerana mahu melihat ikan di luar melalui tingkap.

– Oda sering berharap untuk melihat laut dan salji sejak kecil lagi kerana sejak kecil dia tinggal di kawasan pergunungan Jepun.

 

Sumber

  • Sandman (AP) dan YonkouProd
  • Terjemahan oleh Team Budak Getah