One Piece Magazine Vol 1 (Maklumat Lain)

with No Comments 7787

Post ini ada merupakan sebahagian daripada 3 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe more in the future) dan merupakan kesinambungan daripada

  1. One Piece Magazine Vol 1 (Eiichiro Oda 8000 Long Words Interview), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  2. One Piece Magazine Vol 1 (Novel Ace), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  3. One Piece Magazine Vol 1 (Maklumat Lain) <– anda di sini

Tarikh One Piece Magazines yang (akan) diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017
  • Volume 3 – 1.9.2017

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine.

1) Novel Ace Volume 1

  • 7 Julai 2017
  • Akan fokus kepada kisah Ace yang menubuhkan kumpulan Spade Pirates. Ditulis oleh Shou Hinata

2) Novel Ace Volume 2 & 3

  • 4 Ogos & 1 September 2017
  • Fokus kepada kisah perjalanan hidup Ace sehingga lah dia mati, yang tak pernah ditunjukkan dalam manga sebelum ini. Ditulis oleh Shou Hinata.

3) Novel Straw Hat Crew

  • Siri novel pendek terbaru yang memfokuskan kepada kisah setiap ahli Straw Hat Pirates. Ditulis oleh Tomohito Osaki.

4) Picture Book Light and Darkness <— artikel ini fokus pada ini 

  • Kisah terbaru tentang zaman kanak-kanak Luffy, Ace dan Sabo. Ditulis oleh Shinsaku Nagata.

5) Manga khas yang dilukis oleh Oda. <— dan ini

6) Temuramah terbaru bersama Oda.

7) Poster khas yang dilukis oleh Oda. <— dan ini

8) Muka depan novel Ace Volume 1 dilukis oleh Katsuya Terada

9) Poster ganjaran Luffy yang realistik. Poster ini disapu dengan lilin <— dan ini

10) Artikel tentang Straw Hats berdasarkan karakter mereka.

11) Super SBS <— dan ini

12) Usopp Gallery Extra

13) Bahagian soal jawab bersama editor.

14) Bahagian gambar yang dihantar oleh peminat.

15) One Piece Senryu

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

4) Picture Book Light and Darkness

  • Kisah terbaru tentang zaman kanak-kanak Luffy, Ace dan Sabo. Ditulis oleh Shinsaku Nagata.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

5) Manga khas yang dilukis oleh Oda.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

6) Temuramah terbaru bersama Oda.

Sambungan dari Eiichiro Oda 8000 Long Words Interview, kalau anda belum baca boleh baca di SINI.

– Oda gemar menonton movie lama dan movie terbaru, tapi dia selalunya menonton filem baru supaya dapat mengikuti trend sekarang

– Apabila ditanya adakah dia takut sekiranya dia tak boleh jana idea tentang ONE PIECE di masa hadapan nanti Oda tak bersetuju dan mengatakan yang dia sangat yakin yang dia boleh jana idea yang menarik ketika tempoh terakhir sebelum deadline untuk sesebuah Chapter. Oda sangat menghargai deadline sebab dia rasa dia tak akan boleh melukis manga yang menarik kalau dia ada masa yang banyak sewaktu persediaan.

– Ada banyak kakitangan yang terlibat di dalam industri ONE PIECE, tapi Oda sendiri tak rasa tertekan langsung. Dia cakap tak ada tanggungjawab untuk dia tentang ONE PIECE selain dari Manga. Tetapi dia juga berkawan baik dengan kakitangan Anime. Oda cakap yang ia tak akan menjadi impak yang besar sekiranya ONE PIECE tamat disebabkan masalah kesihatannya.

– Oda menganggap yang Manga tidak berguna langsung untuk membantu mereka yang terkesan disebabkan bencana alam. Oda cakap yang Manga tak boleh keluarkan makanan, rumah dan pakaian. (Oda pernah buat lukisan untuk mangsa Gempa Bumi di Jepun)

– Ketika berumur 20-an, dia anggap yang dia sepatutnya luangkan masa untuk manga daripada memberikan penghormatan terakhir untuk kedua ibubapanya ketika mereka mati. Oda yang sekarang anggap itu idea yang gila, tapi pada masa yang sama disebabkan sikapnya yang terlalu serius untuk manga yang menyebabkan terjadinya ONE PIECE pada masa sekarang.

– Oda memang hendak menghiburkan orang lain sejak dari kecil lagi. Dia cakap dia sangat bahagia apabila melihat orang lain terhibur.

– Oda cakap disebabkan ONE PIECE sekarang adalah manga terbaik dari segi jualan Volumes dia tertanya apa yang patut dia capai selepas ini. Dia juga cakap yang dia dah nikmati semua apa yang pelukis manga popular kecapi sebelum ini (anime, manga, game dan lain-lain). Oda cakap dia perlukan matlamat yang lebih besar lagi.

– Oda menyokong pembantunya supaya manga mereka menjadi lebih popular.

– ONE PIECE memiliki karakter yang lebih banyak dari sebelum ini. Dia terpaksa masukkan lebih banyak informasi di dalam satu Chapter untuk meneruskan jalan cerita. Oda cakap yang dia boleh melukis babak pertarungan yang hebat sekiranya dia diberikan 2 Chapter secara berterusan. Dia rasa ONE PIECE sekarang cuma boleh luangkan masa satu Chapter sahaja untuk babak pertarungan.

– Apabila ditanya ke mana tempat yang ingin dilawati, Oda ketawa dan dia cakap dia tak mahu melawat angkasa lepas sebab ianya sangat bahaya.

