One Piece Magazine Vol 3

with No Comments 4624

Kepada yang masih belum tahu, One Piece Magazine merupakan Manga Special Oda (sempena ulang tahun ke 20 One Piece)

Editor kedua, Habuta dan Editor yang keenam, Hattori bertanggungjawab dalam penerbitan One Piece Magazines. Mereka telah bertemu dengan Oda banyak kali semasa mengarang novel Ace.

Ada 3 Volume One Piece Magazines

Volume 1 diterbitkan pada 7 Julai 2017 di Jepun.

Volume 2 pula telah terbit pada 4 Ogos 2017 (Jumaat) di Jepun

Volume 3 telah terbit pada 1 September 2017 di Jepun.

Tarikh One Piece Magazines yang diterbitkan.

  • Volume 1 – 7.7.2017
  • Volume 2 – 4.8.2017
  • Volume 3 – 1.9.2017 <— ini

Maklumat dan Kandungan One Piece Magazine Volume 3.

– One Piece novel A Vol. 3

– One Piece Special Episode “Luff”

The third and final instalment of the “What if Sabo saved Luffy and Ace during the Battle of Marineford”.

– One Piece Picture Book: Light and Darkness

The Story of Luffy, Ace and Sabo.

– Eiichiro Oda Special Presents

  • 20th anniversary memorial symposium.
  • Names and plot notes that can not be seen anywhere else open to the public.
  • Garage of One Piece.

– Vol. 3 Guests Gather

  • A director who worked on numerous OP game titles ∙ Shuji Yoshida tells the story!!
  • TARAKO views One Piece.
  • “Joakemono” manga by Shibayashi Yusaku.
  • Eyes of Eiichiro’s Staff.

– Luxury 20th Anniversary Project

  • One Piece novel Straw Hat Crew.
  • One Piece Figure modeling King.
  • A Big Fan of One Piece.
  • “D” Report.

– Straw Hat Crew Corner

  • Brook’s Broadcasting Station
  • Following the Treasure of Captain Kidd
  • Pirate Carpenter
  • Mugiwara Kitchen
  • Fashionable Thief
  • The Forging
  • Real Pirates Encyclopedia
  • Monster illustrations
  • SSBS

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya. (Tak jamin ada, sebab ada peminat yang beli pun dia kena call dan buat reservation sebelum datang ambil)

2) Harganya berapa?

RM 54.72. Boleh order online di website mereka. Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 49 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

One Piece Magazine Volume 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Isi Kandungan

Berikut adalah beberapa isi kandungan One Piece Magazine 3

WHAT IF SITUATION Part 3

Bahagian terakhir situasi “bagaimana kalau” berkaitan Ace, Sabo dan Luffy.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Legenda Urban One Piece

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Dalam One Piece, ada pelbagai watak yang muncul.

Kemudian mereka bertembung dengan cara yang rumit dan mencipta cerita yang mendalam. Dalam pengembaraan Luffy yang tiada henti ini, misteri semakin mendalam dan kebenaran menjadi lebih jelas.

Malah perkara-perkara ini tidak boleh berhenti membangkitkan rasa ingin tahu peminat.

Kali ini kami berjaya berjaya menghubungi peminat sejati One Piece, Encik K.

Berdasarkan maklumat rahsia yang diberikannya kepada kami, kami menggelarkan ramalan yang kami buat itu ‘Urban Legends’.

Adakah legenda ini tidak lebih daripada spekulasi dan khabar angin?

Atau adakah mereka juga mengandungi pencarian untuk kebenaran!?

Salah satu dari kegembiraan dalam One Piece ialah menggunakan pelbagai cara untuk menganalisis misteri-misteri ini.

Adakah Gol D Roger cuba untuk memelihara dan membesarkan makhluk yang besar!?

Di belakang mereka, kelihatan telur yang sangat besar ..!

Dalam Chapter 0, Roger bertarung dengan Shiki.

Pada masa itu kapal Roger, Oro Jackson telah dilukiskan, tetapi cuba lihat di belakang kru.

Anda perasan juga kan…!?

Ia tersembunyi di belakang gelembung dialog dan sukar untuk dilihat tetapi ada telur yang sangat besar!

Sekiranya anda membandingkannya dengan kru, anda dapat melihat betapa besarnya telur itu.

Saiz ini… Kelas Raja Laut!?

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Di bahagian kiri adalah Underworld Brokers (Broker Dunia Penjenayahan) yang sedang menonton eksperimen Caesar di Punk Hazard menerusi monitor.

Dan di sebelah kanan pula ialah dua orang samseng yang berlari ketakutan selepas dikejar oleh Luffy dan Ace semasa di Kerajaan Goa.

Bila anda perhatikan pakaian Underworld Brokers tersebut… anda akan nampak headphone dan topi koboi.

Ianya sama seperti apa yang dipakai oleh dua orang samseng tersebut.

Adakah ini suatu kebetulan atau ada apa-apa kaitan?

Kalau mereka adalah orang yang sama, adakah mereka menyimpan dendam terhadap Luffy!?

 

Sejarah Ivankov dan Crocodile!?

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Crocodile yang tidak pernah menunjukkan perasaan takutnya kepada sesiapa, tetapi berbuat sedemikian semasa berdepan dengan Ivankov.

Ivankov adalah seorang Komander dalam Tentera Pemberontak dan dia nampaknya mengetahui masa silam Crocodile…

Tetapi ianya masih lagi misteri sehingga ke hari kini.

Di antara banduan yang meloloskan diri dari Impel Down terdapat banyak misteri, dan salah satunya adalah hubungan Ivankov dengan Crocodile.

Ivankov memanggil nama Crocodile dengan gelaran “Croco-boy” dan sepertinya dia mengetahui “kelemahan” utama Crocodile.

Hal ini nampaknya seperti kisah silam di mana Crocodile masih lagi digelar “rookie”.

Apa yang berlaku sebenarnya…!?

Apakah kelemahan yang dimiliki oleh Crocodile!?

 

Nota Karakter (Character’s Note)

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Puak jahat yang pernah menakluki North Blue dengan kekuatan ketenteraan – Keluarga Vinsmoke!

Sebelum konflik dengan Maharaja Lanun bermula, keluarga Sanji, Vinsmokes muncul.

Sains ketenteraan Germa.. yang telah mewujudkan adik beradik Vinsmoke yang mampu menambah keupayaan berlawan mereka.

Keluarga manusia luar biasa yang menerima peningkatan istimewa dari segi keupayaan tempur telah mendedahkan kisah silam teruk sewaktu Sanji kecil.

Anak lelaki sulung Vinsmokes Ichiji dalam lakaran wataknya, gaya rambutnya direka untuk menunjukkan kekurangan emosinya.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Motif imej Reiju dalam pakaian tempurnya adalah Kupu-kupu Beracun.

Bukan imej seorang pahlawan, tetapi bos perempuan jahat.

Dalam manuskrip terakhir, nombor 66 telah ditambah di paha beliau.

Berubah dengan cantiknya; Keluarga Vinsmoke

Di tangan si Ayah Judge, adik-beradik Sanji dibesarkan untuk menjadi tentera yang paling kuat.

Untuk menunjukkan hubungan darah mereka, kening mereka dilukis sama seperti Sanji. Anda dapat lihat di sini bagaimana reka bentuk mereka berevolusi di sekitar imej mereka sebagai wira skuadron.

Akhirnya, mereka menjadi sangat serupa dengan Sanji sehinggakan Luffy ingatkan mereka adalah Sanji.

Gaya rambut seperti Niji tetapi nombor di dadanya adalah Yonji. Gabungan reka bentuk asal dan terakhir mereka.

Berbanding keperibadiannya yang agak kasar, gaya bercakap Yonji agak lembut.
Yonji: Abang (bercakap secara rasmi)

Watak Yonji pada asalnya ialah seorang pendekar pedang dan hampir menyerupai Sanji.

Adakah Germa yang asalnya bukan skuadron saintifik tetapi sekumpulan lanun!?

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Lakaran Awal Vinsmoke Judge

  • Earl Karakuri
  • Sangerman/Sanjerman
  • Ayah Sanji
  • Umur 56 tahun
[Kanan Atas]

Ini ialah lakaran reka bentuk ketika dia seorang lelaki yang hebat.

Dia mempunyai reka bentuk yang paling hampir dengan reka bentuk terakhir, tetapi ada perubahan besar dalam dirinya yang sebenar.

Dia mempunyai pedang, dan gaya pertempuran udaranya serta tombaknya belum dibuat lagi. Dia juga tidak memakai raid suit.

[Kiri Bawah]

Ini ialah lakaran reka bentuk general kejahatan Judge.

Selain itu, lakaran ini juga mendedahkan rahsia kening Sanji yang bergulung itu.

[Kanan Bawah]

Lelaki yang mahu menakluki kembali North Blue —- perubahan General Germa 66, Vinsmoke Judge.

Untuk merealisasikan impiannya untuk menakluki semula North Blue, seorang bapa yang kejam telah mengorbankan darah dagingnya sendiri.

Saya (Oda) lukis Judge untuk menjadi seperti itu.

Dalam reka bentuk terakhir, dia mempunyai rupa seorang tentera yang tegas, tetapi terdapat banyak reka bentuk yang berbeza dalam peringkat perancangan.

Kita boleh lihat betapa banyaknya “trial and error”yang dilakukan oleh Oda dalam mencipta watak Judge ini.

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Dari lakaran ini ianya menunjukkan mereka tergolong dalam satu skuadron.

Anda dapat melihat perbezaan dalam penampilan Yonji sehingga ke reka bentuk terakhirnya.

Reka bentuk tentera yang berbeza-beza.

Tentera Germa adalah klon jadi terdapat pelbagai jenis tentera yang menyerupai antara satu sama lain.

Senjata Germa 66 yang menggunakan gaya saintifik.

Kekuatan Germa 66 adalah dalam kehebatan saintifik mereka yang luar biasa.

Dengan pelbagai senjata dan alat komunikasi yang hebat, apa yang mengawalnya adalah tentera klon yang dihasilkan oleh penyelidikan “Lineage Factor” (faktor keturunan).

Mereka bertarung tanpa rasa takut dan diprogramkan untuk mematuhi dan tidak meragui keluarga Vinsmoke.

Mereka sudah boleh dianggap sebagai senjata.

Judge juga mengaplikasikan pengubahsuaian ini terhadap anak-anaknya.

Pakaian tempur yang dipakai oleh tentera itu adalah mengikut bentuk badan mereka.

Pakaian mereka lebih kosong daripada yang dipakai oleh Vinsmokes dan membangkitkan imej pejuang.

Germa menggunakan kapal gergasi sebagai tanah mereka.

Sebuah negara pelayaran yang istimewa.

Seni bina kapal Germa menggunakan kuasa saintifik secara bebas dan meluas sehingga mencapai kemajuan yang tersendiri.

 

The Mystery of ONE PIECE

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Dalam One Piece terdapat pelbagai ‘foreshadows’ yang ditunjukkan yang berkait dengan jalan cerita.

Di sini, kita akan memastikan kebenaran disebalik foreshadows yang berlainan sehingga ke Volume 86.

Mereka yang berpegang kepada Will of D diatur mengikut turutan.

Mereka semua mempunyai tempat kelahiran yang berbeza dan tidak ada corak untuk ini. Makna ‘D’ sehingga kini masih lagi tidak diketahui.

Jadi apa maksud D!?

  • Roger, lelaki yang berjaya menakluki Grand Line dan menjadi Raja Lanun.
  • Pemimpin Tentera Revolusi, Dragon.
  • Marine Hero, Garp.
  • Luffy dan Teach yang sedang membuat kacau di Dunia Baru.

Tidak kira di mana mereka berada, mereka menggegarkan dunia dan menjadi terkenal.

Satu persamaan yang mereka miliki ialah ‘D’.

Jadi apa itu keluarga ‘D’?

Menurut Corazon, di tempat tertentu mereka dipanggil ‘Musuh Semula Jadi Dewa’.

Menurut Doflamingo pula, mereka bersembunyi dalam bayang-bayang sejarah.

Sekiranya kita mengambil ‘Dewa’ yang bermaksud Celestial Dragon, adakah ‘D’ ini ialah orang yang menentang Celestial Dragon?

Ini mungkin berkaitan dengan sejarah yang hilang – Void Century.

“D akan membawa kekacauan sekali lagi” – ini juga disebutkan sebagai kata-kata yang boleh menyebabkan orang-orang tua di tempat tertentu mengerut dahi.

Bolehkah kaum ‘D’ merujuk kepada mereka yang mempunyai kuasa untuk mengubah sejarah?

Mereka yang pernah menyebut D hanyalah mereka yang tahu tentang era di mana Roger aktif.

Adakah Will of D yang mereka sebutkan ini akan tercapai!?

Mereka yang berkait dengan Luffy juga boleh menjadi sesuatu yang menarik juga selepas ini.

 

Sambungan Poster 3/3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3
Poster 3/3
Budak Getah One Piece Magazine Vol 3
Semua poster yang dari Part 1 sehingga Part 3

Tulisan di belakang “NO MAN IS AN ISLAND”

Frasa ini diambil dari puisi yang ditulis oleh John Donne pada tahun 1624.

Maksudnya manusia tidak akan berkembang apabila terpencil dari orang lain.

Lebih jelas lagi, semua orang kena bergaul dan bergantung antara satu sama lain untuk kehidupan yang lebih baik.

Poster Ganjaran Sabo

Ganjaran Buruan Sabo akhirnya didedahkan!

Budak Getah One Piece Magazine Vol 3

Akan dikemaskini lagi nanti

 

Terjemahan

  • Team Budak Getah

Sumber

  • Yonkouprod
  • Arlong Park
  • Redon