ONE PIECE Novel Ace Volume 2 – CHAPTER 2

with No Comments 1815

PENTING: DIMINTA BACA SEMUA INFORMASI DALAM RUANGAN INI DAHULU SEBELUM ANDA TANYA SOALAN YANG BERKAITAN NOVEL INI.

Siapa degil dan mantul taknak dengar arahan dan tanya soalan sama berulang kali, dia ahli kumpulan Topi Jerami Fake

Merupakan kesinambungan daripada Novel Ace Volume 1 yang pernah kami terjemahkan sebelum ini. Diminta baca yang di bawah ini dahulu sebelum anda teruskan baca Volume 2 ini.

NOVEL ACE VOLUME 1

NOVEL ACE VOLUME 2

Novel ini dipecahkan kepada 7 bahagian: Prologue dan Chapter 1-6.

  • Prologue: 11 muka surat
  • Chapter 1: 35 muka surat
  • Chapter 2: 37 muka surat
  • Chapter 3: 27 muka surat
  • Chapter 4: 37 muka surat
  • Chapter 5: 67 muka surat
  • Chapter 6: 19 muka surat

Soalan Lazim

1) Di Malaysia ini di mana saya boleh dapatkan One Piece Magazine?

Boleh dapatkannya di Kinokuniya.

2) Harganya berapa?

Boleh klik link di atas dan order online di website mereka (harga adalah tepat sewaktu artikel ini ditulis). Kalau ada member card boleh dapat harga diskaun dalam RM 35 lebih.

3) Yang di Kinokuniya ini English translated ke ataupun Original Japanese?

Original Japanese, seperti terbitan di Jepun

4) Macam mana nak dapatkan yang English version?

Tak ada. Berdasarkan pengalaman Admin, kalau diorang nak terjemahkan pun, biasanya dalam masa dua tahun kot baru keluarkan. (Itu pun kalau diorang nak terjemahkan la)

5) Admin Budak Getah tak nak terjemahkan ke?

Apa yang korang baca ini lah apa yang Admin dah terjemahkan.

Kalau versi Fizikal, Admin tak mampu buat. Manga Budak Getah Volume biasa pun ambil masa yang banyak untuk diterjemahkan, lagikan nak buat yang ini.

Baru Admin faham kenapa Eiichiro Oda nakkan buah Hana Hana no Mi Nico Robin :'(

Kalau ada di antara korang yang rajin dan nak terjemahkan penuh, hubungi Admin di www.budakgetah.com/contact-us

CHAPTER 2

(Kalau terlepas nak baca Chapter sebelum ini, jemput KLIK SINI untuk baca)

Lanun Spade tiba di New World. Sebilangan anak kapal merungut yang mereka nak makan makanan sedap di Mermaid Cafe lagi. Ace beritahu mereka yang mereka sepatutnya bersyukur dapat makan makanan yang panas disebabkan api Ace. Mereka (anak kapal) nakkan seorang tukang masak sendiri sebagai salah seorang teman mereka di atas kapal.

Deuce cuba menghalang Ace dari berjumpa dengan Maharaja Shanks. Menurut sumber yang tak pasti dari Kerajaan Dunia, Shanks sangat menakutkan kalau dia marah; Janggut Putih sangat menakutkan apabila seseorang buat sesuatu yang teruk terhadap maruah dan sifat kemanusiaan mereka; Big Mom sangat menakutkan apabila dia berada di dalam mood yang tak baik; Kaido pula kewujudannya sendiri adalah sangat menakutkan. Kalau kita anggap Janggut Putih dan Big Mom sebagai generasi lama, Kaidou dan Shanks pula boleh dianggap sebagai generasi yang lebih muda.

Untuk memaklumkan kepada anak kapal tentang personaliti Shanks, Ace menceritakan tentang insiden di antara Shanks dan penyamun (Higuma) di Kampung Foosha. Tak ada sesiapa pun yang dari Lanun Spade tahu pasal hal ini. Deuce terkejut yang Shanks meminta maaf kepada penyamun walaupun penyamun tersebut pecahkan sebotol minuman kepada Shanks. Deuce tanya Ace kalau dia pernah berjumpa Shanks sebelum ini, tapi dia cakap tak pernah. Ace nak tahu apa sebenarnya yang membuatkan Shanks menjadi seorang Maharaja. Adalah amat susah untuk mengetahui lokasi Shanks berbanding Maharaja yang lain.

Chapter 552

Ace muncul di sebuah gua di pulau bersalji tempat di mana Lanun Rambut Merah mengadakan jamuan makan malam. Tak ada seorang pun pejuang tertinggi yang terkejut dengan lawatan tiba-tiba Ace. Shanks tanya Ace, “Kau nak bersapa dengan aku…?” Api di atas kayu bergoyang-goyang. Ia adalah disebabkan Haki Penakluk Shanks, tetapi Ace memang kuat dan berjaya mengharunginya.

Chapter 552

Ace mula dengan sapaan yang sopan dan tradisional kepada Shanks. Ace memperkenalkan dirinya tentang di mana dia dilahirkan dan dibesarkan, tetapi dia terlupa tentang nilai ganjarannya. “Kau… Tahu tak berapa banyak nilai ganjaran buruan aku…?”

Chapter 552

Ace cakap yang Makino ada mengajarkan dia tentang cara sapaan seperti ini. Kumpulan Lanun Rambut Merah nampak sangat berminat apabila dengar nama Makino dan memutuskan untuk menerima sebotol besar sake dari Ace. Ace memberitahu Shanks yang adiknya adalah Luffy. Kumpulan Lanun Rambut Merah menjerit, “Kau patut bagitahu pasal ini mula-mula tadi!!” Shanks menepuk bahu Ace dan jamuan pun bermula!

Chapter 589

Ace dan Shanks bersembang pasal Luffy. Apabila Shanks tanya pada Ace adakah dia pernah melawat Logue Town, dia jawab yang dia tak berminat dengan Raja Lanun seperti Luffy. Ace cakap yang dia nak cipta reputasi untuk dirinya supaya terkenal di seluruh dunia. Pada ketika ini, Shanks perasan api gelap menyala di mata Ace. Shanks tanya lagi, “Macam mana kau nak naikkan reputasi kau kalau kau tak berminat dengan Raja Lanun?” Ace membalas yang dia bermatlamat untuk menewaskan Maharaja Lautan. Dia tambah lagi yang dia tak ada niat untuk menewaskan Shanks.

“Sudi tak kau beritahu aku di antara Empat Maharaja Lautan yang lain, siapa yang kau nak tewaskan? Kaidou? Big Mom? Atau mungkin…” Ace cakap, “Janggut Putih”. Semua pejuang tertinggi Kumpulan Lanun Rambut Merah termasuk Shanks terkejut. Ace rasakan keazaman dia semakin membuak apabila dia bercakap dengan Shanks. “Musuh aku adalah seluruh dunia ini. Aku akan tewaskan Tujuh Panglima Perang, Maharaja Lautan, dan juga Naga Langit”.

Ace tanya Shanks dari mana dia dapat parut di mukanya. Ace terkejut yang cuma seorang anak kapal biasa di kumpulan Lanun Janggut Putih yang mencederakan dia. Lanun Rambut Merah pun turut sama terkejut sebab Shanks jarang sebut pasal parut dia. Shanks cakap, “Aku tak tahu apa yang dia buat sekarang. Parut ini dah lama tak rasa sakit…” Jamuan berhenti. Kumpulan Lanun Spade beredar dari pulau tersebut.

Shanks cakap, “Aku ada perasan tentang Haki Ace apabila dia meninggalkan pantai pulau ini. Dia seolah-olah seperti api, kan?” Beckman cakap, “Ya, sebab itulah salji cair. Sekarang bila dia dah pergi, ribut salji mula datang semula”

Shanks tanya pendapat Beckman tentang Ace. Beckman cakap, “Ace lebih naif dari apa yang kita nampak. Dia nampak seperti seorang pejuang dari seorang lanun. Dia sepatutnya sertai Tentera Revolusi kalau dia nak musnahkan dunia ini. Kalau teruskan macam ini, dia tak akan boleh jadi Kapten kepada banyak kapal”.

Beckman tak rasa Ace layak sebagai seorang Panglima Perang. Dia tertanya samada ada sebab lain Kerajaan Dunia meletakkan ganjaran buruan tinggi untuk Ace sampai melebihi 100 juta berry. Shanks cakap, “Ace cakap dia dilahirkan di Baterilla, South Blue. Baterilla…” Shanks tersenyum dan teringat yang Ace tahu tentang nama sebenar Roger yang memiliki D. Beckman perasan yang senyuman tersebut nampak berlainan dari apa yang dia selalu nampak pada Shanks.

 

Bersambung di Chapter 3 (akan datang)

 

Sumber

  • Sandman AP
  • Terjemahan Team Budak Getah

Leave a Reply