– Oda sangat berminat dengan aktiviti menyelam sebab isterinya sangat suka dengan aktiviti menyelam, tapi dia sangat takut dengan ikan Jerung. (Tapi bilik air di Studio Oda ada ikan Jerung, haha)

7) Poster khas yang dilukis oleh Oda.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

9) Poster ganjaran Luffy yang realistik. Poster ini disapu dengan lilin

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1
Arahan: Renyukkan Poster Buruan dan bukanya kembali

11) Super SBS

Ringkasan Super SBS

– Oda berpura-pura sebagai seorang peminum arak yang tegar. Dia sengaja suka memesan Sake yang kuat, tapi dia cuma minum sedikit sahaja lepas itu dia minum Coke.

– Oda sangat obses dengan internet shopping. Dia suka tunjukkan barang yang dia beli di internet kepada para editornya.

– Oda kadang-kala suka bergurau dengan editornya melalui telefon seperti “Aku tengah ada di Hawaii”. Mereka akan terus bersembang seolah-olah macam Oda betul-betul berada di Hawaii. Haha

– Editor pernah menyatakan yang seorang Editor ONE PIECE sepatutnya fokuskan minda mereka dan luangkan 24 jam sehari, 365 hari setahun untuk ONE PIECE.

– Oda ada cakap kepada Editor yang dia akan menjaga keluarga mereka sekiranya Editor sakit ataupun cedera disebabkan terlebih bekerja.

– Oda sangat fokus ketika melukis manga sampaikan Editor tak mampu nak tanya soalan “Macam mana Manga terbaru?”

– Editor Habuta cakap Oda mempunyai personaliti yang baik. Pencipta Stamp Kanahei di “LINE” app ada cakap di One Piece Magazine yang dia sangat kagum dan teruja dengan personaliti Oda yang menarik apabila pertama kali berjumpa dengan Oda. Kanahei cakap dia rasa yang dia dah jadi seperti Bartolomeo.

– Editor Sugita masih ingat lagi yang dia rasa macam dah membesar dengan cepat dalam masa satu minggu sementara menunggu manuskrip Oda untuk pertarungan terakhir di Arka Dressrosa. Oda hantarkan jalan cerita satu hari selepas deadline.

– Editor Hattori ada cakap yang dia selalu terperangkap di dalam Studio Oda lebih dari 24 jam. Dia berjaya nyanyi semua lagu yang dimainkan di Studio Oda dengan baik tanpa membeli satu album pun.

– Soalan: Bila waktu yang awak rasa sangat bahagia sebagai seorang Editor ONE PIECE?

  • Habuta: Oda ada buat lukisan khas sempena kelahiran anak perempuan saya.
  • Sugita: Saya memang hormati Oda sejak dari kecil lagi. Saya dah bekerja bersama dia sebagai seorang Editor, personaliti Oda memang sama seperti apa yang saya gambarkan sewaktu membaca komen-komen dia di SBS. Personaliti yang bertalam dua muka memang bukan Oda. Saya sangat bersyukur apabila mengetahui perkara ini sebagai salah seorang peminat ONE PIECE.
  • Hattori: Saya rasa sangat gembira apabila melihat ramai orang yang membaca ONE PIECE di (Shonen) Jump dan versi Volume di kereta api sewaktu hari penerbitan.
Budak Getah One Piece Magazine 1
Tribute Oda untuk Editor Habuta sewaktu anak perempuan Habuta dilahirkan.

 

BONUS: Komen Oda mengenai One Piece Magazine

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

3 Volume ONE PIECE Magazine (Majalah ONE PIECE) akan mula dijual pada 7 Julai, 4 Ogos dan 1 September (Jumaat!)

Majalah ini adalah buku ulang tahun ke 20 untuk ONE PIECE. Saya dah baca dan dapati ianya penuh dengan maklumat. Ia nampak hebat seperti sebuah majalah fesyen.

Saya memang sangat-sangat bersyukur sebab ramai orang yang membantu kami untuk mencipta majalah ini. Saya ada lukis Manga bonus dan Poster yang panjang untuk majalah ini.

Editor cakap mereka akan terbitkannya di dalam 3 Majalah One Piece secara berasingan. Rancangan yang baik sekali. Saya tertanya adakah saya patut lukis poster panjang menggunakan Computer Graphic (CG).

Akan tetapi, ia sudah diputuskan yang Katsuya Terada-san yang juga dikenali sebagai Big Boss di dalam industri CG yang akan buat lukisan tersebut untuk majalah ini.

Saya rasa, “Tolong lah! Tak mungkin saya boleh buat lukisan CG dalam majalah yang sama yang Terada-san pun akan lukis!!” Sebab inilah saya putuskan untuk lukis poster tersebut menggunakan tangan seperti biasa.

Saya buat sehabis baik sewaktu melukis poster ini. Lukisan Ace oleh Terada-san juga nampak sangat hebat.

Majalah ini adalah “mook” (<– admin tak tahu maksud ini apa, sorry), jadi mungkin mustahil boleh dibeli di kemudian hari kalau anda dah terlepas peluang ini. Pastikan anda dapatkan One Piece Magazine supaya tak menyesal.

– Eiichiro Oda

 

Bonus 2: Lakaran Eiichiro Oda untuk Muka Depan One Piece Magazine Volume 1 

Budak Getah One Piece Magazine Vol 1

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Redon
  • Arlong Park Forums
  • Terjemahan oleh Team Budak Getah