One Piece Magazine Vol 3 (Novel Ace)

with No Comments 5415

Post ini adalah merupakan sebahagian daripada 2 bahagian yang dah pernah diterbitkan sebelum ini (maybe more in the future) dan merupakan kesinambungan daripada

  1. One Piece Magazine Vol 3, kalau anda belum baca boleh baca di SINI.
  2. One Piece Magazine Vol 3 (Novel Ace)  <– anda di sini

Tarikh One Piece Magazines yang diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017
  • Volume 3 – 1.9.2017 <— ini

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine Volume 3.

– One Piece novel A Vol. 3

– One Piece Special Episode “Luff”

The third and final instalment of the “What if Sabo saved Luffy and Ace during the Battle of Marineford”.

– One Piece Picture Book: Light and Darkness

The Story of Luffy, Ace and Sabo.

– Eiichiro Oda Special Presents

  • 20th anniversary memorial symposium.
  • Names and plot notes that can not be seen anywhere else open to the public.
  • Garage of One Piece.

– Vol. 3 Guests Gather

  • A director who worked on numerous OP game titles ∙ Shuji Yoshida tells the story!!
  • TARAKO views One Piece.
  • “Joakemono” manga by Shibayashi Yusaku.
  • Eyes of Eiichiro’s Staff.

– Luxury 20th Anniversary Project

  • One Piece novel Straw Hat Crew.
  • One Piece Figure modeling King.
  • A Big Fan of One Piece.
  • “D” Report.

– Straw Hat Crew Corner

  • Brook’s Broadcasting Station
  • Following the Treasure of Captain Kidd
  • Pirate Carpenter
  • Mugiwara Kitchen
  • Fashionable Thief
  • The Forging
  • Real Pirates Encyclopedia
  • Monster illustrations
  • SSBS

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

Sebelum kita mulakan, sesiapa yang tertinggal Novel Ace Volume 1 dan Volume 2, boleh baca dengan KLIK sahaja link di bawah ini

–> Novel Ace Volume 1

–> Novel Ace Volume 2

Admin tunggu. Ok dah baca?

Jom kita sambung…

Novel Ace Volume 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Ringkasan Terjemahan

Kumpulan Lanun Spade menetap buat sementara waktu di Sabaody Archipelago untuk menunggu ‘coating’ (salutan buih) pada kapal mereka siap.

Skull memberitahu kepada rakan krunya untuk tidak membuat kacau dengan

  • Celestial Dragon (Naga Langit),
  • Angkatan Tentera Laut,
  • Pemburu Wang Ganjaran dan
  • sebagainya.

Tetapi Ace sudah terlalu obses dengan rancangannya untuk makan Manju Grand Line di Sabaody.

Deuce memutuskan untuk perhatikan Ace kerana risau Ace akan bakar orang Naga Langit.

Leftenan Angkatan Tentera Laut, Isca tiba-tiba sahaja muncul di situ.

Isca kemudiannya menjerit kepada kumpulan Lanun Spade dan menyuruh Ace keluar.

Mereka sebenarnya sudah tidak takut kepada Isca, malahan menyampah terhadapnya sebab Ace dapat menguruskan Isca dengan mudah.

Ace bertanya dengan nada yang lembut, “Oi Isca! Kau buat apa di sini? Bersiar-siar ke?”

Isca: Aku datang ke sini untuk menangkap kau la, si bodoh!

Ace: Macam itu ke? Oh ya, kau tahu tak apa-apa lagi buah tangan yang ada di sini selain dari Manju Grand Line ini?

Isca: Saya belikan Senbei Grand Line (sejenis Biskut Nasi Jepun) untuk pengikut saya memandangkan ianya dapat mengekalkan kesegarannya untuk tempoh yang lama.. Ehh tak, saya datang ke sini bukan untuk bersiar-siar!

Bertentangan dengan kata-kata dia tadi, Isca memakai pakaian biasa dan bukannya seragam Angkatan Tentera Laut.

Deuce menganggap Isca seorang yang baik hati dan jujur walaupun dia kadang-kadang sedikit cuai.

Isca terus menjerit memanggil Ace untuk keluar dari kapal, tetapi yang sebenarnya Ace dah melarikan diri ke kawasan bandar untuk mencari makanan.

Miharl perasan beg duit Ace tertinggal di atas kapal.

Dia kemudiannya keluar dari kapal untuk mencari Ace.

Deuce ternampak ramai pekerja restoran yang sedang marah-marah di tepi jalan kerana Ace tidak membayar duit makanannya terhadap mereka.

Akhirnya Deuce menjumpai Ace yang sedang tidur di bangku berdekatan dengan Roda Ferris di Taman Sabaody.

Deuce mengetuk kepala Ace untuk membangunkan Ace.

Ace mengajak Deuce menaiki roda Ferris tersebut kerana Deuce kelihatan sangat tertarik dengan roda Ferris tersebut.

Sebaik sahaja mereka menaiki roda Ferris tersebut, Isca tiba-tiba muncul di gondola mereka.

Ace dan Isca terus mulakan pertengkaran mereka seperti biasa.

Deuce perasan yang gondola yang mereka naiki itu sudah terkunci.

Tidak lama kemudian, Isca merenung tajam terhadap mereka tanpa bersuara.

Ace sedang menikmati pemandangan yang indah melalui tingkap.

Deuce sangat tertekan seperti dia berada di dalam penjara.

Dia berfikir, “Kenapa kita naik roda Ferris ini bersama dengan seseorang dari Angkatan Tentera Laut?!”

Deuce ternampak kesan terbakar pada tangan Isca.

Isca kemudiannya memberitahu bahawa kampungnya telah dibakar oleh sekumpulan lanun dan kedua ibu bapanya mati ketika dia masih lagi seorang kanak-kanak.

Dia berkata seorang Leftenan Komander bernama Draw telah menyelamatkannya dari kebakaran tersebut.

Dia juga dengar berita bahawa Draw sekarang ini sudah bergelar Naib Laksamana (Vice Admiral).

Isca menyertai Angkatan Tentera Laut kerana dia sangat menyanjungi Draw.

Isca tersenyum, “Saya tak mahu kanak-kanak sekarang merasai kesakitan yang sama sepertiku ini. Saya akan menangkap lanun-lanun yang kejam ini.”

Deuce merasakan yang inilah kali pertama dia melihat wajah Isca yang sangat tenang seperti ini.

Isca kemudiannya mencadangkan Ace untuk berhenti menjadi lanun kerana dia tidak percaya Ace adalah orang yang jahat walaupun sudah banyak kali Isca fikir pasal Ace.

Isca memberitahu dia akan mencadangkan Kumpulan Lanun Spade kepada Angkatan Tentera Laut jika mereka tiada arah tuju.

Deuce dan Ace hanya mendiamkan diri sahaja.

Ace perasan pintu gondola mula terbuka.

Dia kemudiannya bercadang untuk melompat keluar, dengan alasan perutnya sudah lapar.

Isca memberitahu dia masih tak dapat lagi jawapan dari Ace.

“Berhenti dari menjadi lanun dan sertai Angkatan Laut… Aku tak boleh lakukannya”

Ace menunjukkan riak muka yang agak kelam untuk seketika, tapi kemudian terus menunjukkan wajah cerianya seperti biasa.

“Jumpa lagi Isca”. Ace melompat keluar dari gondola.

Isca kelihatan sedikit kecewa.

Deuce bertanya kepada Isca adakah dia akan jadikan dirinya sebagai tebusan untuk Ace muncul di hadapan Angkatan Laut.

Deuce pasti Ace adalah orang yang akan menyelamatkan rakannya walau apa pun yang terjadi.

Isca menjawab “Orang yang berpegang kepada keadilan tidak akan mengambil tebusan”.

Isca bercakap dengan nada yang sangat perlahan bahawa itulah sebabnya dia mahu Ace menjadi rakan seperjuangannya.

“Saya akan lepaskan awak kali ini. Hari ini saya cuti. Saya datang ke sini untuk bersiar-siar sahaja sebenarnya”.

Deuce membalas dia sebenarnya sudah tahu dan terus keluar dari gondola tersebut.

Ace dan Deuce berjalan di sekitar Sabaody.

Mereka menikmati makanan di sana sehinggalah kapal mereka siap ‘coating’ (disalut buih).

Kapal itu akan siap selepas 3 hari mereka tiba disitu. Ace dan Deuce berjalan di kawasan terpinggir.

Ace menemui kanak-kanak yang kelaparan dan memberikan makanannya kepada mereka.

Mereka membalasnya dengan senyuman.

Isca dan seorang lelaki berbadan sasa muncul di hadapan Ace dan Deuce.

Lelaki tersebut adalah Naib Laksamana Draw.

Isca kelihatan sangat teruja. “Berita baik, Tumbuk Api!”

Draw menunjukkan sekeping surat yang mengandungi jemputan untuk dia menyertai Shichibukai.

Isca berkata dengan gembiranya “Sekarang awak tak perlu berhenti dari menjadi lanun!”.

Namun, Ace menolak permintaan tersebut tanpa teragak-agak.

“Tiada makna untuk… sertai Shichibukai (7 Panglima Perang)”.

Isca terkejut.

Ace memberitahu yang dia tak suka kepada sistem Shichibukai.

Draw mula tersenyum dan terus mengoyak surat tersebut.

Draw turut mengatakan yang dia sangat menentang sistem Shichibukai ini.

Dia cuba untuk menumbuk Ace.

Tumbukannya berjaya membuat lubang di tempat Ace berdiri.

Isca mula kecewa dan meminta Draw untuk berhenti.

Deuce berkata perbualan mereka sudah tamat sekarang kerana mereka sama-sama membenci Shichibukai.

Draw berasa sangat lega kerana Ace menolak tawaran tersebut di hadapannya.

Dia fikir dia mampu untuk mengalahkan Ace dengan mudah.

Draw menanggalkan jaket Angkatan Lautnya.

Terdapat dua penyembur api di bawah lengannya.

“Yang mana lebih kuat, penyembur api aku ataupun buah syaitan Mera Mera kau?”

Deuce menjerit “Jom lari dari sini!”

Draw “Aku tak akan biarkan kau terlepas!”.

Api marak yang keluar dari senjatanya membakar bangunan di kawasan pinggir kota tersebut.

Kanak-kanak disana menjerit ketakutan kerana dikepung oleh api tersebut.

“Apa yang kau cuba lakukan ini!?”.

Ace menjerit dan cuba untuk selamatkan kanak-kanak tersebut, tapi api itu sangat kuat.

Deuce bergelut dengan Draw.

Isca berjaya menyelamatkan kanak-kanak di dalam bangunan yang hampir runtuh itu.

Deuce masih lagi bergelut dengan Draw walaupun dikelilingi api yang marak itu.

Deuce berjaya menanggalkan tanki minyak dari Draw.

Ace menumbuk muka Draw dengan menggunakan kuasa Mera Mera, tapi ianya tidak memberi kesan kepada Draw.

Draw tersenyum.

Dia kemudiannya berjaya mencekik Ace dengan tangan kosongnya walaupun Ace adalah pengguna buah syaitan kelas Logia.

Ace: Jadi.. Inilah Haki tu ye..?

Draw: Kehidupan indah kau sebagai lanun akan berakhir disini. Sebagai seorang yang berpegang kepada keadilan, aku akan bunuh kau.

Ace: Aku tak mahu orang yang cuba membahayakan kanak-kanak berkata tentang keadilan..!!

Draw: Jangan salahkan aku. Aku cuma menjalankan tugas untuk menangkap lanun. Kalau kau tiada tadi, kanak-kanak itu tidak akan terperangkap di dalam api.

Ace tak dapat melawan dan mula menunjukkan riak muka yang suram.

Draw: Kalau tiada lanun di dalam dunia ni, aku tak perlu membakar bangunan lagi.

Isca terkejut.

Isca: Naib Laksamana.. Beritahu saya yang awak menipu sahaja kan.. Orang yang membakar kampung saya adalah lanun kan? Sebab yang selamatkan nyawa saya adalah awak..

Draw: Jangan merungut kalau beberapa orang awam jadi mangsa dalam misi kita. Pengorbanan diperlukan untuk mencapai keadilan.

Isca mula menangis.

Tangki minyak Draw meletup disebabkan oleh api dari Ace.

Mereka berdua tercedera akibat dari letupan tersebut.

Deuce: Kalau api Ace tidak memberi kesan kepada kau, kau masih tidak boleh memadam api kemarahannya dengan Haki kau!!

Ace dan Draw berlaga tumbukan.

Draw menerima kesan dari tumbukan Ace.

Deuce: Kau dah pandang rendah kepada Ace…

Deuce berkata dengan tenang.

Dia tahu Ace sangat kuat walaupun tanpa kuasa Mera Mera dan dia akan semakin kuat ketika sedang bertarung.

Ace berjaya melemahkan Draw.

Draw mula kepenatan dan menunjukkan reaksi muka dalam kesakitan.

Draw: Mustahil!! Macam mana kau boleh guna Haki?

Ace menumbuk muka Draw.

Draw senyum seketika dan kemudian rebah di atas tanah.

Draw: Tak guna.. Aku benci kau..
Ace: Kebetulan, aku pun benci pada kau!!

Deuce terpegun Ace mampu mengalahkan Naib Laksamana.

Ace tersenyum.

Ace: Hal kecil sahaja ini…

Deuce meminjamkan bahunya kepada Ace yang sedang kepenatan.

Kakinya juga sudah tidak seimbang.

Deuce memberitahunya untuk terus balik ke kapal mereka secepat mungkin kerana risau Angkatan Laut akan mengejar mereka, tetapi Ace tak mahu meninggalkan tempat itu kerana bimbangkan Isca.

Isca kelihatan sangat kecewa.

Ace memberitahunya untuk naik kapal Lanun Spade.

Dia mahu Isca menjadi seorang pemburu wang ganjaran yang memburunya di atas kapal yang sama.

Ace menghulurkan tangannya kepada Isca.

Isca mengelap air matanya dan tersenyum, “Tak guna kau, Tumbuk Api…! Mustahil pemburu wang ganjaran akan bersalaman dengan lanun”

Ace, Deuce dan Isca keluar dari kawasan pinggir kota itu.

Mereka melarikan diri dengan selamat kerana Isca memberitahu mereka lokasi persembunyian Angkatan Tentera Laut.

Mereka nampak kapal Kumpulan Lanun Spade mula berlepas dari pelabuhan.

Skull memberitahu mereka supaya cepat sikit.

Mereka perlu melompat dari pelabuhan untuk ke kapal mereka.

Ace: Mari pergi Isca!

Ace dan Deuce lompat masuk ke dalam kapal mereka, tetapi Ace terkejut kerana Isca masih lagi di pelabuhan.

Ace: Kenapa..!?

Isca: Saya adalah pegawai Angkatan Tentera Laut… Saya tak boleh pergi bersama dengan awak…

Dia kemudian tersenyum.

Ace: Kenapa?!

Isca: Jangan mati Ace. Terima kasih. (Nota: Ini adalah kali pertama Isca memanggil Ace dengan nama sebenarnya. Sebelum ni Isca panggil Ace dengan gelaran Hiken – Tumbuk Api)

Jarak di antara Ace dan Isca semakin besar apabila kapal mereka mula bergerak.

Ace merasa kecewa. “Patut ke aku bersalaman dengan dia..? Tapi nak buat macam mana, aku lanun dan tangan aku akan bertukar menjadi api nanti”.

Ace menarik topinya kebawah sehingga menutup matanya.

Deuce: Ace.. Kau..

Ace selalu beranggapan yang dia tidak patut disayangi oleh orang lain, tapi Deuce tahu bahawa Ace ini adalah seperti matahari kepada semua orang.

Kapal perang semakin menghampiri.

Kumpulan Lanun Spade berjaya melarikan diri kerana tumbukan berapi dari Ace.

Ace: Baiklah, mari pergi, semua!!

Ace perlu berlawan sebagai seorang kapten tidak kira apa yang berlaku.

Kumpulan Lanun Spade menyelam ke dalam laut dalam dan menuju ke Pulau Fishman.

Dalam laut dalam yang gelap tersebut, semangat Ace membara.

Dia menuju ke Dunia Baru dan bercadang untuk membunuh Si Janggut Putih, lelaki yang dikatakan paling hampir dengan ONE PIECE.

Kapal mereka mula menghilang ke laut dalam tersebut.

Tamat

—————

Majalah ONE PIECE mengatakan novel sekuel Ace akan diumumkan dalam Weekly Shonen Jump pada masa akan datang.

Pengembaraan Ace di Dunia Baru akan ditulis dalam bentuk novel.

Dikatakan juga novel Ace akan diterbitkan dalam bentuk Volume.

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah