One Piece Magazine Vol 2

with No Comments 3777

Kepada yang masih belum tahu, One Piece Magazine merupakan Manga Special Oda (sempena ulang tahun ke 20 One Piece)

Editor kedua, Habuta dan Editor yang keenam, Hattori bertanggungjawab dalam penerbitan One Piece Magazines. Mereka telah bertemu dengan Oda banyak kali semasa mengarang novel Ace.

Ada 3 Volume One Piece Magazines dan Volume 1 baru sahaja diterbitkan 7 Julai 2017 di Jepun.

Volume 2 pula akan terbit pada 4 Ogos 2017 (Jumaat) di Jepun!

Tarikh One Piece Magazines yang (akan) diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017 <— ini
  • Volume 3 – 1.9.2017

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine Volume 2.

– One Piece novel A Vol. 2

– One Piece Special Episode “Luff”

– One Piece Picture Book: Light and Darkness

The Story of Luffy, Ace and Sabo.

– Eiichiro Oda Special Presents

  • 2nd Ultra long interview.
  • Names and plot notes that can not be seen anywhere else open to the public.
  • Garage of One Piece.

– Vol. 2 Guests Gather

  • OP Animal collaboration series author ∙ Asukuma Toshio talks about the commitment to the work.
  • Rei Oka views One Piece.
  • “One Piece Party” Manga by Andou Ei.
  • Eyes of Eiichiro’s Staff.

– Luxury 20th Anniversary Project

  • One Piece novel Straw Hat Crew.
  • How to Make the Strongest Business Team to Learn From “One Piece”.
  • A Big Fan of One Piece.
  • “D” Report.

– Straw Hat Crew Corner

  • Brook’s Broadcasting Station
  • Following the Treasure of Captain Kidd
  • Pirate Carpenter
  • Mugiwara Kitchen
  • Fashionable Thief
  • The Forging
  • Real Pirates Encyclopedia
  • Monster illustrations
  • SSBS

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

One Piece Magazine Volume 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Close Up

Isi Kandungan.

Berikut adalah sebahagian daripada isi kandungan yang ada

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Sedikit informasi menarik yang ada di Interview kedua di dalam One Piece Magazine Volume 2

– Inspirasi Oda datang dari zaman kanak-kanaknya. Sewaktu dia kecil, dia sangat suka dengan Rakugo.

Rakugo (落語, secara literalnya bermaksud “kalimah yang jatuh”) merupakan hiburan berbentuk lisan di Jepun. Pencerita yang berseorangan (落語家 rakugoka) duduk di atas pentas yang digelar Kōza (高座).

Dengan hanya menggunakan

  • kipas kertas (扇子, “sensu”) dan
  • tuala kecil (手拭, “tenugui”) sebagai alatan

…dan tanpa berdiri daripada kedudukan seiza, artis rakugo akan mengambarkan cerita komikal yang panjang.

Cerita biasanya melibatkan dialog di antara dua atau lebih watak, perbezaan pada watak hanya digambarkan melalui perubahan laras suara, nada, dan pusingan kepala. (Nak tahu lanjut pasal Rakugo mohon Google)

– Oda gemar variasi rancangan televisyen “shouten”

Shōten (笑 点) adalah program komedi TV Jepun yang telah disiarkan secara berterusan pada malam hari Ahad di Nippon TV sejak 15 Mei 1966, menjadikannya rancangan TV kedua terpanjang di Jepun.

– Oda berjumpa dengan penulis terkenal Rakugo Yanagiya Kosanji setahun sekali. Mereka bertemu di perjumpaan Rakugo yang diadakan oleh Ghibli.

– Oda sukakan Drama Bersejarah (Period Drama). Bunyi efek “DOOM!” mungkin diinspirasi daripada Drama Bersejarah.

– Oda suka hasil kerja dan rancangan yang berunsur lawak atau jenaka, yang menjadi sumber lawak di dalam One Piece

– Oda teringin berjumpa dengan Pengarah terkenal Quentin Tarantino

– Ketika Oda di tingkatan rendah, dia beritahu pada rakan-rakan sekelasnya untuk mendapatkan tandatangannya sebab dia akan menjadi seorang yang terkenal di masa hadapan nanti.

– Oda pernah mengusulkan One Shot “God’s Gift to the Future (di dalam Manga WANTED!” kepada Editornya dan Editornya memberitahu yang dia mungkin boleh dapatkan ruang untuk debut di Monthly Shonen Jump. Tetapi, Oda nak debut di Weekly Shonen Jump bukannya Monthly Shonen Jump, jadi dia buat keputusan untuk bermula sekali lagi.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Ahli-ahli Kumpulan Lanun Spade (Ace)
Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
What If Situation Ace, Sabo dan Luffy sambungan dari yang lepas di One Piece Magazine Volume 1
Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Apabila serpihan tercantum, maksud sebenar cerita akan didedahkan….!!!

Character’s Note Collection

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Sambungan Poster 2/3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Poster 2/3
Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Poster 1 + Poster 2

Plot Storyline Enies Lobby

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Anatomy Laboon

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Lakaran Muka Hadapan One Piece Magazine Volume 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2

Keadilan (Justice)

Di dalam dunia One Piece, perkataan ini wujud untuk Angkatan Laut.

Tentera laut berada di bawah organisasi terbesar dunia dengan 170 negara anggota, iaitu Kerajaan Dunia (World Government).

Ia merupakan organisasi ketenteraan yang rasmi dan tugas mereka adalah untuk menangkap individu yang tidak mematuhi undang-undang demi keamanan dunia.

Di mata orang awam, mereka adalah pahlawan keadilan.

Tetapi yang sebaliknya, penindasan mereka terhadap ahli arkeologi dan menyembunyikan pelbagai rahsia adalah realiti sebenar untuk menggambarkan Angkatan Laut.

Untuk membasmi ‘kejahatan’ lanun, ada orang yang akan melakukan apa sahaja untuk melaksanakan keadilan.

Jadi apakah itu keadilan Angkatan Laut?

Mari kita bincangkan apa itu keadilan Angkatan Laut

Perkara pertama untuk diberi tumpuan adalah Aokiji dan Akainu yang berlawa untuk kedudukan Laksamana Armada (Fleet Admiral) sehingga boleh menyebabkan kematian, yang masing-masing berpegang pada keadilan masing-masing tidak kira apa pun.

Akainu adalah seorang yang keras kepala yang percaya bahawa kejahatan haruslah dihancurkan dari akarnya.

Seiring dengan kepercayaan keadilan mutlak (Absolute Justice), dia percaya bahawa lanun pada dasarnya adalah jahat. Tanpa mengambil kira keadaan, dia tidak peduli berapa ramai orang yang perlu dikorbankan untuk menghapuskan lanun.

Sebaliknya, Aokiji yang pernah mempercayai Keadilan Pemalas (Lazy Justice), telah membiarkan seorang anak muda Nico Robin melarikan diri, walaupun itu akan menyebabkan dia akan menjadi musuh Kerajaan Dunia (World Government).

Aokiji tidak pernah menganggap pun Robin ini benar-benar jahat dan perlu dihapuskan, disebabkan itu dia terus mengikut dan melaksanakan keadilannya.

Dia juga boleh menghormati lanun dan mengelakkan konflik yang tidak perlu, menjadikan kehidupan orang awam sebagai keutamaan utama. Dia boleh dianggap memiliki nilai yang sama dengan bekas gurunya sendiri, Garp dan juga junior dia, Smoker.

Untuk menutup perbincangan, sekiranya keadilan Aokiji adalah ‘Moral Justice‘ (keadilan yang murni) maka keadilan Akainu adalah ‘Amoral Justice‘ (keadilan yang bebas, maksudnya boleh buat apa saja tanpa mengambil nilai murni).

Manakalah Laksamana (Admiral) yang lagi satu iaitu Kizaru (Borsalino) mengambil jalan tengah. Sehingga hari ini sikapnya yang samar-samar tetap tidak pernah terganggu.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 2
Preview One Piece Magazine Vol 3 (Menampilkan Sabo)

 

Akan dikemaskini lagi nanti

 

Terjemahan

  • Team Budak Getah

Sumber

  • Yonkouprod
  • Arlong Park
  • Redon