One Piece Magazine Vol 1 (Novel Ace)

with No Comments 7661

Post ini ada merupakan sebahagian daripada 3 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe more in the future) dan merupakan kesinambungan daripada

  1. One Piece Magazine Vol 1 (Eiichiro Oda 8000 Long Words Interview), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  2. One Piece Magazine Vol 1 (Novel Ace)  <– anda di sini
  3. One Piece Magazine Vol 1 (Maklumat Lain), kalau anda belum baca boleh baca di SINI.

Tarikh One Piece Magazines yang (akan) diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017
  • Volume 3 – 1.9.2017

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine.

1) Novel Ace Volume 1 <— artikel kali ini fokus pada yang ini

  • 7 Julai 2017
  • Akan fokus kepada kisah Ace yang menubuhkan kumpulan Spade Pirates. Ditulis oleh Shou Hinata

2) Novel Ace Volume 2 & 3

  • 4 Ogos & 1 September 2017
  • Fokus kepada kisah perjalanan hidup Ace sehingga lah dia mati, yang tak pernah ditunjukkan dalam manga sebelum ini. Ditulis oleh Shou Hinata.

3) Novel Straw Hat Crew

  • Siri novel pendek terbaru yang memfokuskan kepada kisah setiap ahli Straw Hat Pirates. Ditulis oleh Tomohito Osaki.

4) Picture Book Light and Darkness

  • Kisah terbaru tentang zaman kanak-kanak Luffy, Ace dan Sabo. Ditulis oleh Shinsaku Nagata.

5) Manga khas yang dilukis oleh Oda.

6) Temuramah terbaru bersama Oda. <— artikel sebelum ini fokus pada yang ini

7) Poster khas yang dilukis oleh Oda.

8) Muka depan novel Ace Volume 1 dilukis oleh Katsuya Terada

9) Poster ganjaran Luffy yang realistik. Poster ini disapu dengan lilin

10) Artikel tentang Straw Hats berdasarkan karakter mereka.

11) Super SBS

12) Usopp Gallery Extra

13) Bahagian soal jawab bersama editor.

14) Bahagian gambar yang dihantar oleh peminat.

15) One Piece Senryu

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

Novel Ace Volume 1.

Budak Getah
Muka depan Novel Ace Volume 1
Budak Getah
Versi kosong

Seorang lelaki sangat bersemangat untuk menulis tentang pengembaraan seperti buku “Brag Men”.

Budak Getah
Brag Men ialah sebuah buku pengembaraan di dalam dunia One Piece.

Namun sekarang lelaki tersebut tidak mampu untuk keluar dari sebuah pulau terbiar yang dikenali sebagai “Sixis”, yang terletak di East Blue.

Arus di sekeliling pulau tersebut sangat aneh sehinggakan tiada siapa yang mampu keluar dari situ.

Semasa lelaki tersebut sedang bercakap dengan rangka disebelahnya, tiba-tiba ada suara lain yang sertai perbualan lelaki itu. Inilah kali pertama lelaki itu bertemu dengan Ace.

Ace dengan sopannya berkata, “selamat berkenalan”.

Lelaki tersebut memikirkan yang umur mereka sebaya.

Dia menganggap Ace datang ke pulau tersebut untuk menyelamatkannya, tetapi yang sebenarnya Ace pun mangsa kapal karam di situ.

Lelaki tersebut merasa sangat marah dengan Ace yang masih mampu tersenyum dengan keadaan seperti ini.

Lelaki tersebut telah menghabiskan 3 hari di pulau tersebut, manakala Ace pula 6 hari disitu. Ace berkata “apa kata kau ikut aku bina rakit bersama?”.

 

Ace dengan lelaki tersebut sebenarnya mahu mencari harta karun yang dikatakan tersembunyi di pulau tersebut.

Ace kerap bertanya nama lelaki tersebut, tetapi lelaki itu tidak mahu memberitahu namanya kerana dia telah membuang namanya sejak hari pertama dia menjejak kaki di laut.

“Kita kan sudah berkawan?” (sama seperti Luffy mengajak Usopp naik ke Going Merry).

Lelaki tersebut kemudiannya memperkenalkan dirinya sebagai “Ace”, kerana mahu meminjam nama tersebut untuk dijadikan nama samaran.

Tetapi Ace tidak setuju dan mencadangkan nama Deuce.

Lelaki tersebut menganggap nama Deuce itu tidaklah teruk mana dengan situasi dia sekarang kerana maksud Deuce ialah “nasib malang”.

Ace mula memanggil lelaki tersebut “Masked Deuce” kerana lelaki tersebut memakai topeng bagi mengelakkan pihak Tentera Laut mengenalinya.

Budak Getah
Lakaran Karakter Deuce

Deuce ialah pelajar perubatan dengan gred yang rendah. Ibu bapanya tidak peduli tentangnya.

Deuce cuma mahukan pengembaraan dan tidak mahu menjadi orang yang dikehendaki.

Ace dan Deuce mula bercakap tentang keluarga masing-masing. Ace bercerita tentang Luffy sambil tersenyum.

Tiba-tiba Deuce berkata “jika ayah seseorang itu Roger, lebih baik dia mati”.

Ace kemudiannya menjadi senyap dan menunjukkan air muka yang sangat serius.

Hal ini menyebabkan Deuce merasakan Ace betul-betul anak Raja Lanun Roger.

Deuce mengundurkan diri dengan perasaan yang bercampur baur dan menyuruh Ace untuk tidak bercakap dengannya lagi.

 

Beberapa hari telah berlalu, Ace masih lagi tidak berjaya melepaskan diri dari situ. “Aku tak boleh mati disini…!”

Dia sudah berada di dalam mood yang tidak positif lagi. Deuce cuba mencari makanan, tetapi ianya sia-sia.

Satu hari, Deuce ternampak Ace memegang sebiji buah yang sangat besar di pantai.

Deuce sangat lapar dan terus berfikir tidak salah sekiranya dia membunuh anak penjenayah lagenda.

Sebelum sempat dia menyerang Ace menggunakan dahan pokok, perut Deuce berkeroncong.

Ace menyedarinya dan menganggap Deuce mahu menolongnya membuat bot. Ace menawarkan buah tersebut kepada Deuce, tetapi Deuce menolaknya kerana merasa sangat bersalah kerana cuba membunuh Ace.

Deuce akhirnya menyedari bahawa Ace sebenarnya seorang yang sangat baik hati walaupun dia anak Raja Lanun.

Akhirnya mereka bersepakat untuk berkongsi buah tersebut.

Deuce merasakan buah tersebut sangat teruk rasanya dan sedap pada masa yang sama. Deuce berpaling ke arah Ace dan melihat Ace yang sedang terbakar.

Budak Getah

Kedua dua mereka sangat terkejut melihat badan Ace yang sedang terbakar.

Buah yang mereka makan ialah buah Mera Mera no Mi.

Budak Getah
Mera Mera no Mi

Selepas beberapa hari, Ace berjaya mengawal apinya. Deuce menggelarkan kapal mereka “Striker” yang mampu bergerak kehadapan dengan bantuan api.

Deuce mengatakan bahawa harta karun di pulau tersebut adalah berita palsu.

Ace menjawab “tidak pasti” sambil tersenyum.

Ace menghulurkan tangannya ke arah Deuce.

“Kau akan ikut aku kan?”

Deuce berkata, “Aku pasti dapat menulis tentang pengembaraan yang menarik bersama kau”.

Mereka berjabat tangan.

Ace kemudiannya mengisytiharkan, “Aku akan menjadi Raja Lanun!”.

Maka terbentuk la Kumpulan Lanun Spade.

 

Coretan Admin

Selepas baca novel terbaru pasal Ace ini dan dah check kat Wikia One Piece Fandom, karakter Deuce ini tak ada dalam mana-mana gambar Kumpulan Lanun Spade sebelum ini. Admin rasa samada dia tinggalkan Kumpulan Lanun Spade sewaktu Ace sertai Kumpulan Lanun Janggut Putih (sebab Deuce tak suka Roger?) ataupun dia ada selama ini tapi cuma berada di belakang tadbir (Admin mungkin salah atau tersilap pandang). Kalau korang rasa pernah nampak Deuce ini, tolong maklumkan pada Admin ya?

Apa-apa pun kita nantikan sambungan Novel ini seterusnya pada One Piece Magazine Volume 2 pada bulan Ogos 2017 pula nanti.

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah