One Piece Magazine Vol 2 (Novel Ace)

with No Comments 2160

Post ini adalah merupakan sebahagian daripada 2 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe more in the future) dan merupakan kesinambungan daripada

  1. One Piece Magazine Vol 2, kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  2. One Piece Magazine Vol 2 (Novel Ace)  <– anda di sini

Tarikh One Piece Magazines yang (akan) diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017 <— ini
  • Volume 3 – 1.9.2017

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine Volume 2.

– One Piece novel Ace Vol. 2

– One Piece Special Episode “Luff”

– One Piece Picture Book: Light and Darkness

The Story of Luffy, Ace and Sabo.

– Eiichiro Oda Special Presents

  • 2nd Ultra long interview.
  • Names and plot notes that can not be seen anywhere else open to the public.
  • Garage of One Piece.

– Vol. 2 Guests Gather

  • OP Animal collaboration series author ∙ Asukuma Toshio talks about the commitment to the work.
  • Rei Oka views One Piece.
  • “One Piece Party” Manga by Andou Ei.
  • Eyes of Eiichiro’s Staff.

– Luxury 20th Anniversary Project

  • One Piece novel Straw Hat Crew.
  • How to Make the Strongest Business Team to Learn From “One Piece”.
  • A Big Fan of One Piece.
  • “D” Report.

– Straw Hat Crew Corner

  • Brook’s Broadcasting Station
  • Following the Treasure of Captain Kidd
  • Pirate Carpenter
  • Mugiwara Kitchen
  • Fashionable Thief
  • The Forging
  • Real Pirates Encyclopedia
  • Monster illustrations
  • SSBS

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

Sebelum kita mulakan, sesiapa yang tertinggal Novel Ace Volume 1, boleh baca dengan KLIK sahaja link di bawah ini

–> Novel Ace Volume 1

Admin tunggu. Ok dah baca?

Jom kita sambung…

Novel Ace Volume 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Ahli-ahli Kumpulan Lanun Spade (Ace)

Ringkasan Terjemahan

Deuce percaya yang kalau seseorang itu mahu menjadi seorang kapten yang baik, dia perlulah disukai oleh orang lain. Dalam hal ini, Ace ialah seorang kapten yang paling layak.

Dia membuka peluang dan menerima ramai kru dari kalangan orang yang tiada arah tujuan.

Seorang lelaki berjambang cuba untuk menyerang Ace. Dia menjerit, “Ace! Aku sayang kau!!”. Sebenarnya lelaki itu adalah pemburu wang ganjaran dan dia menyayangi Ace kerana ganjaran wang di atas kepala Ace.

Disebabkan hal ini, Deuce telah menghalau lelaki tersebut.

Ramai pemburu wang ganjaran menyertai kumpulan Lanun Spade. Mereka meminta tolong dengan alasan kapal mereka mengalami masalah. Mereka mengambil kesempatan atas kebaikan kumpulan Lanun Spade.

Ace mengeluh dan menyerang mereka dengan Hiken (Penumbuk Api). “Mereka semua tidak tahu adab yang baik..!!”

Ace berjaya mengawal kuasa Mera Mera walaupun dia baru sahaja hampir-hampir membakar kot Deuce secara tidak sengaja.

Musuh lain cuba menyerang hendap Deuce, tetapi musuh tersebut tercicir pedangnya kerana terkena tembakan dari Miharl.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Miharl berkata, “Hati-hati Deuce-san”. Miharl adalah seorang guru dan dia mahu membantu kanak-kanak yang tidak mendapat pendidikan yang secukupnya. Ace mengajak dia untuk ke laut dan memberikan sokongan.

Miharl berkata, “Tetamu yang kurang ajar perlu diberi pengajaran..

Aku tak dapat nak membaca buku dengan tenang dengan adanya musuh di atas kapal kita”.

Dia memakai topi sutera dan kaca mata. Dia seorang pahlawan yang gagah seperti mana penampilannya. Miharl tidak menggemari aktiviti luar.

Kalau rakan-rakannya pergi membeli belah, dia hanya tinggal di atas kapal sambil membaca buku. Inilah sebabnya gelaran dia “Indoor”

Skull, salah seorang dari kru Ace memuji seorang pemburu wang ganjaran yang mempunyai pistol dengan corak tengkorak.

Skull tahu mengenai struktur pistol tersebut dan membuat pistol itu rosak.

Dia mengambil pistol itu dari musuh dan bercadang untuk mempamerkannya di dalam biliknya.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Skull mempunyai banyak koleksi barang yang bercorak tengkorak. Dia adalah pengumpul barangan lanun.

Dia sendiri menganggap dirinya adalah seorang peminat lanun. Dia sangat meminati lanun sehinggakan dia pernah menyelinap masuk ke atas kapal lanun.

Kebanyakan lanun menganggap Skull ini tak berguna, tapi Ace menghormatinya kerana Skull mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dalam dunia lanun.

Deuce, Miharl dan Skull adalah perancang dalam kumpulan Lanun Spade. Kru yang lain kebanyakannya adalah pahlawan.

Mereka kerap kali mengalahkan pemburu wang ganjaran.

Seekor kucing lynx liar cuba menakutkan mereka dengan bunyinya. Kucing itu dipanggil Kotatsu.

Ace menyelamatkannya yang mengalami kecederaan akibat dari perangkap.

Kotatsu sebenarnya adalah kucing yang penakut sejak dia dipaksa untuk bekerja di pertunjukan pelik, tetapi selepas menyertai kumpulan Lanun Spade, dia mula mendapat keberanian.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Suaranya sangat comel. Kotatsu suka berada di samping Ace kerana ianya hangat disekeliling Ace.

Kesemua kru di dalam Lanun Spade tiada arah tujuan sehinggalah mereka bertemu dengan Ace. Menurut Deuce, Ace menilai seseorang itu dari personaliti mereka, bukan kaum atau rupa.

Ace memberitahu kepada Deuce bahawa sejak kebelakangan ini semakin ramai pemburu wang ganjaran cuba untuk membunuhnya.

Kotatsu menyedari kehadiran kapal perang yang banyak. Deuce merancang melarikan diri dari kapal perang tersebut dengan membawa mereka ke kawasan batu karang.

Tiba-tiba, seorang wanita dengan pedang rapier muncul di atas kapal kumpulan Lanun Spade.

“Kapal kau hebat kan? Maaf sebab mengecewakan korang semua, perjalanan korang akan terhenti disini sahaja”.

Terdapat kesan terbakar pada belakang tangan wanita tersebut.

Dia dengan mudahnya melindungi dirinya dari tembakan Miharl menggunakan pedang rapier yang dipegangnya. Deuce mengundurkan langkah dan berkata, “Dia ini raksasa..”.

Skull dengan pantasnya dapat mengenal pasti bahawa wanita itu adalah Isca “Si Pemaku”.

Skull menjelaskan bahawa gelaran itu adalah berdasarkan dari cara berlawan dia yang akan membuat lubang seperti kesan memaku pada badan musuh menggunakan pedang rapier miliknya.

Ace berkata “Itu sangat menakutkan” dan dia melangkah kehadapan.

Tapi Ace langsung tak takut walaupun dia baru sahaja cakap Isca ini menakutkan.

Isca dengan nada yang tinggi berkata “Saya adalah Leftenan Kedua Isca! Awak akan ditangkap”.

Ace memberitahunya bahawa dia membayangkan Isca ini adalah tukang kapal yang sudah separuh umur dengan badan yang agak kuat jika dinilai dari gelarannya.

Ace menunjukkan reaksi muka yang sangat serius dan berkata, “Nama awak seperti nama burung kan?”. (Isca adalah nama burung Red Crossbill di dalam bahasa Jepun)

Ace: “Boleh ke kau potong aku menggunakan senjata seperti itu?”.

Isca: Kalau awak mahu badan yang penuh dengan lubang boleh je!

Ace terkejut dengan kelajuan pedang Isca.

“Kapten Ace! Mari kita membantu dia!”. Ramai kru mengepung Isca tapi tiada siapa yang dapat mencederakannya.

Isca: Jangan bergerak, Hiken! Hentikan serangan yang sia-sia dan serahkan diri awak.

Ace: Ini bermakna aku boleh gunakan serangan yang berkesan la kan?

Ace mengelak serangan Isca. Tiba-tiba, kapal perang yang banyak tadi sudah mengepung kapal Lanun Spade. Isca sebenarnya datang seorang diri demi melengahkan masa untuk mereka.

Isca berkata “Siaplah awak semua” sambil menghalakan rapier ke arah Ace.

Jeritan dari salah satu kapal perang tersebut dapat didengari. Ini bermakna rancangan Deuce berjaya. Kapal perang tersebut mulai tenggelam. Deuce berkata “Sejujurnya, aku harap mereka akan berhenti mengejar kita sebelum berlaku apa-apa..”

Isca menyimpan pedang rapier miliknya.

Ace: Kau nak lari ke?
Isca: Bodoh! Saya hanya mahu membantu teman-teman saya sahaja!”

Isca terjun ke dalam laut dan mula menyelamat tentera laut yang lain. Malangnya, Isca mulai tenggelam akibat dari ombak yang besar.

Ace memandangnya dan melemparkan jaket keselamatan tanpa berkata apa-apa.

Isca: Kenapa awak selamatkan saya?!
Ace: Tak tahu lah.
Isca: Hiken (Penumbuk Api)!! Sekali lagi kita bertemu saya akan tangkap awak dan akan pastikan awak menyesal kerana menyelamatkan saya!

Tak lama kemudian, Ace dengan suaranya yang perlahan berkata “Dia orang yang baik..”.

Deuce mula membebel selepas ini tentera laut yang sekuat Isca akan mengejar mereka. Ace ketawa, “Tapi bukankah ianya lebih baik dari dikejar lelaki berjambang kan?”.

Deuce bersetuju. “Baiklah, mari kita semua sambung berpesta”.

Perjalanan diteruskan. Kumpulan Lanun Spade sudah hampir untuk memasuki New World. Kumpulan mereka semakin besar dengan bilangan kru seramai 20 orang dan seekor kucing lynx.

Bukan setakat Ace sahaja, kru yang lain juga terkenal dikalangan lanun-lanun lain. Ace telah mengalahkan ramai lanun yang terkenal dalam jangka masa yang agak singkat.

Ace agak kecewa kerana mereka terpaksa menunggu selama 3 hari sebelum kapal mereka siap dibalut dengan buih, tapi dia kembali gembira apabila dapat mengetahui makanan di Sabaody Archipelago sangat melazatkan.

Deuce menulis pandangannya tentang Sabaody yang sangat menakjubkan. Kru yang lain curi-curi membaca secara rahsia dan ketawa kerana kemahiran penulisan Deuce yang lemah.

Deuce kemudiannya berkata dia tak mahu menulis nama mereka di dalam diari pengembaraannya itu.

Tamat novel Ace Volume 2

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah